Skip to main content

BERCUTI DI HATYAI : TEMPAT-TEMPAT MENARIK YANG BOLEH DIKUNJUNGI

 Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Hari ini k.mied nak share mengenai tempat -tempat yang k.mied kunjungi sewaktu ke Hatyai baru-baru ini.
'Hatyai' sebuah bandar terletak di Wilayah Songkhla, Thailand. Merupakan bandar yang paling berdekatan dengan sempadan Thailand-Malaysia.
Kenapa orang Malaysia suka ke Hatyai??
Perjalanan hendak kesini tidaklah jauh manamakanan yang sedap, pelbagai serta menepati citarasa rakyat Malaysia serta penginapan yang murah menjadi sebab kenapa orang Malaysia suka ke Hatyai. Kiranya Hatyai nie 'Syurga Makanan'.
Bagi mereka yang tinggal di negeri berhampiran sempadan seperti Perlis, Kedah dan Kelantan ulang-alik Hatyai mungkin perkara biasa.
Pelancong dari Malaysia boleh memasuki daerah Songkhla melalui beberapa pintu masuk seperti Padang besar, Bukit Kayu Hitam, Wang Kelian dan Durian Burung.
Setelah lebih dua tahun terperap akibat Covid-19,  bila dah ada kelonggaran boleh melancong kembali sudah tentu Hatyai menjadi pilihan. 
K.mied pun ikut teruja nak pergi semula ke Hatyai walaupun dah pergi beberapa kali😄.
Pergi dengan Bus Persiaran kali ini ya.

Bas-bas sedang menunggu penumpang melepasi Imigresen
Kunjungan k.mied baru-baru ini adalah sempena perasmian Festival Hatyai Halal Street Food yang berlangsung,  sebab itu boleh nampak bas-bas begitu banyak.  Kiranya sambil menyelam sambil minum airlah. Sambil-sambil menghadiri perasmian Hatyai Halal Street Food Festival sambil-sambil tue berjalan-jalanlah.


Deretan peniaga menjual dan mempamerkan jualan mereka disini
Pelbagai makanan dan minuman terdapat di sini...kami dipelawa untuk mencuba dahulu.
Asalnya memang tak terfikir pun nak turut serta kerana sebab waktu hendak pergi tue hampir sangat dengan waktu k.mied ke Batam..takut penat pulak...lebih-lebih lagi ini pergi naik bas.  Banyak travel- travel agent yang pergi tarikh tue dan di jangka lebih 10 bas dari KL Sentral yang akan bertolak pada masa yang sama.  Boleh bayangkan tak...ramai ke tidak nanti beratur kat check point  Imigresen.

Dua tiga hari sebelum hari berlepas, k mied akhirnya mengalah jugak...akhirnya decide nak turut serta.

Untuk group kitaorg aritue ada 3 bas.  Pick up point di KL Sentral.  K.mied dan adik ipar pick up kami mintak di Jejantas Sungai Buloh.  Kebetulan bas memang ke arah utara...kami mintaklah naik di Jejantas Sungai Buloh,kerana jejantas nie sangatlah dekat dengan rumah k mied... taklah kelam kabut nak ke KL Sentral.
Pukul 10:00 malam bas bertolak dari KL Sentral di jangka sampai di Changlun pukul 5 pagi.
Minum kopi dulu di CTC Changlun sebelum melintasi Emigresen


Ramai yang ke Hatyai aritue namun tidaklah mengambil masa yang lama sangat untuk cop pasport

Selepas cop passport semua, kami pun di bawa ke Hotel penginapan masing-masing ..almaklumlah semua dah keletihan sebab semalaman tidur dalam bas.
Dihadapan hotel..Hotel Yannaty

Selepas berehat sebentar di hotel, agenda utama ialah untuk perasmian Hatyai Halal Street Food Festival.

Petang tue selepas selesai menghadiri Hatyai Halal Street Food Festival masih ada masa untuk round-round tepi hotel,  jadi kami jalan-jalan sekitar hotel.
Jom kita tengok, nak pergi ke mana untuk 3 hari 2 malam di Hatyai nie?

#1 Mengunjungi Spa
Kalau dah sampai Hatyai atau Thailand, rugilah tak pergi berurut dan manjakan diri sambil betulkan urat-urat yang dah bersimpul tue😆.
Urutan dan spa disini murah sangat berbanding di Malaysia.
Kebetulan border baru bukak, banyak yang buat promosi urut thai satu badan baru TB300..kira Rm33 jer..satu jam pulak tue.Murah sangat kan.

Lepas berurut rasa segar...Thai Message memang terbsik beb!
Sempat lagi kitaorang merayap cari Spa
#2 Asean Night Bazaar
Lokasi :  76, Chotevittayakul 3 Rd
Hatyai, Hatyai District, Songkhla 90110,
Thailand.
Pada yang hendak bershopping,  disinilah tempat yang boleh kurang bershopping dari kemeja, t-shirt, kasut, bag, pakaian dalam dan macam-macam lagi.
Kiranya Asean Night Bazaar nie umpama Pasar Malam di Malaysia cuma di sini ianya lebih proper di dalam satu bangunan besar.
Ada 2 tingkat,  di sebelah bawah untuk jualan segala barangan manakala di sebelah atas pula tempat gerai-gerai makanan.  Boleh cari makanan yang korang tak pernah jumpa kat Malaysia,  semuanya enak-enak belaka dan yang paling penting semua makanan yang di jual di sini halal.


Meja makan kat sini sentiasa penuh tapi dapat jugak duduk makan sama-sama

#3 Naik Tuk -Tuk
Rasanya ramai yang pernah naik Tuk-Tuk nie,  tidak kira naik di mana pun.  Kalau yang belum mencubanya eloklah cuba naik di Hatyai, senang nak ke sana sini.  Tuk- tuk pulak ada je lalu lalang atau parking dekat-dekat hotel.

Tuk-tuk sedang menunggu pelanggan depan hotel
Kalau nak naik Tuk-tuk nie haruslah bertanya harga dulu, jangan pandai-pandai naik dulu ya, kang tak pasal-pasal korang kena ketuk harga pulak.  Sekarang nie dah senang boleh google jarak dulu, lepas tue dah boleh agak munasabah ke tidak harga yang dikenakan dengan jarak tempat yang kita nak pergi tu.

Day 2

#4 Kaysorn Souvenir Shop Hatyai
Lokasi : Tambon Hat Yai,
HatYai District, Songkhla 90110.
Thailand

Biasanya kalau pergi dengan group, kita akan di bawa ke Kaysorn Souvenior Shop ini untuk bershopping.
Pelbagai T-shirt bercetak Hatyai di jual disini,cenderahati seperti fridge magnet, key chain juga ada.
Harga pun tidaklah mahal, masih boleh diterima dan qualiti kain T-shirt yang di jual juga elok setanding harga.


Lepas shopping..bolehlah berOOTD jugak🥰

#5 Big Bee Farm, Hatyai
   Lokasi :15, Prachayindee Road
   Hatyai District, Songkhla 90110
   Thailand




Big Bee Farm adalah tempat terbaik bagi pengemar madu dan produk berasaskan madu.
Disini korang akan diberi penerangan secara terperinci tentang kebaikan madu serta cara pembuatannya. Para pengunjung akan diberi rasa madu yang dijual secara percuma.

#6 Chang Puak Champ
Lokasi : 86, Moo 1
Thooong Yai Sub-district,
Hatyai District,
Songkhla, Thailand


Thailand dan Gajah berpisah tiada. Merasai pengalaman menaiki gajah boleh dikatakan adalah salah satu aktiviti wajib kalau dah sampai di Thailand.

Di Chang Puak Champ kita boleh merasai pengalaman memberi makan kepada gajah selain dari ' Elephant Tracking'
Selain dari itu,  ada beberapa aktiviti lain boleh dilakukan di sini seperti memanah, ATV ride, menembak, pertunjukkan buaya dan lain- lain lagi.

#7 Masjid Besar Songkhla
Lokasi : Lopburi Ramesuan Road,
Khlong Hae, Hatyai District
Songhkla 90110,Thailand




Dalam perjalanan balik selepas dari menaiki gajah di Chang Puak Camp,  kami berhenti untuk bersholat di Masjid Besar Songkha.
Masjid Besar Songkha merupakan masjid terbesar di Wilayah Songkhla ini,  menjadi simbol kewujudan masyarakat muslim  serta menjadi tempat pernikahan popular bagi pasangan yang hendak berkahwin.

#8 Menjamu Selera di Khlonghae Seafood Buffet
Lokasi : 8511, Lopburi Ramesuan Road,
Khlong Hae, Hatyai District
Songhkla 90110,Thailand

Berkonsep sama dengan Steamboat dan Grill Buffet di Malaysia. Menyediakan Seafood yang segar serta daging/ayam/kambing yang di perap untuk di grill.
Selain itu terdapat juga makanan bermasak dan lauk pauk,  aneka pencuci mulut, somtam,  jeruk-jeruk, ais krim serta buah-buahan.
Turut tersedia ikan bakar serta beberapa sos pencicah.  Pendek kata sangat puas dan berbaloi menikmati seafood di sini.
Harga juga sangat berpatutan sekitar anggaran Rm30 seorang.


Dengan waktu yang agak terhad,  sempat juga shopping sepuas hati serta menikmati makanan-makanan enak di Hatyai. Ada banyak lagi tempat lain yang tak sempat kami bergambar dan turun dari bas kerana hujan sangat lebat iaitu Samila Beach dan sekitarnya.
Next time boleh datang lagi dan pergi ke tempat-tempat menarik yang lain pulak.


SELAMAT BERCUTI GAISS!!!

Salam sayang,

Credit to :Jendela Asia Travel & Tours

Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag