Skip to main content

9 LOKASI AKTIVITI PELANCONGAN EKO YANG MENARIK DI NEGERI SELANGOR

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera

Sektor Pelancongan Eko Menerima Perhatian Yang Signifikan
dalam Kalangan Pelancong di Negeri Selangor

Sektor pelancongan eko ialah antara segmentasi pelancongan yang paling
menerima sambutan di Negeri Selangor kerana keunikan alam semulajadi di Negeri
ini. Dengan pelbagai aktiviti pelancongan eko yang menarik dan cukup mengujakan
di Negeri ini, apa kata anda luangkan masa senggang anda kelak dengan menikmati
 dan menjalani aktiviti luar di cadangan lokasi seperti berikut:
 
1) FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA (FRIM), KEPONG
Antara tempat menarik untuk melakukan aktiviti dengan gabungan alam semula jadi
adalah di Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Kepong. Dengan keluasan 600
hektar, ia dikelilingi oleh Hutan Simpan Bukit Lagong di mana tempat ini
menyediakan pelbagai aktiviti kepada pengunjung yang datang. Salah satu tarikan
terbaharu di sini ialah ‘Sky Walk’, manakala antara aktiviti yang boleh dilakukan di
FRIM adalah seperti berjoging di Rover Track, berjalan kaki di kanopi, berkelah dan
berkhemah bersama keluarga, hiking, berbasikal malah berpeluang mempelajari
tentang keunikan alam semula jadi. Bayaran masuk yang dikenakan adalah
sebanyak RM5 dan tambahan RM5 akan dikenakan jika pengunjung membawa
kamera untuk mengambil gambar. Satu fakta menarik - FRIM, Kepong ini pada
mulanya merupakan tempat perlombongan, kemudian menjadi kawasan kebun sayur
dan kini ianya merupakan sebuah kawasan hutan dengan suasana yang nyaman
dan tenang yang boleh dilawati pengunjung.
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi: FRIM (03-62797000 atau 03-62797575).
 

  2) TAMAN EKO RIMBA KANCHING
Taman Eko Rimba Kanching merupakan tempat aktiviti pelancongan eko yang wajib
dilawati di Negeri Selagor. Tempat ini mempunyai suasana air terjun yang cantik
untuk bergambar dengan laluan pendakian yang mencabar. Ini kerana Sungai
Kanching mempunyai 7 lapisan air terjun setinggi 208-meter yang mana semakin
tinggi dakian, semakin sukar perjalanan untuk mendaki. Bukan itu sahaja,
pengunjung juga dapat meluangkan masa bersama keluarga dengan menikmati
suasana alam semula jadi sambil berkelah. Bayaran masuk adalah RM1 (dengan
MyCard) pada hari biasa, RM2 (dengan MyCard) pada hari minggu dan RM5 jika
tanpa MyCard.
Untuk maklumat lanjut, layari www.selangor.travel atau hubungi 03-55132000.
 
3) SKYTREX SUNGAI CHONGKAK, HULU LANGAT
Dikenali dengan “Malaysia First Flying Fox Park”, tempat ini mempunyai elemen
flying fox yang lebih panjang berbanding cawangan lain di Langkawi dan Melaka. Di
samping itu, Skytrex Sungai Chongkak juga dikelilingi dengan kehijauan hutan serta
aliran sungai di bawah laluan rintangan. Terdapat 3 pakej yang disediakan untuk
pengunjung di mana setiap pakej mempunyai 25 halangan berbeza dan mengambil
masa sejam untuk dilengkapkan. Bayaran masuk ke Skytrex Sungai Chongkak
adalah dalam lingkungan RM50 hingga RM130 mengikut pakej yang dipilih.
Untuk maklumat lanjut, layari www.skytrex-adventure.org atau hubungi +6013 276
9841
 
4) BUKIT BROGA, HULU LANGAT
Bukit Broga merupakan tempat yang paling sesuai untuk mendaki bagi semua
golongan umur kerana perjalanan dakian yang kurang mencabar dan mudah. Bukit
yang hanya berketinggian 400-meter dari paras laut ini mengambil masa sejam untuk
sampai ke puncak. Apa yang menarik, di puncak bukit ini dipenuhi dengan kehijauan
lalang. Dengan gabungan rumput lalang dan pemandangan yang cantik, bergambar
di puncak Bukit Broga amat sesuai untuk dijadikan kenangan. Selain itu, terdapat
juga gerai yang menjual air kelapa di puncak bukit untuk pendaki menikmati
pemandangan sambal melepaskan dahaga. Bayaran serendah RM1 dikenakan
untuk mendaki bukit ini. Satu fakta menarik, pendakian Bukit Broga sebanyak 10 kali
adalah bersamaan dengan pendakian ke Gunung Kinabalu.
Untuk maklumat lanjut, layari www.mpkj.gov.my atau hubungi 03-87377899 / 03-
87371789.
 
 5) WHITE WATER RAFTING, HULU SELANGOR
Terletak di Kuala Kubu Bharu, aktiviti white water rafting ini amat menyeronokkan
bagi yang ingin mencuba aktiviti air lasak di sungai sepanjang 8km. Bukan itu sahaja,
terdapat juga banyak aktiviti lain yang boleh dilakukan di Sungai Selangor. Aktiviti
berakit ini sangat sesuai dilakukan secara berseorangan, serta bersama pasangan,
keluarga dan kumpulan dari semua peringkat umur dari 8 hingga 88 tahun,
menjadikan aktiviti ini ideal di Malaysia. Kadar bayaran dianggarkan dari RM199
hingga RM800 dengan penyertaan minimum seramai 2 orang.
Untuk maklumat lanjut, layari www.malaysia-whitewater-rafting.com atau hubungi
+6012- 4653307.
 
 6) WATER TUBING, HULU SELANGOR
Water Tubing adalah salah satu aktiviti yang boleh dilakukan di pekan Kuala Kubu
Bharu selain white water rafting. Aktiviti tubing ini menyeronokkan lebih-lebih lagi
dilakukan bersama rakan-rakan kerana ia tidak memerlukan dayung, dan hanya
perlu mengikuti arus sungai. Sekiranya arus kuat, maka kelajuan tiub akan
bertambah laju. Jika sebaliknya, peserta perlu menolak air sungai dengan
menggunakan tangan untuk bergerak ke hadapan dengan lebih laju. Anggaran harga
untuk melakukan aktiviti tubing adalah RM30.
Untuk maklumat lanjut, sila e-mel ke rentasadventures@gmail.com atau hubungi
011-11414674.


7) TAMAN ALAM KUALA SELANGOR
Taman Alam Kuala Selangor merupakan sebuah taman semula jadi yang dikelilingi
dengan hutan paya bakau yang menarik. Ia juga mempunyai laluan hampir 4-
kilometer untuk pengunjung selusuri dan menikmati persekitaran alam. Bagi
penggemar burung, anda boleh ke menara tinjau yang disediakan untuk melihat dan
mengambil gambar lebih kurang 150 jenis spesis burung dari serata dunia termasuk
burung migrasi dari negara Siberia dan Rusia. Pengunjung juga boleh bergambar di
kawasan paya bakau kerana susunan pokok-pokok yang cantik di sana. Selain itu,
bayaran sebanyak RM4 akan dikenakan untuk orang dewasa dan RM1 untuk
pengunjung di bawah 16 tahun.
Untuk maklumat lanjut, layari www.kuala-selangor.com atau hubungi 03-32892294.
 
 8) 4X4 ADVENTURE TERATAK RIVERVIEW, HULU SELANGOR
Apa kata anda meredahi hutan dengan menaiki kenderaan jenis 4x4 yang
menyeronokkan dan mencabar daripada lawatan biasa di bandar. Kenderaan jenis
4x4 yang disediakan akan menjelajah melalui jalan hutan yang kehijauan terus ke
kawasan kampung-kampung tradisional, ladang buah-buahan, seberang sungai,
kawasan paya dan batu-bata serta air terjun. Selain itu, pengunjung boleh berkelah
dan berenang di sungai sambil menikmati keindahan alam semula jadi. Lingkungan
harga untuk merasai pengalaman pengembaraan dengan kenderaan jenis 4x4 ini
adalah mengikut kepada permintaan dan itinerari yang diinginkan oleh pengunjung
dengan mininum 6 orang peserta.
Untuk maklumat lanjut, layari www.teratakriverview.blogspot.com atau hubungi +6012-
5653397.


9) PARAGLIDING (BUKIT JUGRA, KUALA LANGAT & BUKIT BATU PAHAT,
HULU SELANGOR)

Anda boleh terokai bandar Jugra dan Batu Pahat dan menyaksikan pemandangan
alam semula jadi yang indah dari puncak bukit dengan melakukan aktiviti paragliding
yang disediakan di Bukit Jugra, Kuala Langat dan juga Bukit Batu Pahat, Hulu
Selangor. Dengan ketinggian 400 kaki dari paras laut, dua tempat popular ini wajib
dikunjungi bagi sesiapa yang gemarkan aktiviti mencabar dan ingin mencuba
pengalaman terbang di udara. Masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti paragliding
ini adalah pada bulan Mac hingga September dan bayaran dikenakan untuk
melakukan aktiviti ini dianggarkan berjumlah RM320 seorang.
Untuk maklumat lanjut, layari www.mdkl.gov.my atau hubungi 03-31803694 /
www.mdhs.gov.com atau hubungi 03-60641235.


Negeri Selangor mempunyai banyak tempat pelancongan eko yang menarik bagi
penggemar alam semulajadi. Namun, kunjungan ke lokasi-lokasi yang dinyatakan,
serta lokasi alam semulajadi yang lain perlu diterapkan dengan nilai tanggungjawab
terhadap faktor kebersihan. Selain itu, pihak Tourism Selangor menyarankan agar
para pelancong sentiasa berjaga-jaga dan patuh kepada prosedur operasi standard
(SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan supaya rantaian jangkitan Covid-19
dapat dilandaikan.
 
 Laman Web Rasmi: www.selangor.travel
 Salam sayang,
 
 
 #pusingselangordulu
 
 
 
 

Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...