Skip to main content

BUFET RAMADHAN DI PEARL HOTEL, KUALA LUMPUR

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
 
Tinggal tak sampai 2 minggu lagi kita akan menyambut kedatangan bulan suci Ramadhan..dah tak sabar nak berpuasa dan bersembahyang terawih..tak sabar jugak nak nak menikmati juadah-juadah atas kuih muih yang hanya di dapati pada bulan Ramadhan.

Bila dah hampir bulan Ramadhan ini, banyaklah hotel-hotel serta restoran-restoran yang  mengadakan prebiu bufet Ramadhan. Masing- masing bersemangat untuk menyemarakkan kembali bulan Ramadhan dengan menyediakan hidangan-hidangan istemewa kerana tahun lepas memang tidak ada bufet Ramadhan di benarkan sudah tentu banyak kerugian yang terpaksa di tanggung.
Untuk kali ini, k mid menghadiri Prebiu Bufet Ramadhan di Hotel The Pearl, Kuala Lumpur.
 
Bufet Ramadhan kali ini bertemakan"Sajian Warisan Nusantara"
 Buffet Ramadhan kali ini disajikan dengan lebih 100 juadah makanan.
Antaranya :-
✔Pembuka selera - Rojak, Pasembur.dll
✔Stesen Ulam-ulaman- jering, kacang botol, ulam raja dan byk lagi
✔9 jenis hidangan utama di tukar setiap hari-Nasi kukus, gulaidaging bunga kantan, pajeri nenas, masak lemak pucukpaku dll.
✔Stesen Sup - sup ayam, sup gearbox, sup cendawan berkrim dll
✔Warung aneka mee
✔Gerai Gulai Kawah
✔Juadah istemewa makanan barat - kambing golek, ayam golek, ikan panggang dll.
✔Gerai makanan Lambak.- makanan laut Shell out
✔Stesen Sosej panggang Ala German-Sosej bawang putih, Sosej Keju dll.
✔Stesen Aneka Pasta Italiano - Pasta Spaghetti Carbonara & Pasta Spaghetti Napolitana.
✔Warung Goreng-goreng
✔Stesen Lebaran Aidil Fitri - Lemang, Ketupat, Serunding Ayam,Serunding Daging & Nasi Impit.
✔Warung Beraini dan mandi - Nasi Mutiara, Nasi Beraini, Kambing Mandi, Dhal dll
✔Warung Sate- Sate Ayam, Sate Daging bersama kuah kacang pedas, timun, bawang dan nasi impit
✔Kaunter Dim Sum dan Pau - Aneka Dim Sum dan Pau
✔Warung Murtabak- Murtabak Ayam, Murtabak Daging bersama hidangan kari ayam dll
✔Sate Celup dan Aneka sos- Bebola ikan, bebola sotong, bebola ikan, tauhu goreng dll
✔Warung Sup "Gear Box"
✔Stesen Pencuci Mulut - Aneka pastri, kek, bubur manis, biskut raya, aneka kurma dll.
✔Stesen ABC-Pelbagai aneka ais krim, ais kacang abc, vendol, lai chi kang & kondimen.
✔Gerai Buah-buahan - Buah tembikai, Buah nenas, Betik dan sebagainya.
✔Gerai Minuman - Cincau, Jus Oren, Jus Epal, Sirap Selasih, Sirap Bandung,  Barli Manis, Teh Tarik, Nescafe Tarik dan Kopi Tarik.

Inilah antara menu hidangan yang akan bertukar setiap hari.  Bestkan..Macam-macam ada.





Tengoklah hidangannya...terus lapar😋😋

Kambing golek dan Ikan bakar

Sate dan nasi impit dah semestinya ada.

Serunding ayam, serunding daging dan rendang ayam
Ketupat palas dan lemang tak payah tggu raya dah..hehehe

Sup gearbox memang mengancam habis


 
Sajian Warisan Nusantara ini akan bermula dari 15 April hingga 9 Mei 2021 bermula 5.30 petang hingga 10 mlm di Phoenix Ballroom, Aras 5.

Sambil menjamu selera tue, para tetamu akan didendangkan oleh Band Traditional Ghazal dan Sholat Maghrib, Isyak dan Terawih akan diimamkan oleh Ustaz.
 
 
 
 🔴 Early bird Rm88nett (dewasa)  normal Rm118nett  (pembelian dari 15 mac - 11 april 2021), Selepas waktu pembelian awal harga pembelian tempahan adalah Rm98 nett.  Kanak-kanak (6-12) RM48nett.
Lebih menjimatkan beli 10 Ramadan Vouchers dan dapat 2 complimentary Rm50 Cash Voucher Tunai.
 

Untuk tempahan : 016 3318794/016 3319675/012 3890690
#sajianwarisannusantara
#bufetramadhan2021

Salam sayang,





Comments

Popular posts from this blog

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

SEMPENEH RIVERFRONT: SUASANA KAMPUNG YANG NYAMAN DITEPI SUNGAI

 Assalamulaikum dan salam sejahtera Hujung minggu yang lalu, k.mied ke Parit Buntar untuk menghadiri majlis pertunangan anak buah k.mied dan seperti biasa ketika pulang ke semula ke Kuala Lumpur memang akan jalan-jalan atau menjelajah tempat-tempat yang berhampiran, jalan-jalan cari makan gitew🥰 Kali ini k mied decide nak ke Daerah Batu Kurau , Taiping Perak .  Tempat yang dirancang nak pergi tue ialah Sempeneh Riverfront. Sempeneh Riverfront Chalet terletak lebih kurang 5km dari Pekan Batu Kurau . Merupakan chalet yang berkonsep kabin pertama di Batu Kurau. Berhampiran Gunung Sempeneh ,  sungai dan hutan sudah tentu menjanjikan penginapan yang nyaman dan dekat dengan alam semulajadi . Ketika k.mied tiba di Sempeneh Riverfront,  hujan turun dengan lebat sekali,  sungai berhampiran chalet yang tadinya tenang kini di melimpah dengan air dari bukit.  Bila air semakin deras kedengaran siren amaran di bunyikan untuk memberi amaran pada pengunjung supaya j...

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...