Assalamulaikum dan salam sejahtera. Bersempena dengan Majlis Apresiasi Media Tourism Malaysia baru-baru ini, kak mied dan rakan-rakan media yang lain berpeluang menginap 1 malam di Hotel STEG , Kuala Lumpur. Pada mulanya kak mied tertanya- tanya dekat mana sebenarnya hotel nie, biasanya hotel-hotel di Kuala Lumpur nie kak mied agak tahu di mana lokasinya sebab kak mied kan orang Selangor yang turun naik ke KL selalu.. mestilah perasan di mana hotel-hotel nie kan..hahaha. Rupanya STEG Hotel Kuala Lumpur ini terletak di Jalan Tiong Nam , berkedudukan diantara segitiga emas Bukit Bintang, KLCC dan PWTC . dan mula beroperasi pada awal tahun 2022 . STEG Hotel ini adalah butik hotel yang mengabungkan rekabentuk kotemporari , vintaj dan moden . STEG diadaptasi dari perkataan Sweden yang bermaksud STEP ( Langkah ). Jom kita tengok bilik penginapan yang tersedia. Ada 4 pilihan penginapan yang ditawarkan oleh STEG Hotel Kuala Lumpur iaitu jenis Swanky, Groo...