Skip to main content

NEGERI SELANGOR MELANCARKAN BAS PELANCONGAN HOP ON HOP OFF YANG PERTAMA

 Asssalamulaikum dan Salam sejahtera

Negeri Selangor melalui agensi promosi pelancongan rasmi, Tourism Selangor melancarkan Bas Pelancongan Hop On Hop Off (HOHO) Selangor yang pertama dengan visi untuk merancakkan pembangunan perkhidmatan pelancongan di negeri Selangor. Bas pelancongan tersebut telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Tuan Hee Loy Sian, EXCO Pelancongan dan Alam Sekitar di IOI City Mall.


Perkhidmatan bas pelancongan HOHO diyakini mampu menarik lebih ramai pelancong melalui kempen "no" yang menyasarkan pasaran pelancongan domestik dan memberi pilihan kepada pelancong antarabangsa di KLIA dan KLIA2 untuk melancong di kawasan sekitar semasa transit yang lama sebelum meneruskan penerbangan yang seterusnya.

Dikendalikan oleh LNH Tour & Transport, fasa pertama Bas Pelancongan HOHO ini akan dikendalikan di Sepang dengan bantuan daripada 17 pengendali produk pelancongan; Farm Fresh @ UPM Serdang, Avani Goldcoast Resort & Spa, Jeti Sirip Biru, Litar Antarabangsa Sepang, HL Dragon Fruit, Mitsui Outlet dan beberapa lagi.




EXCO Pelancongan dan Alam Sekitar, Yang Berhormat Tuan Hee Loy Sian dalam satu kenyataan berkata, Negeri Selangor menggalakkan lebih banyak penglibatan agensi dan pemain utama industri pelancongan untuk menyokong inisiatif seperti ini, sebagai nilai tambah kepada pelancong untuk terus menikmati keunikan dan keindahan produk pelancongan Selangor.


Para Pengamal Media sempat mencuba menaiki bas HoHo Selangor di hari pelancaran

Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor akan memberi kerjasama lebih giat lagi dalam membangunkan pakej perkhidmatan bas pelancongan HOHO melalui aplikasi mudah alih 'Go Selangor'. Kerajaan negeri menganggarkan peningkatan sebanyak 75% dalam tempoh enam bulan pertama menerusi laman tempahan hohoselangor.com dan aplikasi Go Selangor yang boleh diakses menerusi laman sesawang Selangor.Travel, serta laman media sosial rasmi Tourism Selangor di Facebook, Twitter dan Instagram .

Salam sayang,

Comments

Popular posts from this blog

SEMPENEH RIVERFRONT: SUASANA KAMPUNG YANG NYAMAN DITEPI SUNGAI

 Assalamulaikum dan salam sejahtera Hujung minggu yang lalu, k.mied ke Parit Buntar untuk menghadiri majlis pertunangan anak buah k.mied dan seperti biasa ketika pulang ke semula ke Kuala Lumpur memang akan jalan-jalan atau menjelajah tempat-tempat yang berhampiran, jalan-jalan cari makan gitew🥰 Kali ini k mied decide nak ke Daerah Batu Kurau , Taiping Perak .  Tempat yang dirancang nak pergi tue ialah Sempeneh Riverfront. Sempeneh Riverfront Chalet terletak lebih kurang 5km dari Pekan Batu Kurau . Merupakan chalet yang berkonsep kabin pertama di Batu Kurau. Berhampiran Gunung Sempeneh ,  sungai dan hutan sudah tentu menjanjikan penginapan yang nyaman dan dekat dengan alam semulajadi . Ketika k.mied tiba di Sempeneh Riverfront,  hujan turun dengan lebat sekali,  sungai berhampiran chalet yang tadinya tenang kini di melimpah dengan air dari bukit.  Bila air semakin deras kedengaran siren amaran di bunyikan untuk memberi amaran pada pengunjung supaya j...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

AKTIVITI MENARIK YANG BOLEH DILAKUKAN DI KAMPUNG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Seperti yang di janjikan k mid nak sambung lagi cerita k mid ke kampung aritue dalam program "Kita Ke Kampung 2.0" Kali ini k mid nak cerita aktiviti-aktiviti yang sempat k mid dan teman-teman lakukan selama 4 hari 3 malam di kampung. Jom kita mulakan.... 1.BALING BUAH KELAPA Botol-botol mineral di susun,  kemudian kelapa akan di baling ke arah botol mineral itu dari jarak yang ditetapkan. Permainan ini nampak senang...Ala..nie kacang nie...Try tengok baru korang rasa kacang ke tidak😄Nampak senang,  hentam baling aje tapi belum tentu kena lagi tau sebab buah kepala bukan macam bola bowling yang bulat tue..jadi ramai yang tidak berjaya menjatuhkan botol mineral tue. Dah macam gaya baling bola bowling😄 2.  MEMBUAT TROMPET DAUN KELAPA Trompet Daun Kelapa Setelah selesai makan malam,  kami pun berkumpul di meja yang telah di sediakan.  Diatas meja kelihatan daun-daun kelapa yang telah disediakan bersama beberapa buah S...