Skip to main content

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI MUAR, JOHOR

 Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Jom kita kenali Daerah Muar di Johor kali ini.  

Kenapa Muar??

Muar adalah bandar ke dua terbesar di Johor.  Berkeluasan 2346.12km persegi.  Dikenali sebagai Bandar Maharani dan mendapat pengiktirafan sebagai Bandar Diraja pada tahun 2012. Mempunyai banyak tempat-tempat tarikan pelancongan,  makanan yang lazat, bangunan-bangunan bersejarah serta alam semulajadi yang indah.

#PANTAI LEKA


Pantai Leka terletak di Parit Jawa.  Pantai ini merupakan tempat perlindungan atau persinggahan spesis-spesis burung hijrah.
Gambar-gambar pemandangan yang menarik serta pemandangan saat matahari terbenam dapat di rakam di sini.  Terdapat menara tinjau dan taman permainan untuk pengunjung menikmati kawasan sekitar. 
 Jika terasa lapar jangan risau,  terdapat gerai-gerai makanan yang menjual makanan seperti nasi campur, mee dan lain-lain. Jika teringin hendak makan masak asam pedas Muar yang sedap ada aje terdapat di Medan Selera Asam Pedas Parit Jawa ini 
#MAHARANI MURAL LANE
Street Art atau Seni Jalanan adalah salah satu tarikan di Muar.  Ada beberapa tempat terdapatnya seni jalanan ini,  dan salah satunya di Maharani Mural Lane.
Maharani Mural Lane terletak di Pekan Muar, berhampiran dengan Majlis Perbandaran Muar.
Kawasan ini terbahagi kepada dua bahagian. Satu bahagian menceritakan tentang Bandar Muar itu sendiri dan satu bahagian lagi lebih kepada seni karektor kartun.
#MURAL : THE LOVING SISTERS
📍Lokasi: 1986, Jalan Arab
Pekan Muar, 84000 Muar
Lukisan mural ini pernah diiktirafkan sebagai lukisan mural terbesar oleh Malaysian Book Of Records.  Merupakan hasil seni artis Rusia Julia Volchkova.
Lukisan Mural " The Loving Sisters" adalah wajah dua beradek perempuan penduduk tempatan iaitu NurNajwa Alisyah dan adeknya Nur Najiyah Armani.  Lukisan ini berjaya dihasilkan dalam masa 12hari  dengsn kos RM100,000.
#MASJID JAMEK SULTAN IBRAHIM
Masjid Jamek Sultan Ibrahim merupakan sebuah Masjid tertua di Daerah Muar.  Ianya mula di bina sekitar tahun 1925 hingga 1930.  Terletak di Jalan Petri berhampiran muara Sungai Muar.

Rekabentuknya sangat klasik,  gabungan seni bina Moorish dan Inggeris.
#MUAR RIVER CRUISE

Salah satu aktiviti yang popular di Muar ialah menyusuri Sungai Muar di Jeti Tanjung Emas.
Pengunjung boleh menikmati pemandangan di sepanjang Sungai Muar selama kira-kira 45 minit.
Waktu Operasi Muar River Cruise :
9:30am - 5:30pm

Tambang Dewasa RM12
Kanak-kanak RM6
Tel : 011 23188591 Hizir
         011 14244800 Safik
#DATARAN TANJUNG EMAS

Terletak di Muara Sungai Muar. Tarikan yang ada di sini ialah Dataran Selera Tanjung Emas dan Komplek Marina Muar ( Marina Bay). Merupakan tempat yang menarik untuk menikmati keindahan Sungai Muar.
Pada waktu malam,  terdapat pelbagai arca replika yang dihiasi lampu berwarna-warni yang membuatkan dataran ini menjadi lebih menarik.
Terdapat juga peniaga yang menjual makanan dan minuman di sekitarnya. Dataran ini menjadi lebih meriah pada hujung minggu dengan kehadiran pengunjung yang ingin bersantai bersama keluarga.
Inilah sebahagian tempat-tempat menarik di Muar yang sempat di singgah oleh K.mied dan teman-teman sewaktu kunjungan ke Johor baru-baru ini. Di harap sikit sebanyak dapat menjadi rujukan pada yang ingin jalan-jalan ke Muar.
SELAMAT BERCUTI

Salam sayang,

Comments

Popular posts from this blog

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

SEMPENEH RIVERFRONT: SUASANA KAMPUNG YANG NYAMAN DITEPI SUNGAI

 Assalamulaikum dan salam sejahtera Hujung minggu yang lalu, k.mied ke Parit Buntar untuk menghadiri majlis pertunangan anak buah k.mied dan seperti biasa ketika pulang ke semula ke Kuala Lumpur memang akan jalan-jalan atau menjelajah tempat-tempat yang berhampiran, jalan-jalan cari makan gitew🥰 Kali ini k mied decide nak ke Daerah Batu Kurau , Taiping Perak .  Tempat yang dirancang nak pergi tue ialah Sempeneh Riverfront. Sempeneh Riverfront Chalet terletak lebih kurang 5km dari Pekan Batu Kurau . Merupakan chalet yang berkonsep kabin pertama di Batu Kurau. Berhampiran Gunung Sempeneh ,  sungai dan hutan sudah tentu menjanjikan penginapan yang nyaman dan dekat dengan alam semulajadi . Ketika k.mied tiba di Sempeneh Riverfront,  hujan turun dengan lebat sekali,  sungai berhampiran chalet yang tadinya tenang kini di melimpah dengan air dari bukit.  Bila air semakin deras kedengaran siren amaran di bunyikan untuk memberi amaran pada pengunjung supaya j...