Skip to main content

Giant Destina Putrajaya Perkenal Pengalaman Pasar Raya Moden Menggabungkan Keperluan Harian, Sajian dan Kesihatan

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera. 

GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd. terus memperkukuh kehadirannya dengan pembukaan Giant di Destina Putrajaya, sebuah pasaraya moden yang menggabungkan kemudahan membeli-belah harian, pilihan makanan dan minuman serta perkhidmatan farmasi dan produk kecantikan di satu lokasi strategik yang dihubungkan terus dengan stesen MRT Putrajaya dan KLIA Transit.

Pembukaan ini meneruskan legasi Giant, sebuah nama yang telah lama sinonim dengan pengalaman membeli-belah rakyat Malaysia, dengan komitmen menawarkan nilai melalui strategi “Harga Rendah, Lebih Lama” bagi barangan keperluan harian termasuk hasil segar tempatan dan barangan asas dapur, di samping memperluaskan pengalaman membeli-belah

menerusi pilihan sajian dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan pengguna moden.

Ketua Pegawai Eksekutif GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd., En. Cheah Yong Hock berkata, Giant Destina Putrajaya mencerminkan usaha syarikat untuk terus berkembang seiring dengan dengan Giant dengan pengalaman membeli-belah yang lebih moden dan lengkap. Dengan akses terus kepada rangkaian pengangkutan awam, kami berharap cawangan ini dapat

memberikan lebih kemudahan kepada penduduk, penjawat awam, warga kerja serta komuniti komuter di Putrajaya,”

 katanya.

Majlis pelancaran Giant Destina Putrajaya telah disempurnakan oleh En. Cheah Yong Hock, Ketua Pegawai Eksekutif GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd, Pn. Linda Phang, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd, En. Ikhwan Hamzah Azizan, Senior General Manager, KLCC Holdings Group Commercial & Development dan Encik Pardon bin Munawar, Timbalan Pengarah (Pembangunan), Bahagian Pencen Jabatan Perkhidmatan Awam. 

Antara tarikan di Giant Destina Putrajaya ialah pilihan sajian menerusi Uncle Jack Fried Chicken, Sudut Nasi Campur dan Kyojin Sushi, selain Mercato Café & Bakery yang menawarkan kopi, roti sourdough yang dibakar segar serta pilihan pastri. Pelanggan turut mempunyai akses kepada produk kesihatan, penjagaan diri dan kecantikan menerusi MY Chemist Hub.

Pembukaan Giant Destina Putrajaya turut diraikan bagi menerusi aktiviti bersama pelanggan dan pengguna komuter, penduduk Putrajaya dan warga kerja sekitar Putrajaya melalui pesta “Jalan Jalan Cari Jajan” dari 13 - 31 Ogos 2026 yang menampilkan pelbagai jenis snek kudapan dan minuman yang sering mendapat permintaan tinggi daripada pelbagai lapisan masyarakat. 

Sebagai sebahagian daripada penawaran istimewa Giant kepada pelanggan, Giant juga memperkenalkan penghargaan khusus buat penjawat awam dan pesara bagi rangkaian makanan mereka iaitu Uncle Jack, Mercato Café dan Kyojin Sushi. Inisiatif ini memperlihatkan komitmen Giant dalam menyediakan pengalaman membeli yang lebih bernilai dan menyeluruh kepada pelanggan.

Giant Destina Putrajaya mencerminkan komitmen GCH Retail untuk terus menyediakan pengalaman membeli yang lebih mudah, lengkap dan bernilai kepada pelanggan, selaras dengan keperluan gaya hidup moden kepada penduduk Putrajaya.

 - Miedajaz -

Comments

Popular posts from this blog

SEMPENEH RIVERFRONT: SUASANA KAMPUNG YANG NYAMAN DITEPI SUNGAI

 Assalamulaikum dan salam sejahtera Hujung minggu yang lalu, k.mied ke Parit Buntar untuk menghadiri majlis pertunangan anak buah k.mied dan seperti biasa ketika pulang ke semula ke Kuala Lumpur memang akan jalan-jalan atau menjelajah tempat-tempat yang berhampiran, jalan-jalan cari makan gitew🥰 Kali ini k mied decide nak ke Daerah Batu Kurau , Taiping Perak .  Tempat yang dirancang nak pergi tue ialah Sempeneh Riverfront. Sempeneh Riverfront Chalet terletak lebih kurang 5km dari Pekan Batu Kurau . Merupakan chalet yang berkonsep kabin pertama di Batu Kurau. Berhampiran Gunung Sempeneh ,  sungai dan hutan sudah tentu menjanjikan penginapan yang nyaman dan dekat dengan alam semulajadi . Ketika k.mied tiba di Sempeneh Riverfront,  hujan turun dengan lebat sekali,  sungai berhampiran chalet yang tadinya tenang kini di melimpah dengan air dari bukit.  Bila air semakin deras kedengaran siren amaran di bunyikan untuk memberi amaran pada pengunjung supaya j...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

AKTIVITI MENARIK YANG BOLEH DILAKUKAN DI KAMPUNG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Seperti yang di janjikan k mid nak sambung lagi cerita k mid ke kampung aritue dalam program "Kita Ke Kampung 2.0" Kali ini k mid nak cerita aktiviti-aktiviti yang sempat k mid dan teman-teman lakukan selama 4 hari 3 malam di kampung. Jom kita mulakan.... 1.BALING BUAH KELAPA Botol-botol mineral di susun,  kemudian kelapa akan di baling ke arah botol mineral itu dari jarak yang ditetapkan. Permainan ini nampak senang...Ala..nie kacang nie...Try tengok baru korang rasa kacang ke tidak😄Nampak senang,  hentam baling aje tapi belum tentu kena lagi tau sebab buah kepala bukan macam bola bowling yang bulat tue..jadi ramai yang tidak berjaya menjatuhkan botol mineral tue. Dah macam gaya baling bola bowling😄 2.  MEMBUAT TROMPET DAUN KELAPA Trompet Daun Kelapa Setelah selesai makan malam,  kami pun berkumpul di meja yang telah di sediakan.  Diatas meja kelihatan daun-daun kelapa yang telah disediakan bersama beberapa buah S...