Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

Catatan Perjalananku - Percutian di Jakarta dan Bandung

Assalamualaikum...... Sudah lama sebenarnya nak ceritakan kisah percutianku ke Bandung Indonesia tapi tak buat-buat gak entri tu dan sekarang dah masuk kali ke 2 ku jejakkan kaki ke Bandung.   Pertama kali bersama teman-teman pada tahun 2010 dan pada 07.12. 2012 yang lalu  bersama family pulak. Permandangan di udara penerbangan ku kali 1 ke Bandung (2010) Pemandangan di udara penerbangan ke Jakarta (2012) Di percutian pertama dulu aku turun di Bandung iaitu di Bandara Udara Husein Sastranegara  dan untuk kali ke dua bersama keluarga aku turun di Jakarta iaitu Jakarta International Airport Soekarno Hatta.  Sengaja nak turun di Jakarta dan melihat pulak keadaan di sana. Me and family sempat bergambar sebelum di jemput oleh supir kami Semua percutian ku ke Bandung  amat menyenangkan kerana ada kawan yang menunggu.  Semua aturcara telah di rancang tapi percutian kali ke 2 ini banyak acara bershopping.....apapun seronok dapat melawat tempat orang dan ketika it

Apam Pisang

Assalamulaikum.... Dah lama tak buat apam nie... kebetulan ada pisang yang di tanam oleh Pak Mertua...boring asyik di buat cekodok pisang dan rasanya rajin sikit kut......jadilah APAM PISANG.... Kalau rasanya berminat nak cuba....bolehlah tengok bahan-bahan dan caranya di bawah....amat mudah dan tentu menjadi....   Sebelum Di kukus... Bahan- Bahannya 1 mangkuk santan pekat 2 mangkuk pisang lecek ( pisang mas/berangan) 3 1/2  mangkuk tepung gandum 2 biji telur 2 camca soda Bikabonat 1 1/2 mangkuk gula secubit garam   Nie dia periuk kukus yang di beli di Padang Besar, Perlis..   Cara-caranya :- 1.  Telur dan gula di pukul hingga kembang 2.  Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama sodabikabonat. 3.  Gaulkan bersama pisang lecek, garam dan santan hingga sebati. 4.  Kukuslah selama sejam.................   Dah jadikan.....Senang je.......... Inilah hasilnya.... Selamat mencuba................

YIK MUN PAU

Assalamualaikum Hari nak cerita sikit tentang makanan iaitu pau.  Aku memang dah lama teringin nak melantak pau tu almaklumlah asyik dengan cerita orang je... akhirnya dapatlah makan sarapan pagi kat Yik Mun Tanjung Malim sebelum pergi mandi-manda kt Lata Kijang.  Senang je nak ke sana.. dekat UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris). Selain dari pau,  boleh juga mencuba roti kawin yang tidak kurang sedapnye juga mee dan nasi goreng.  Semua sedap-sedap belaka. Ini dia Pau yang gebu.... Tidaklah mahal sangat..... Wantan Mee pun boleh tahan enaknya.. Selain dari makan kat situ,  boleh juga beli yang segera untuk di bawa pulang.  Pada hujung minggu restoran ini menjadi tumpuan pemilik2 motor berkuasa tinggi untuk lepak-lepak dan makan sebelum ke destinasi masing-masing.  Akhirnya dapat juga merasa pau Yik Mun.  Sekian......jumpa lagi...

PAK HARUN FAMILY QURBAN(AIDIL ADHA 2012)

Assalamulaikum semua Lama tak buat Entry nie...bukan apa sibuk sangat dengan pemindahan pejabat,  banyak benda nak kena buat...susun sana, susun sini..set-up balik uni fi dan macam-macam lagi..jadi tak berkesempatan ...Nak cerita cikit kali nie pasal Qurban/Aqiqah yang keluarga kami buat pada Aidil Adha baru-baru nie...seronok sungguh dapat bersama-sama keluarga melakukan ibadah nie...alhamdulillah dipermudah segala urusan.. Kami sekeluarga berkumpul dan bersama-sama menolong melapah lembu korban,  memotong,  mengagihkan daging serta memasak . Anak-anak yatim juga di jemput ke majlis kami Sedikit cenderahati untuk anak-anak yatim Gambar-gambar kenangan di Aidil Adha 2012 (KELUARGA PAK HARUN) Jika di izin allah kami sekeluarga ingin melakukan ibadah Qurban ini setiap tahun...insyaallah... Terima kasih pada saudara-mara, kenalan dan kawan-kawan yang sudi hadir ke majlis kami

HR STEAK HOUSE

Hari ini nak buat entry makan-makan pulak...Hari tu (tak ingatlah pulak berapa hari bulan) anak aku belanja makan di HR Steak house, kt jalan Raja Alang,  Kampung Baru. Aku dengar orang cakap makan steak kt situ murah dan sedap.  Sebenarnya masa bulan puasa nak berbuka kat situ.  Jangan haraplah ada kosong...walaupun pegi awal...semuanya dah di booking.... Jadi kami pergi lepas raya.. Air buah dia gelas besar...Harga RM2.00 - RM2.50....Berbaloi2...   ENAKNYA. ...harga kalau x silap RM7.50 Tengok gambar-gambar happy tengah makan...maklumlah ada yang belanja.... Mama juga maintain ayu gitu...HAHAHA..  Anyway enjoy the food there dan harga dia memang murah....service pun cepat walaupun ramai pelanggan. Yang penting dapat menikmatinya bersama keluarga tersayang memang mengembirakan...LUV U ALL....... Alamat :  HR STEAK HOUSE                No. 56,  Jalan Raja Alang,                Kampung Baru,                 Kuala Lumpur

PERCUTIAN KE UNIVERSAL STUDIO, SINGAPORE

Keinginan hendak berkunjung ke Universal Studio Singapore akhirnya terlaksana bila di ajak pergi kesana menaiki bas (kiranya lebih kurang macam rombongan Cik Kiah lah...) Dengan kadar bayaran RM100 untuk transpot,  aku pun terima ajakan anak untuk meneroka USS,  yang sememangnya diimpikan lagipun tidak pernah memijak kaki di bumi Singapura sebelum ini.......Kami pun bertolak pada pukul 10.00 malam )malam Jumaat) dan di jangka sampai ke Johor Bharu pada waktu subuh....Aku tidur je di sepanjang perjalanan,  lagipun bas tak penuh dapatlah duduk sorang2 sampai dua kerusi...ahaks!! Nielah bas kami................ Pukul 7.30 pagi kami pun tiba di Emigresen Singapore,  aku di beritahu kami akan di bawa melawat sekitar Singapura dulu dan yang terakhir barulah di bawa melawat Universal Studio,,,,,Alamak.....berkecai rasa hati ,  sedangkan tiket ke USS telah di beli tapi perlu di ambil di depan pintu USS...Agent tunggu di depan pintu masuk Kul 10.30 pagi....apalagi mengelabahlah sek