Skip to main content

SEHARI DI SEKINCHAN

 Assalamulaikum dan salam sejahtera semua

Hari ini k mid nak cerita sikit mengenai trip k mid dan 2 orang lagi rakan ke Kuala Selangor dan Sekinchan.

Kuala Selangor sebenarnya bukanlah tempat asing bagi k mid.  Maksudnya k mid sering bawa pelancong berkunjung ke daerah Kuala Selangor ini untuk melihat Kelip-kelip.

Ada beberapa tempat untuk melihat kelip-kelip di Kuala Selangor ini antaranya Kelip-kelip Kampung KuantanKelip-kelip Bukit Belimbing dan Kelip-kelip Pasir Penambang.  Nanti k mid ceritakan pasal kelip-kelip ya..tapi di lain episod...hahaha.  Sekarang nie k mid nak cerita dulu kisah kitaorang boring di rumah,  lepas PKP dah boleh keluar jalan-jalan,  kitaorg ambil keputusan ke Kuala Selangor dan Sekinchan.

Jam 8 pagi,  kami bertiga  bertolak dari Sg Buloh menuju ke Kuala Selangor melalui Highway Latar.

Kira-kira sejam perjalanan kitorang pun sampai di Bukit Melawati,  Kuala Selangor.

*BUKIT MELAWATI

Apa yang menarik di Bukit Melawati nie???

Bukit Melawati adalah tempat yang banyak menyimpan sejarah bagi negeri Selangor,  di mana satu ketika dahulu pernah dijadikan sebagai pusat  pentadbiran kerajaan dan juga sebagai kubu terawal Sultan Selangor daripada serangan musuh.  Oleh yang demikian sudah tentu di Bukit Melawati ini terdapat banyak peninggalan sejarah seperti  Batu Hampar, Tangga Seratus, Makam Sultan, Telaga TujuhPerigi Beracun dan banyak lagi.

Pengunjung boleh berjalan kaki ke atas bukit, menaiki kereta ataupun menaiki Trem.  Namun selepas PKP pengunjung  hanya di benarkan menaiki Trem aje untuk ke atas. (Sehingga artikel ini di tulis tak tahulah k mid kalau sudah boleh bawa kereta ke atas)

Bayaran Rm3 untuk dewasa dan Rm2 untuk kanak-kanak di kenakan untuk menaiki trem

Di atas Bukit Melawati,  pengunjung dapat melihat Rumah Api Kuala Selangor. Ia merupakan menara yang berketinggian 83 meter. Rumah Api ini dibina oleh penjajah British pada tahun 1907.

Apa yang menarik di sini adalah terdapat beratus-ratus ekor monyet yang jinak.  Bolehlah beli sayur-sayuran atau makanan untuk di beri kepada monyet-monyet ini.  Kalau bawa anak-anak tentu mereka gembira melihat gelagat sang monyet yang cuba dapatkan makanan dari pengunjung.

Selalu pergi dah petang..semua dah kekenyangan

*SKY MIRROR

Bagi yang berminat untuk mengikuti tour ke Sky Mirror,  turun aje dari Bukit Melawati ada Pekan Lama Kuala Selangor terdapatnya jeti untuk ke Sky Mirror.


Jeti Sky Mirror
Jeti Sky Mirror pun dah cantik...k mid pun bergaya lah ala2 model kt situ­čśä


Pada yang tak tahu apa itu Sky Miror,  k mid nak kasi info cikit dekat sini.

Sky Mirror merupakan Tarikan terbaru di Kuala Selangor iaitu terletak kira-kira 15-20 minit perjalanan dengan bot dari Kg Sasaran Kuala Selangor. Sky Mirror di Kuala Selangor ini di beri gelaran Salar De Uyuni Malaysia.

Bagi yang hendak dapatkan gambar-gambar  menarik di benteng pasir ini perlulah pergi awal pagi iaitu sewaktu air surut.

Kredit pic : rahimah zainal

Kredit pic : rahimah zainal


Alamat  :  Jeti Pekan Lama Kuala Selangor

Hubungi Operator Bot SkyMirror (016 2234788)

Atau buat tempahan secara online di www.skymirrorworld.com

Selepas setengah hari di Sky mirror,  kitorg pun meneruskan lagi perjalanan kami ke Sekinchan.

SEKINCHAN

Korang tahu ke makna Sekinchan yang  korang

sebut-sebut tue. Dah cari dalam kamus ke...ada tak jumpa makna dia??

Maksud perkataan Sekinchan sebenarnya  di ambil dari pelat Cina yang merujuk kepada "Second Chance"  yang bermaksud pilihan kedua.  Kawasan ini dibuka ketika zaman keganasan komunis dan kebanyakkan penduduk di situ adalah kumpulan yang diberi pengampunan dan pilihan kedua oleh British untuk keluar dari Parti Komunis.

Lucu jugak...k mid pun baru tahu maksud perkataannya ☺

Itu cerita mengenai maknanya, sekarang nak cerita pasal kedudukannya pula.

Sekinchan ialah sebuah pekan yang terletak di Negeri Selangor, merupakan salah satu kawasan penanaman padi yang terletak dalam daerah Sabak Bernam  Sekinchan merupakan pengeluar hasil beras mengikut tan paling tinggi di Malaysia.

Dengan memiliki sawah padi yang luas,  pengairan yang bersistematik, displin dan penanaman yang teratur menjadikan Sekinchan sebagai kawasan penghasilan jumlah hasil tertinggi beras negara.

Bagi jurugambar,  Sekinchan menyajikan panorama dan lanskap yang cantik dan menarik dengan pemandangan sawah padi dan perkampungan nelayan.

*MUZIUM PADI


Muzium Padi ini sebenarnya adalah kilang padi milik PLS Marketing (M) Sdn Bhd yang terletak di Jalan Tali Air 5,  Ban 2, Sekinchan.

kolam nie tepi pintu masuk jer

Bayaran masuk Muzium ini ialah RM5 untuk dewasa dan anda akan mendapat sebungkus beras sebagai cenderamata (agak-agak beras tue dalam setengah Kg).

Sebaik melangkah masuk ke Muzium ini,  pengunjung akan ditayangkan dokumentari pendek mengenai sejarah Sekinchan serta proses penanaman padi dan penghasilan beras.

Antara beras keluaran Syarikat PLS


Di Muzium Padi ini juga terdapat  beberapa peralatan dan beberapa replika mesin yang pernah digunakan oleh pesawah.

Tak taulah mesin tanaman padi tahun bila..ini kat luar Muzium

Antara barangan yang di pamerkan di Muzium Padi

Gambar-gambar dlm Muzium Padi
Sebelum balik,  kitaorang pun belilah beras dan lain-lain barangan yang di jual di sini seperti ikan masin, jagung dan keropok.  Beras Sekinchan memang yang bermutu tinggi yang hanya boleh di beli di Kilang beras di Sekinchan aje.

Keluar aje dari Muzium Padi,  kami pun nampak sawah padi kat tepi kilang..apa lagi kami ambil peluang bergambar(nielah seciput kawasan sawah yang menghijau) yang lain-lain kawasan tak da padi sebab sekarang baru habis musim menuai...tengah proses membajak balik jadi tengah kering kontang sawah,  jadi tak cantiklah gambar jika di ambil waktu nie.

Anak-anak padi di tapak semaian

3 of us❤

Jadilah dapat bergambar dengan padi tepi kilang

Kalau nak dapat pemandangan sawah padi yang menghijau atau sebelum menuai kena tahu bila musimnya di sini kerana padi di tanam 3 kali setahun iaitu bulan March -Mei, Ogos-okt dan Dec - Feb. Jadi kunjungan kami bulan Julai memang tiadalah kehijauan sawah padi­čść.

Sekam padi tepi sawah pun boleh jadi prop  untuk kitorang...ala2 kt gurun gitew­čść­čść

*PANTAI REDANG SEKINCHAN

Pantai Redang ialah sebuah kawasan persisiran pantai di Sekinchan,  ia menghala ke Selat Melaka di tebing utara muara Sungai Labu.

Sebenarnya,  Pantai Redang ini tidak secantik mana namun pemandangan ketika matahari terbenam tetap menarik.

Waktu kami tiba di sini kira-kira jam 4 petang  kelihatan ramai kanak-kanak sedang bermain layang-layang di pantai.



Bagi kaki pancing bolehlah aje memancing di sini dan pada yang nak larikan diri dari kesibukan kota bolehlah lepak-lepak di sini menghirup bayu laut.

Seronok juga dapat keluar pusing Selangor lepas PKP selama hampir 3 bulan berkurung. Masih banyak tempat-tempat menarik di Selangor yang boleh kita lawati.

#splendidselangor    #takemeanywhere
#pusingselangordulu  #tourismselangor

Selamat bercuti semua,  ayuh kita semarakkan industri pelancongan domestik.

Salam sayang,

Comments

  1. sky mirror menariknya.. igtkan kita dekat top then jalan jambatan berkaca, rupanya pantulan air ... benda baru ni, hopefully boleh try one day

    ReplyDelete
  2. Banyak rupanya tempat2 menarik kat bukit melawati n sekinchan ni, lg pun bukan nya jauh sgt dr kl, memang kena pergi lagi ni.. Tq for your sharing.

    ReplyDelete
  3. Banyak betul lokasi menarik yang boleh release. Nak jugak sesekali lari dari kesibukan keje ni. Nanti Sal nak untuk bawak anak² bercuti

    ReplyDelete
  4. Dekat dengan kampung mertua kita...lalu dalam tu, parit 4 tu le umanya di tengah sawah...bestkan balik kampung gini...

    ReplyDelete
  5. Ouh RM3 sahaja untuk menaiki trem? Memang best percutian sebegini untuk lebih rapat dengan alam sekitar kan. Budak-budak juga boleh mengetahui bagaimana padi dituai. :)

    ReplyDelete
  6. Tu dia. Berapa kali da jalan2 dkt sekinchan tu haha. Medan ikan bakar tu suggested tak? Selalu dgr org suggest pekena ikan fresh dekat situ

    ReplyDelete
  7. Bertahun dah duduk selangor tapi tak pernah pergi Sekinchan. Teringin sebenarnya nak pergi sky mirror tu. Tapi orang kata ada timing je boleh amik gambar situ. betul ke?

    ReplyDelete
  8. I have been to Sekinchan last year during Chinese New Year with my friends, so many spots for photos.

    ReplyDelete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

TEMPAT MAKAN BEST DI MANJUNG

Assalamulaikum dan salam sejahtera, Tengah buat apa tue?  mesti tengah lepak-lepak kat rumah tengok TV...Almaklum lah kena PKP nie kepala jadi tepu  tak tahu nak buat apa..makan tidur, tengok TV..pastu makan lagi..pastu tidur lagi,..hahaha. Tak pa sabar sikit ya...lagi 2 minggu kita sama-sama doakan PKP nie tidak di lanjutkan lagi dan sekarang kita duduk di rumah diam-diam kat rumah.  Jangan bagi PM kita dok merayu-rayu #STAYATHOME. Boring-boring nie k mid teringatlah tempat-tempat makan yang k mid pergi sewaktu kunjungan ke Manjung baru-baru ini. Manalah tahu kalau lepas-lepas nie dah bebas dari Covid 19 nie ,  sesiapa pergi ke Manjung atau pergi Pulau Pangkor ke bolehlah singgah di sini . # BIG WHALE CAFE Big Whale Cafe sebuah cafe yang Cozy dan mempunyai susunatur yang kemas .  Cafe ini menyajikan pelbagai menu menarik yang boleh di cuba.  Ada menu Western, Japanese dan Korean.   Pendekata,  boleh  cuba menu brunch, lunch dan dinner . Cafe ini terletak di  : 

PENGALAMAN SAMPAI KE PARADISE 101 LANGKAWI

 Assalamulaikum dan salam sejahtera "PARADISE 101 LANGKAWI" Korang semua dah pernah sampai ke sini ke???  K mid baru aja sampai ketika mengikuti Famtrip baru-baru ini. Paradise 101 adalah pulau persendirian dan  pulau buatan manusia.  Di urus dan di miliki oleh NAAM Sdn Bhd,  ia nya merupakan Pulau yang ke 101 di Langkawi. Berlantarbelakangkan Laut Andaman, pulau eksklusif ini hanya berkeluasan 2 ekar,  dikelilingi dengan pasir pantai yang memutih serta pohon pinus yang tentunya menjanjikan permandangan indah. Ada banyak aktiviti air yang ditawarkan di sini seperti main jet ski,  main taman tema mini Aqua, Banana bot, snorkelling , zipline dan lain-lain lagi. Disini juga terdapat kemudahan lengkap yang lain seperti Dewan untuk menglansungkan majlis perkawinan, Cafe, tandas dan sebagainya, Bagaimana cara hendak ke sini?? Senang aje nak ke Paradise 101 nie,  kena naik bot di jeti Paradise 101 yang terletak di Pantai Kok berhampiran dengan Telaga Harbour Marina Langkawi. D