Skip to main content

KOPITIAM KOPI 434 : KOPITIAM YANG HARUS DIKUNJUNGI DI MUAR

 Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Muar Bandar Maharani Bandar Diraja.  Mendapat pengiktirafan sebagai Bandar Diraja pada tahun 2012.

Muar mempunyai banyak tempat-tempat menarik yang boleh di kunjungi. Bagi pengemar makanan, Muar adalah salah satu destinasi yang menyajikan aneka makanan yang enak bermula dari awal pagi hingga malam.

Bagi peminat kopi pula, pasti akan tahu Kopi 434 yang memang sinonim dengan bandar Muar ini.

Baru-baru ini, k.mied dan kawan-kawan berpeluang bersarapan di Kopitiam Kopi 434 yang terletak berhadapan Terminal bas Bentayan Muar.

K.mied bukanlah peminum tegar kopi tapi ingin sangat merasai keenakan kopi 434 sambil menikmati menu-menu di sini.
Antara menu-menu yang boleh di order

Menu kitaorang nasi lemak hijau, roti bakar, mee bandung dan mee siput

Waktu kami sampai kira-kira jam 9.30pagi, sudah ramai pengunjung sedang menikmati sarapan

Kenapa agaknya 434?
Yalah... kenapa agaknya pemilik Kopitiam Sai Kee nie guna no. 434, kan orang cina sangat tidak suka no. 4,  mereka percaya no.nie tak baik kan.
Sebenarnya 434 adalah nombor telephone kedai mereka pada tahun 1960an...jadi diorang kekalkan nombor tersebut hingga kini. Gitewlah cerita nie...kalau korang tak percaya baca kat bawah nie..huhuhu.
Inilah rahsia branding Kopi 434


Sempat membeli apa yang patut🥰


Yang nak memcubanya..silakan mencuba keenakkan kopi lejen 434.

📍Alamat : 121, Jalan Maharani
Taman Sri Emas, 
84000 Muar
Johor

Di buka setiap hari
Dari 8:00 pagi hingga 5:30 petang

Tel : 06 9513043

Salam sayang,


Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-kedai jenama-jenama terkenal

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad