Skip to main content

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI MIRI, SARAWAK

 Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Baru-baru ini kak mied berkesempatan berkunjung ke Miri, Sarawak. Ini adalah kunjungan pertama kak mied ke Miri walaupun anak telah menetap di sana hampir 3 tahun.
Ini adalah kerana PKP,  sekarang nie lah baru kak mied berpeluang menjengah rumah anak di sana. Bagi mak-mak macam k mied nie,  dapat tengok sendiri bagaimana kehidupan anak-anak baru puas hati.
Kunjungan pertama kali rasa banyak tempat nak di terokai🥰
Sambil-sambil mengunjungi anak di Miri,  sambil-sambil tue kita pergi berjalan sekali.
Kata orang..jauh perjalanan luas pandangan...jadi jomlah kita tengok tempat-tempat apa yang menarik di Miri ini.
Apa agaknya tempat-tempat tue??.sambil-sambil tue kita merasa makanan-makanan mereka.

Miri ialah bandar ke 2 terbesar di Sarawak selepas  bandar Kuching,  dan seperti yang sedia maklum Kuching mempunyai banyak tempat-tempat pelancongan yang menarik namun Miri juga mempunyai tempat pelancongannya tersendiri terutamanya tarikan alam semulajadinya.

Kak mied mulakan dengan pusing-pusing bandar Miri dulu.

#Miri Waterfront
Tempat yang menarik untuk bergambar kerana terdapat patung Ikonik Miri iaitu Kuda Laut serta terdapat tulisan Miri serta tanda bentuk hati.
Terletak berhampiran Pullman Miri Waterfront.
Kalau sudah sampai di Miri,  haruslah bergambar di sini❤️.




#Pantai Coco Cabana
Terletak di kawasan bertanjung,  pantainya pula menyajikan pemandangan yang indah. Kawasan ini cukup terkenal sebagai lokasi menyaksikan keindahan matahari terbenam.
Terdapat mercu tanda ikonik Miri iaitu patung Kuda Laut berketinggian 40 meter yang berfungsi sebagai rumah Api.
Disini juga terdapat kafe serta gerai-gerai untuk pengunjung menjamu selera sambil bersantai bersama keluarga.





#Bukit Kanada
Bukit Kanada terletak kira- kira 5km dari Bandar Miri.  
Menyajikan pemandangan serta panorama menarik di atas puncaknya.  Juga terdapat beberapa tarikan yang boleh di lawati antaranya Muzium Petroleum serta mercu tanda The Grand Old Lady.
The Grand Old Lady  merupakan pelantar minyak pertama di Malaysia yang di bina pada tahun 1910 oleh Shell.





#Tamu Muhibbah
Tamu Muhibbah atau Pasar Muhibbah,  berkonsep sama saja seperti Pasar Payang di Terengganu atau Pasar Siti Khadijah di Kelantan, di mana terdapat pelbagai barangan dari barangan basah, barangan kering, kraftangan dan pelbagai makanan.  Kek Lapis Sarawak juga boleh di cari di sini.




#Taman Negara Niah
Taman Negara Niah memiliki pemandangan alam semulajadi yang mengagumkan serta kaya dengan flora dan fauna.

Disini terletaknya Gua Niah yang merupakan gua terbesar di Malaysia juga merupakan satu satu gua batu kapur terbesar di dunia.
Gua di sini pernah menjadi penempatan awal manusia sekitar 4000 tahun dahulu.
Pakailah kasut, pakaian yang sesuai serta bawa lampu suluh jika ingin meneroka gua-gua di sini.




Kredit : Wikipedia

#Pantai Tanjung Batu 
Pantai Tanjung Batu terletak di Bintulu iaitu kira-kira 170km dari Miri. Disebabkan tidak berapa jauh dari Miri, Kak mied ambik peluang untuk mengunjungi pantai ini.
Pantai Tanjung Batu merupakan antara lokasi pantai yang memiliki pemandangan yang memukau.  Terdapat gerai-gerai untuk yang ingin menjamu selera.
Aktiviti-aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini seperti berjogging,  bersenam, berjalan-jalan dan bermain layang-layang.





Mengenai makanan pula sempatlah kak mied mencuba beberapa menu yang popular di Miri seperti Mee Kolok dan Laksa Sarawak.

Laksa Sarawak
Laksa Sarawak popular disini.  Keunikkannya terletak pada rasa kuahnya yang  berlemak,manis dan pedas.
Kuah Laksa Sarawak kelihatan seperti kari, tapi rasanya berlainan dari kari.  Diletak isi ayam atau yang dicarik-carik atau hirisan daging,  udang, taugeh, hirisan telur goreng. 
Dihidang bersama sambal untuk menambah kepedasannya.

Mee Kolok
Mee Kolok merupakan menu yang sangat popular di Sarawak.
Kolok dari perkataan Iban yang bererti kering.  Kebiasaannya boleh dinikmati pada waktu sarapan,  makan tengahari dan makan malam. Mee Kolok menggunakan mee sanggul yang dihidangkan bersama sup serta kicap.  Ia dihidangkan bersama hirisan daging ataupun ayam.

Selamat bercuti Gaiss!!!

"TRAVEL IS NEVER A MATTER OF MONEY
BUT OF COURAGE"

Salam sayang,



Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag