Skip to main content

SEMPENEH RIVERFRONT: SUASANA KAMPUNG YANG NYAMAN DITEPI SUNGAI

 Assalamulaikum dan salam sejahtera

Hujung minggu yang lalu, k.mied ke Parit Buntar untuk menghadiri majlis pertunangan anak buah k.mied dan seperti biasa ketika pulang ke semula ke Kuala Lumpur memang akan jalan-jalan atau menjelajah tempat-tempat yang berhampiran, jalan-jalan cari makan gitew🥰

Kali ini k mied decide nak ke Daerah Batu Kurau, Taiping Perak.  Tempat yang dirancang nak pergi tue ialah Sempeneh Riverfront.

Sempeneh Riverfront Chalet terletak lebih kurang 5km dari Pekan Batu Kurau. Merupakan chalet yang berkonsep kabin pertama di Batu Kurau.



Berhampiran Gunung Sempenehsungai dan hutan sudah tentu menjanjikan penginapan yang nyaman dan dekat dengan alam semulajadi.

Ketika k.mied tiba di Sempeneh Riverfront,  hujan turun dengan lebat sekali,  sungai berhampiran chalet yang tadinya tenang kini di melimpah dengan air dari bukit.  Bila air semakin deras kedengaran siren amaran di bunyikan untuk memberi amaran pada pengunjung supaya jangan mandi sungai atau menghampiri kawasan,  dikhuatiri jika berlaku kepala air.
Nie gambar sebelum hujan

Nie pulak lepas hujan


Petangnya kami keluar makan malam di kawasan perhampiran.  Terjumpa pulak Warung makan yang sempoi je. Nama warung tue Warung Menakei Warung Shyamila.

Nasi goreng kampung warung nie memang terbaik 👍👍

Malamnya pulak di chalet...sejuknya dah rasa macam berada di Kashmir pulak.  Berbungkus k.mied dengan selimut.  Tempat di kelilingi pokok-pokok di tambah pulak hujan lebat di sebelah petang..memang sejuk betul...Apa lagi tidur awallah semua nampaknya.hahaha.

Cabin k.mied yang atas Jenis Vip

Esoknya awal-awal pagi, kabus masih menyelubungi tapi k.mied terus ke sungai dulu..tengok air keruh lagi atas dah jernih. Alhamdulillah air dah jernih..bolelah mandi sungai dah 🥰.


Pagi-pagi dah terjun sungai..tak tahan tengok..air pun dah jernih..sejuk weei🥶🥶

Seronoknya dapat mandi sungai..tapi air dia sejuk sampai ke tulang.

Asalnya k.mied rancang nak ke Kampung Sempeneh nie time musim durian iaitu bulan Jun lepas tapi tak kesampaian sebab time musim durian semua chalet penuh...mungkin next musim durian kena booking chalet awal-awal boleh bercuti sambil makan durian Batu Kurau puas-puas.



Pada yang berminat nak menginap di sini boleh hubungi :

No. Phone : 019 5001640

Sempeneh Riverfront Chalet 
314, Jalan Perkelahan
Kampung Sempeneh Cempaka
34500 Batu Kurau
Perak



Salam sayang,

Comments

Popular posts from this blog

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

AKTIVITI MENARIK YANG BOLEH DILAKUKAN DI KAMPUNG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Seperti yang di janjikan k mid nak sambung lagi cerita k mid ke kampung aritue dalam program "Kita Ke Kampung 2.0" Kali ini k mid nak cerita aktiviti-aktiviti yang sempat k mid dan teman-teman lakukan selama 4 hari 3 malam di kampung. Jom kita mulakan.... 1.BALING BUAH KELAPA Botol-botol mineral di susun,  kemudian kelapa akan di baling ke arah botol mineral itu dari jarak yang ditetapkan. Permainan ini nampak senang...Ala..nie kacang nie...Try tengok baru korang rasa kacang ke tidak😄Nampak senang,  hentam baling aje tapi belum tentu kena lagi tau sebab buah kepala bukan macam bola bowling yang bulat tue..jadi ramai yang tidak berjaya menjatuhkan botol mineral tue. Dah macam gaya baling bola bowling😄 2.  MEMBUAT TROMPET DAUN KELAPA Trompet Daun Kelapa Setelah selesai makan malam,  kami pun berkumpul di meja yang telah di sediakan.  Diatas meja kelihatan daun-daun kelapa yang telah disediakan bersama beberapa buah S...