Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2014

FIELD TRIP : MELAKA

Tarikh  : 23 Februari 2014 Assalamulaikum,  salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Sejak-sejak nak jadi TG nie...semuanya salam 1 Malaysia....hahaha......Practise make Perfect. Hari ini nak cerita Field Trip Ke Melaka,  sambil buat assignment sambil jalan-jalan......ini yang k.mid suka sangat.... The Journey begin : Pukul 9.30 pagi  - bertolak ke Melaka dan sampai di melaka kira-kira pukul 12 tengahari. Di sepanjang perjalanan kami di beri tip-tip serta tunjukajar macamana nak berkomunikasi kepada Pelancong.  Pada mulanya semua kurang menyerlah....maklumlah first time "coaching" dalam bas.... Khusyuk mendengar penerangan.............. Serba-sedikit  Info tentang Melaka  dan tempat-tempat yang menarik perlu di lawati di sini. "Melaka merupakan pusat tarikan bagi tempat-tempat bersejarah di Malaysia. Dikenali sebagai Bandaraya Bersejarah Malaysia, Melaka mempunyai pelbagai legenda, monumen-monumen dan artifak-artifak yang berusia lebih 500 tahun.

Percutian di Cameron Highland

Assalamualaikum semua  Pada Cuti tahun Baru Cina tahun ini yang jatuh pada 31 Januari 2014 serta cuti 1 Februari  2014yang merupakan hari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,  k.mid berkesempatan membawa family ke Cameron Highland.  Walaupun k mid tahu jalan menuju ke sana,  tentunya jem teruk tapi k mid tetap nak pergi juga kerana k mid dah pun ada tempat penginapan iaitu Di Rumah Peranginan Kerajaan Cameron Higland. - 10 pagi (1.2.2014) sabtu,  kami bertolak dari rumah.  Kami melalui Exit Tapah.  Pada mulanya perjalanan cukup selesa hingga selepas Lata Iskandar....perjalanan semakin tersekat-sekat dan ada kalanya tak bergerak langsung.  Akhirnya dengan penuh keboringan sampai jugak ke Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highland kira-kira hampir pukul 3.00 patang. suasana tenang di sini Inilah dia rumah peranginan kerajaan Cameron Highland Ada taman permainan di belakang Penginapan yang selesa untuk kaki tangan kerajaan dengan harga yang memang berbaloi

Lawatan ke Bangunan Parlimen

Assalamualaikum.. Pada 10 Feb 2014,  kak mid berkesempatan melawat Bangunan Parlimen yang terletak di Jalan Parlimen Kuala Lumpur bersama kawan-kawan yang bakal jadi TG (insyaallah)...  Terujalah jugak....tak pernah2 sampai ke sini walaupun ketika lawatan sekolah....hehehe...tetiba sekarang berkesempatan........ Oklah.... lawatan ini,  sedikit sebanyak dapat memberi gambaran sebenar  keadaan di dalam Parlimen dan bolehlah nanti kami terangkan Sistem Pemerintahan Malaysia pada pelancung-pelancung asing. Gambar-gambar  PM Malaysia dan semua Yang Dipertuan Agung di pameran kan di sini Bangunan Parlimen :- Terbahagi kepada 2 struktur  : - Blok Utama - menempatkan Dewan Negara dan Dewan Rakyat,  Pejabat2 YDP Dewan, bilik banquet, bilik diraja, surau , perpustakaan, dewan taklimat dan bilik jawatankuasa. - Block menara (setinggi 17 tingkat) - menempatkan pejabat PM, TPM, menteri di JPM,  ketua pembangkang juga pejabat pentadbiran Parlimen. Sebenarnya tidak dibenarkan

Dataran Merdeka Heritage Tour

Assalamulaikum... Lama dah k. mid rasa tak update blog nie...rindu rasanya. Nak buat macamana....terkejar-kejar masa sekarang nie...nak jadi TG lah pulak...untuk dapatkan lesen TG.. .(kalau sesiapa yang tak tahu TG tue...Tourist Guide) jadi terpaksalah k. mid bertungkus-lumus sedikit selama beberapa bulan nie....siapkan assignment ....hadiri tutorial...kerja lagi...pukul 11.00 malam baru sampai rumah....demi cita-cita.... dan dah boring kerja kat office..... Oklah,  k mid nak cerita sikit ....baru-baru nie kak mid berkesempatan mengikuti Kuala Lumpur City Tour yang di anjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur....Tour nie setengah hari aje... lecturer k mid yang dapat assignment ini, jadi dia ajaklah student-student ikut sekali .Sempena tahun melawat Malaysia 2014,  DBKL menganjurkan tour free pada sesiapa yang berminat tak kiralah pelancong dalam negeri atau luar negeri untuk mengikuti tour ini.  Ianya bermula di KL Galeri Dataran Merdeka hingga Royal Selangor Club. Biasanya seti