Skip to main content

PELANCARAN BOOKLET : PANDUAN KE SKYMIRROR, KUALA SELANGOR

 Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Baru-baru k mid dan rakan -rakan media yang lain berpeluang ke Sky Mirror di Kuala Selangor bersempena dengan majlis Pelancaran Booklet : "A Guide To Sky Mirror, Kuala Selangor". Majlis Pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh YB Tuan Hee Loy Sian , Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar & Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli.

YB Tuan Hee Loy Sian bersama penulis Goh Yong Chuan

Booklet " A Guide To Sky Mirror, Kuala Selangor" di tulis oleh penulis  Goh Yong Chuan  menerangkan mengenai biodiversity di daerah Kuala Selangor secara lebih terperinci kepada umum,  memberi pengetahuan kepada pengunjung untuk lebih memahami dan mempelajari mengenai pemuliharaan alam semulajadi.

Booklet ini akan menjadi buku panduan yang berguna  kepada pengunjung yang datang ke daerah Kuala Selangor untuk meneroka khazanah laut .

Antara kandungan yang terdapat dalam booklet ini ialah mengenai :

  • Kuala Selangor
  • Sky Mirror
  • Kuala Selangor River Estuarine Ecology
  • Fire Flies danBlue Tears
  • Bukit Melawati dan Selangor Silvered Langur
  • Kuala Selangor Nature Park
  • Pasir Penambang Fish Village
  • Marine Organism Descriptions
Buat masa ini Booklet ini di terbitkan dalam Bahasa Cina. Akan datang akan diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.
Harga  :  RM15
Boleh di beli dari : Persatuan Benih Hijau ( Ac. no :Ambank 888-100- 215028-3)
Email  : benih.hijau.2014@gmail.com
 

Selepas selesai pelancaran Booklet tersebut pihak media di beri  peluang untuk bergambar di Cermin langit yang indah ini.

Mula-mula k mid dan rakan-rakan bergambar menggunakan handphone kami aje...dan ketika itu air laut belum betul-betul surut.

Time ni air belum surut lagi jadi belum nampak pembalikan lagi


Time nie air dah mula surut...dah nampak terang cikit pembalikannya😍
Kita tengok dari jurugambar yang di sediakan.

Wah!!! besarnya anak itik tue😁

Sukanya gambar nie..payung memayung gitew

Cantikkan gambar-gambar 6 sekawan😃

Akhir sekali bergambar bersama YB dan semua yang terlibat untuk Pelancaran Booklet "A Guide To Sky Mirror, Kuala Selangor"


Untuk mengetahui cara-cara ke Sky Mirror ini boleh baca :
👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇



Salam sayang,


Penganjuran bersama  : Persatuan Benih Hijau & Sky Mirror Tour & Travel Sdn Bhd
Disokong oleh  : Tourism Selangor, YB Tuan Hee Loy Sian , Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar & Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli.
 



 

Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-kedai jenama-jenama terkenal

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad