Skip to main content

Posts

Showing posts with the label PELANCONGAN

SHAHZAN FRASER'S HILL KINI DIJENAMAKAN SEMULA SEBAGAI AHLI WYNDHAM GARDEN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Pada 5hb September 2024 , satu majlis perasmian penjenamaan semula Hotel Shahzan Fraser's Hill sebagai ahli Wyndham Garden telah diadakan.  Bersempena pembukaan Hotel Wyndham Garden Shahzan Fraser's Hill, KYDMM Baginda Sultan Pahang Al- Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Ibni Al Marhum Sultan Hj Ahmad Shah telah berkenan mencemar duli menyempurnakan Majlis pembukaan Wyndham Garden Shahzan Fraser's Hill.  Majlis dimulakan dengan upacara memotong reben dan disertai dengan persembahan Tarian Singa .  Baginda juga, menanam Pokok Damar serta melepaskan burung Merpati Putih di Majlis tersebut selepas selesai upacara menandatangi plak. Mengenai Wyndham Garden Shahzan Fraser's Hill Wyndham Garden Shahzan Fraser's Hill direka khas untuk memenuhi keperluan percutian santai dan lawatan kerja .  Hotel ini menawarkan 92 bilik dan suite yang bergaya serta selesa iaitu Garden View, Garden View with Balcony, Golf View, Fam...

HENDAK TAHU APA YANG MENARIK : JOM DAY TRIP KE PULAU KETAM

  Assalamulaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied bersama para pemandu pelancong serta agen pelancongan telah menyertai Program Famtrip Jom ke Pulau Ketam yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Klang dan Persatuan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Bagan Pulau Ketam ( MPKK). Info Mengenai Pulau Ketam Pulau Ketam adalah pulau kecil yang terletak berdekatan Pelabuhan Klang , Selangor. Pulau ini telah wujud sekitar tahun 1880an lagi.  Ia merupakan rumah kepada dua buah kampung Cina.  Kampung utama di bahagian selatan pulau ini dikenali sebagai Pulau Ketam manakala kampung di bahagian timur-laut dikenali sebagai Sungai Lima . Toechew dan Hokkien merupakan penduduk asal pulau ini.  Terdapat juga golongan orang asli yang menetap di bahagian lain pulau ini. Penduduk di Pulau Ketam ini kir-kira 6,000 orang dan jumlah rumah kediaman kira-kira 1,000 buah. Majority penduduknya adalah masyarakat Cina . Untuk sampai ke Pulau Ketam kena menaiki bot dari Pe...

NEGERI SELANGOR MELANCARKAN BAS PELANCONGAN HOP ON HOP OFF YANG PERTAMA

  Asssalamulaikum dan Salam sejahtera Negeri Selangor melalui agensi promosi pelancongan rasmi, Tourism Selangor melancarkan Bas Pelancongan Hop On Hop Off (HOHO) Selangor yang pertama dengan visi untuk merancakkan pembangunan perkhidmatan pelancongan di negeri Selangor. Bas pelancongan tersebut telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Tuan Hee Loy Sian, EXCO Pelancongan dan Alam Sekitar di IOI Cit y Mall . Perkhidmatan bas pelancongan HOHO diyakini mampu menarik lebih ramai pelancong melalui kempen "no" yang menyasarkan pasaran pelancongan domestik dan memberi pilihan kepada pelancong antarabangsa di KLIA dan KLIA2 untuk melancong di kawasan sekitar semasa transit yang lama sebelum meneruskan penerbangan yang seterusnya. Dikendalikan oleh LNH Tour & Transport, fasa pertama Bas Pelancongan HOHO ini akan dikendalikan di Sepang dengan bantuan daripada 17 pengendali produk pelancongan; Farm Fresh @ UPM Serdang, Avani Goldcoast Resort & Spa, Jeti Sirip Biru, Litar Antaraban...