Skip to main content

AKTIVITI MENARIK YANG BOLEH DILAKUKAN DI KAMPUNG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Seperti yang di janjikan k mid nak sambung lagi cerita k mid ke kampung aritue dalam program "Kita Ke Kampung 2.0"
Kali ini k mid nak cerita aktiviti-aktiviti yang sempat k mid dan teman-teman lakukan selama 4 hari 3 malam di kampung.
Jom kita mulakan....

1.BALING BUAH KELAPA

Botol-botol mineral di susun,  kemudian kelapa akan di baling ke arah botol mineral itu dari jarak yang ditetapkan.
Permainan ini nampak senang...Ala..nie kacang nie...Try tengok baru korang rasa kacang ke tidak😄Nampak senang,  hentam baling aje tapi belum tentu kena lagi tau sebab buah kepala bukan macam bola bowling yang bulat tue..jadi ramai yang tidak berjaya menjatuhkan botol mineral tue.

Dah macam gaya baling bola bowling😄

2.  MEMBUAT TROMPET DAUN KELAPA
Trompet Daun Kelapa

Setelah selesai makan malam,  kami pun berkumpul di meja yang telah di sediakan.  Diatas meja kelihatan daun-daun kelapa yang telah disediakan bersama beberapa buah Stapler
Kami pun di ajar cara-cara mengulung daun kelapa ini supaya menjadi  bentuk Trompet.
Memang ramai yang berjaya mengulung daun kelapa menjadi trompet tetapi....  belum tentu trompet ini dapat mengeluarkan bunyi. Disinilah kita perlu menggulung daun kelapa dengan berhati-hati supaya tidak terdapat ruang udara masuk. Jika hendak lebih panjang trompet bolehlah di gulung lagi ikut kemahuan panjang yang dihajati.
Sekejap aje kalau orang berpengalaman buat
Bila trompet siap,  maka bermacam-macam bunyi keluar.  Ada bunyi yang agak kuat dan ada bunyi yang tersekat-sekat.
Yeay!!k mid berjaya buat trompet tapi bila di tiup macam bunyi itik tercekik 
Malam tue,  bunyi trompet daun kelapa yang kedengaran disulami gelak ketawa kitaorang.  Rasa macam kembali ke zaman kanak-kanak,  asyik meniup trompet tak berhenti😃

3.  MEMBUAT" ORANG-ORANG" ATAU SCARECROW

Tujuan "orang-orang" di letakkan di sawah adalah bagi menghalau dan menakutkan burung-burung dari menghampiri sawah atau ladang.

Untuk membuat orang-orang ini kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan masing-masing perlu membuat orang-orang dengan bahan yang di beri sahaja tanpa merosakkan alam sekitar.


Masing-masing bekerjasama dalam kumpulan dan mengeluar idea -idea kreatif..macam-macam idea keluar.  Bayangkan ada yang letak dapur dan basikal sebagai prop...korang rasa burung lari ke tengok atau hinggap lagi buat sarang😄.
Korang tengok sendiri hasil kreativiti kitaorang...hahaha.

Nielah hasilnya...macam over semuanya, ada berturban,  ada yang letak bunga...macam-macam

Yang nie kelakar habis,  siap cari dapur buat prop😂😂

Nie geng k mid punya...siap ada sunglass, pakai rantai gucci dan berturban..kou hadoo??

Yang dicari,  yang takutkan burung jadi mestilah yang muka hodoh atau bengis jadi geng k mid kalahlah sebab cantik pulak.hahaha...

3.  MENANGKAP IKAN KELI DI SAWAH

Mengikut cerita masyarakat kampung,  biasanya aktiviti tangkapan ikan di lakukan ketika waktu bendang atau sawah sedang di bajak atau selepas menuai padi.  Ketika itu air di terusan akan menjadi cetek dan pelbagai spesis ikan seperti keli,  haruan, talapia, lampan akan senang diperolehi.

Mula-mula rasa gelilah nak berkubang di dalam sawah nie tapi nak juga merasai pengalamannya, jadi tak kisah jika berselut pun.  Selalu tengok budak-budak seronok jer berkubang dalam sawah so tak da masalah ,  jom aje kita berkubang...hehehe,


Ingatkan guna serkap ke,  bubu ke atau jala  kecil untuk menangkap ikan keli...rupa-rupa guna tangan beb!!! Aktiviti ini di panggil "mengagau" ikan,  sebab kena membongkok atau lebih senang meniarap kat dalam lumpur tue pun ok...hahaha. 

Mula-mula membongkok je k mid

Last-last meniarap baru lah boleh dapat ikan agaknya😃 (kredit pic : sinney)

Risau gak di sengat ikan keli sebab ikan keli memang terkenal dengan bisanya tapi kerana nak sangat rasa keseronokkan menangkap ikan nie,  lupakan aje pasal sengatan itu ( untuk aktiviti pada pelancong atau pelawat sebenarnya sengat ikan telah di buang terlebih dahulu)

Dok mengagau selama setengah jam...sorang pun tak dapat seekor pun.  Kata orang kampung diorang letak 50 ekor...mana semua pergi menyorok...adui!! Ada yang cakap rilex dulu kejap lagi bila kita asyik mengagau aje...ikan pun nanti akan pening dan akan akan timbul kemudian.  Sabar itu penting...sambil-sambil tue kitaorang mandi lumpur dulu

Akhirnya  salah sorang berjaya menangkap seekor ikan,   yang lain pun semakin excited nie... dua tiga orang pulak dapat...huhuhu....k mid pun berusaha gagau sana sini dan akhirnya dapat juga k mid sebanyak 3 ekor.

Haaa..mana kau nak lari wahai ikan (kredit pic : sinney)

Seronoknya bila berjaya tangkap ikan keli ni (kredit pic : sinney)

Next...ada lagi k mid nak kongsikan nie.

Tempat menarik yang korang boleh pergi kalau korang dah sampai ke Daerah Sabak Bernam ini,

1.  LAMAN TEBU AIDIL

Sampai aje kat sini terus k mid nak tangkap gambar,  serious best ...satu kelainan ... makan di tepi sawah di temani rimbunan pohon-pohon tebu..Unik sungguh.


Menu-menunya simple  seperti nasi lemak bungkus,  lontong kuah kacang, laksa, kepak madu dan tongkeng madu.  Kepak madu dan tongkeng madu di bakar  di hadapan gerai dan boleh dinikmati panas-panas.  Harga makanan pun sangat murah. Yang paling best dapat minum air tebu fresh dan sangat manis dari pokok yang di tanam di situ..Idea yang sangat kreatif untuk menjana pendapatan keluarga.

Air tebu manis dan segar
Spot bergambar kat sini memang menarik,  jadi k mid pun tak lepas kan peluang walaupun hujan renyai-renyai.
Gambar sebelum hujan

Dalam hujan pun tangkap gambar juga..hehehe

Lokasi  : Kampung Parit Empat,  45300 Sungai Besar, Selangor.

Waktu kedatangan kami di sini,  Yb Puan Hajjah Rodziah iaitu Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi Negeri Selangor  turut hadir memeriahkan program di samping memberi sedikit sumbangan.  Beliau turut memuji Laman Tebu Aidil sebagai tempat makan yang unik.

 Kami juga dapat melihat demotrasi mengubah "Bonsai" oleh  pengusaha tanaman tersebut.  Sangat berseni dan cantik pokok-pokok bonsai nie.  Pokok-pokok Bonsai ini boleh mencecah tratusan dan ribuan ringgit,  jadi orang-orang kampung yang lain boleh menjadikan kejayaan pengusaha bonsai ini sebagai contoh untuk mencari lagi idea-idea lain untuk menambah pendapatan.


Yb Rodziah menyampaikan sijil penghargaan kepada pengusaha Bonzai

2.MELAWAT KILANG NATA DE COCO

Nata De Coco merupakan sejenis produk makanan yang diperbuat daripada air kelapa yang telah ditapaikan oleh Kultur Bakteria "Acetobacter xylinus".

Ianya kenyal dan menyerupai agar-agar,  ditambah pemanis serta di tambah perisa seperti perisa lychee, mangga, strawberry dll. Ianya kaya dengan serat,  rendah lemak dan tidak mengandungi kolesterol.

Kami berpeluang  membuat lawatan ke kilang bumiputra iaitu Kilang Nata De Coco Nandong Food Industries Sdn Bhd. 

Di beri penerangan cara pemerosesan Nata De Coco dari pengarah urusan Nandong Food Industries En.Masduki Hj Mohfuf




Lokasi  :  Lot 9492,  Jalan Besar,  Kampung Sungai Lima,  45300 Sungai Besar, Selangor.

3.  PASAR JERAMI BAN KENAL

Pasar Jerami Ban Kenal ini terletak di tepi jalan besar,  di sebelahnya terdapat kawasan sawah. Telah menjadi viral sekarang kerana susunan jerami yg unik membuat ianya kelihatan seperti di luar negara. 

Setiap petang hujung minggu Sabtu dan Ahad kawasan ini.akan jadi lebih meriah kerana ramai peniaga berjualan.  Mereka menjual hasil tanaman kampung,  makanan, minuman, pakaian dan macam-macam lagi.


Spot yang cantik untuk bergambar.

Lokasi :  Parit 14, Simpang Lima, Sungai Besar, Sabak Bernam

Seronoknya dapat mengikuti Program Kita Ke Kampung nie,  banyak rupanya aktiviti yang boleh kita lakukan semasa di kampung.

Ucapan terimakasih kepada UPEN, MKNS, Gaya Travel Magazine serta semua penduduk Kampung Sungai Hj Dorani, Sungai Besar,  Sabak Bernam.

Jom kita Travel Local dan Sebagai pemulaan Kita Pusing Selangor Dulu!!!

Salam sayang,


#KitaKeKampung   #KitaSeKampung #TravelSafe

#TravelLocal   #BudayaSelangor  #GayaTravel

#PusingSelangorDulu

 



Comments

  1. seronoknya buat aktivit kampung mcm ni. rindu zmn kecik2 dlu..buat trumpe kelapa tu susah ooo..haha. asyik terbuka je

    ReplyDelete
  2. Banyak sungguh aktivitinya ye kak. Sekali sekala masuk kampung dan turut sama buat aktiviti camni mmg best

    ReplyDelete
  3. No 2 tu kan trimpet daun kelapa, asa kecik2 dlu atuk yang tlg buatkan untuk cucu2. Kita sendiri buat mmg tak bunyi apa.. keluar air liur jer hahaha. Tapi atuk buat mmg kuat bunyinya . Nostalgia zaman kecik2 ..

    ReplyDelete
  4. Hebat, Kak Mieda! Semua aktiviti pun boleh buat dan sukses pula tu. Especially buat trompet dengan tangkap ikan keli tu. Woohoo! Sesekali merasai aktiviti kampung pun seronok rupanya kan. Meriah!

    ReplyDelete
  5. Bab menangkap ikam keli tu rasanya memang tak bole buat. Bukan hanya takut kena sengat memang tak suka ikan keli pun n tak makan pun sbb terbayangkan mcm ular huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun x makan ikan keli kak..tapi nak cuba juga tangkap guna tangan..last2 berjaya jugak

      Delete
  6. Tu dia seronoknya kak mieda masuk kampung. Macam2 aktiviti buat, paling best mesti tangkap ikan ramai2 tu kan. Haha kenangan2

    ReplyDelete
  7. Terasa rugi pulak tak pernah merasa suasana kampung. Kalau ada program begini lagi, saya nak join.

    ReplyDelete
  8. lawak la kak mid. sampai meniarap nak tangkap ikan haha. sabaqqq je la. aktiviti kampung gak best.

    ReplyDelete
  9. Cool post! Macam2 activiti yg boley dibuatnya Di kampung. Baca post nie buat I tringat kat comic Lat The Kampung Boy.

    ReplyDelete
  10. Seronoknya baca aktiviti di kampung ni especially part tangkap ikan keli tue.. Menarik sangat.. Dan banyak lagi pengalaman yang boleh ditimba kat situ... Nak try la in near future...

    ReplyDelete
  11. Orang luar boleh pergi temlat ni semua la akn.. Rasa nak pergi pulak. Kita dtg terjah je ke macam mana.. Hehhee.. Sabak bernam nad sendiri tak teroka sangat..

    ReplyDelete
  12. Best giler aktiviti sebegini kan. Golongan muda sekarang mesti ramai yang tak tahu atau merasai pengalaman sebegini kan.
    Eh. Rawlins boleh bawa rakan antarabangsa ke sini la kelak kan untuk merasai budaya kampung di Malaysia kan.

    ReplyDelete
  13. aduhai... macam-macam ragam hahaha... bestnya korang haa berlumuran lumpur tu. betul2 back to kid dah ni. wish i have this kind of kampung

    ReplyDelete
  14. Wah! Nampak berseni betul trompet daun kelapa tu... bestnya tengok semua aktiviti yang dilakukan tu... bila tengok kak Mid meniarap masa tangkap ikan tu, terus teringat zaman kacik-kecik dulu... camtulah lebih-kurang kekdahnya... hehehehe... okay, jom balik kampung...

    ReplyDelete
  15. Ikan keli tu masak apa lepas tangkap? Hahaha. Pasar Jerami tu uniklah. Tak pernah saya jumpa kat mana2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas balik..x lalu nak makan klu tangkap sendiri

      Delete
  16. Seronoknya ada mcm2 aktiviti boleh buat kat area Selangor ni kan? Boleh la nnt jalan2 cuti di kuala Selangor

    ReplyDelete
  17. alahai.. rindunya kat kampung halaman bila baca entri ni.. lama dah tak balik kampung sejak PKP.. huhu

    ReplyDelete
  18. Power lah akk buat aktiviti ni. Haha comel orang2 tu ea bergaya sungguh. Cantik laman tebu dan jerami tu.

    ReplyDelete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag