Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2026

Giant Destina Putrajaya Perkenal Pengalaman Pasar Raya Moden Menggabungkan Keperluan Harian, Sajian dan Kesihatan

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera.  GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd. terus memperkukuh  kehadirannya dengan pembukaan Giant di Destina Putrajaya, sebuah pasaraya moden yang menggabungkan kemudahan membeli-belah harian, pilihan makanan dan minuman serta perkhidmatan farmasi dan produk kecantikan di satu lokasi strategik yang dihubungkan terus dengan stesen MRT Putrajaya dan KLIA Transit. Pembukaan ini meneruskan legasi Giant, sebuah nama yang telah lama sinonim dengan  pengalaman membeli-belah rakyat Malaysia, dengan komitmen menawarkan nilai melalui strategi “Harga Rendah, Lebih Lama” bagi barangan keperluan harian termasuk hasil segar tempatan dan barangan asas dapur, di samping memperluaskan pengalaman membeli-belah menerusi pilihan sajian dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan pengguna moden. Ketua Pegawai Eksekutif GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd., En. Cheah Yong Hock berkata,  Giant Destina Putrajaya mencerminkan usaha syarikat untuk terus berkembang seiring de...

FILEM PERANG BERSEJARAH, PELURU SENJA HIDUPKAN KEMBALI SUASANA TANAH MELAYU 1948 MENJELANG HARI KEBANGSAAN

Hai. Assalamulaikum dan salam sejahtera.  Filem drama perang berlatarkan sejarah, Peluru Senja (The Ghost & the Gun) , diraikan menerusi tayangan perdana malam ini sebelum menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 28 Ogos 2026, bersempena sambutan Hari Kebangsaan.  Pelakon utama Filem Peluru Senja dari kanan Hazman Al-Idrus, Asmara Abigail & Fabian Loo Diarahkan oleh pengarah filem India yang berpangkalan di Singapura, Anshul Tiwari, filem ini menghimpunkan barisan pelakon serta tenaga produksi dari Malaysia, Indonesia, Singapura, India, Bangladesh, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Karya ini merupakan hasil kerjasama FilmsPositive, LDNO Productions, Limbo Pictures dan Viking Sunset Studios, manakala MSK Cinemas Sdn Bhd bertindak sebagai pengedar rasmi di Malaysia. Berlatarkan Tanah Melayu pada tahun 1948, Peluru Senja mengisahkan seorang askar Tanah Melayu dan seorang askar British yang tertinggal ketika pasukan British berundur. Dibayangi trauma peperangan...