Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2021

10 MASJID TERINDAH DI NEGERI SELANGOR

 Masjid yang Cantik &Indah untuk dikunjungi Sepanjang Bulan Ramadan, Hanya di Negeri Selangor Dengan kepelbagaian budaya yang terdapat di Negara Malaysia, Negeri Selangor memiliki pelbagai tarikan pelancongan kebudayaan dan keagamaan. Bersempena bulan Ramadan tahun ini, pihak Tourism Selangor menyenaraikan 10 masjid terindah yang boleh anda kunjungi di Negeri Selangor pada suatu masa kelak.  1) Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Masjid yang gah ini dibina di atas kawasan seluas 14.6 hektar di Pusat Bandar Shah Alam. Turut dikenali sebagai “Masjid Biru”, ianya mempunyai ciri-ciri senibina yang menarik dengan hiasan dalaman yang menakjubkan. Tambahan pula, ianya merupakan masjid terbesar di Malaysia dan merupakan salah sebuah ikon pelancongan utama di Negara ini. Masjid dengan kubah berwarna biru ini terletak indah di sebahagian Tasik Raja Lumu. Ia boleh memuatkan seramai 16,000 orang jemaah pada satu-satu masa, dengan dilengkapi oleh pelbagai kemudahan untuk para pengunjung.

9 LOKASI AKTIVITI PELANCONGAN EKO YANG MENARIK DI NEGERI SELANGOR

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera Sektor Pelancongan Eko Menerima Perhatian Yang Signifikan dalam Kalangan Pelancong di Negeri Selangor Sektor pelancongan eko ialah antara segmentasi pelancongan yang paling menerima sambutan di Negeri Selangor kerana keunikan alam semulajadi di Negeri ini. Dengan pelbagai aktiviti pelancongan eko yang menarik dan cukup mengujakan di Negeri ini, apa kata anda luangkan masa senggang anda kelak dengan menikmati  dan menjalani aktiviti luar di cadangan lokasi seperti berikut:   1) FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA (FRIM), KEPONG Antara tempat menarik untuk melakukan aktiviti dengan gabungan alam semula jadi adalah di Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Kepong. Dengan keluasan 600 hektar, ia dikelilingi oleh Hutan Simpan Bukit Lagong di mana tempat ini menyediakan pelbagai aktiviti kepada pengunjung yang datang. Salah satu tarikan terbaharu di sini ialah ‘Sky Walk’, manakala antara aktiviti yang boleh dilakukan di FRIM adalah seperti berjoging di R

PELANCARAN BOOKLET : PANDUAN KE SKYMIRROR, KUALA SELANGOR

 Assalamulaikum dan salam sejahtera. Baru-baru k mid dan rakan -rakan media yang lain berpeluang ke Sky Mirror di Kuala Selangor bersempena dengan majlis Pelancaran Booklet : "A Guide To Sky Mirror , Kuala Selangor" . Majlis Pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh YB Tuan Hee Loy Sian , Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan , Alam Sekitar & Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli . YB Tuan Hee Loy Sian bersama penulis Goh Yong Chuan Booklet " A Guide To Sky Mirror, Kuala Selangor" di tulis oleh penulis  Goh Yong Chuan   menerangkan mengenai biodiversity di daerah Kuala Selangor secara lebih terperinci kepada umum,  memberi pengetahuan kepada pengunjung untuk lebih memahami dan mempelajari mengenai pemuliharaan alam semulajadi. Booklet ini akan menjadi buku panduan yang berguna  kepada pengunjung yang datang ke daerah Kuala Selangor untuk meneroka khazanah laut . Antara kandungan yang terdapat dalam booklet ini ialah mengenai : Kuala Selangor Sky Mirro

BUFET RAMADAN TERBAIK DI NEGERI SELANGOR 2021

  BULAN RAMADAN SUDAH TIBA!   Nikmati Aneka Bufet Ramadan untuk Berbuka Puasa   di Negeri Selangor! Assalamulaikum dan salam sejahtera Bu lan Ramadan yang telah tiba tahun ini tentunya memberi peluang kepada umat Islam menambahkan lagi amalan dan meningkatkan ketaqwaan. Rata-rata rakyat Malaysia gemar untuk membeli juadah di bazar-bazar Ramadan mahupun berbuka puasa di luar, malah bufet Ramadan merupakan antara pilihan kegemaran rakyat Malaysia untuk berbuka puasa. Tahun ini, terdapat pelbagai hotel yang menawarkan juadah bufet serta promosi makanan dan minuman sepanjang bulan Ramadan di Negeri Selangor yang boleh dinikmati oleh seisi keluarga serta sahabat handai.    1)     Dorsett Grand Subang Hotel Santapan Iftar di Dorsett Grand Subang Hotel yang terletak di Subang Jaya ini menawarkan menu berbuka puasa yang menyelerakan. Bermula dari 16 April hingga 12 Mei 2021, ia terbahagi kepada dua set iaitu Santapan Mubarak dan Santapan Barokah. Dua set ini menghidangkan dua menu be