Skip to main content

PENGALAMAN MENGINAP DI G-LUXE BY GLORIA HOTEL, GENTING HIGHLANDS

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  dikuatkuasakan,  k mid dan bff  k mid iaitu Ayie blogger https://hellenkiller-timetorest.blogspot.com/,  berpeluang untuk menghadiri pelancaran Viper Challenge:  King of the Mountain di Genting Highlands.

 
Bagi yang mungkin tak tahu apa itu Viper Challenge.... Viper Challenge adalah sebuah aktiviti runaway di mana para peserta perlu  mengatasi beberapa halangan sebelum sampai ke garisan penamat.  Viper Challenge di Genting Highland memerlukan para peserta melalui 7km laluan berbukit dan 12 halangan.   Hotel Kumpulan NCT iaitu, Grand Ion Delemen, Gloria Residences  dan G-luxe by Gloria telah menjadi tuan rumah untuk sekali lagi kerana pada tahun 2016 dan 2017, Viper Challenge pernah diadakan di sini.
Jadi kami berdua pun berpeluang menyaksikan pelancaran Viper Challenge kali ini dan menginap di G-Luxe by Gloria .

Kali ini, k mid memandu kereta untuk
ke Ion Delemen Park,  di mana acara Viper Challenge akan berlangsung selama dua hari iaitu pada 7 dan 8 Mac 2020.  Pada mulanya kami berdua berhasrat menaiki bas Express Genting Highlands aje tapi kemudiannya menukar perancangan dengan menaiki kereta  kerana ada banyak kemudahan parking yang di sediakan...berbumbung dan ianya percuma untuk para tetamu semua lagi pun dah lama tak drive ke Genting Highlands.

Jalan berkabus menuju ke Ion Delemen Hotel -jam 1 tengahari. Best gak lama tak drive ke Genting Highlands nie
keadaan lebih berkabus dan sejuk bila kami sampai di hotel kira-kira jam 3 petang

Jom lihat penginapan kami kali ini iaitu G-Luxe By Gloria iaitu Hotel Butik eksklusif yang pertama di Genting Highlands.  Hotel butik bertaraf lima bintang yang terletak 6,000 kaki di atas paras laut dengan menampilkan rekabentuk dalaman gaya barat dan asia.



Lobby yang menarik

Port di tepi Lobby....boleh lepak dan bergambar di sini

Butik Hotel ini memiliki 248 buah bilik iaitu 123 bilik Executive Deluxe,  42 bilik Deluxe Family Suites,  39 buah two bedroom Premier Suites dan 2 G-luxe Penthouse.

Semua bilik disajikan pemandangan taman atau pemandangan lereng bukit.  Hanya 10 minit pemanduan ke Kota Keriangan Genting Highlands di mana perkhidmatan Shuttle percuma berjadual di sediakan  di sini dan perkhidmatan teksi 24jam.

Nie bilik kami berdua (Executive Deluxe)
K mid rasa dah x nak keluar bilik dah...sejuk kt luar sana😆😆



Kami berpeluang meninjau lain-lain bilik yang di tawarkan...semuanya cantik dan selesa

Semua bilik dan suite di lengkapi dengan kemudahan dan perkhidmatan seperti :-
  • Kemudahan wifi di semua kawasan
  • Mini bar
  • pengering rambut
  • Iron dan Iron board
  • Peti keselamatan 
  • Tv skrin rata dengan saluran satelit
  • Perkhidmatan laundry
  • Perkhidmatan mengemas bilik (room service)
  • Ruang makan dan peti sejuk
  • Ruang Dapur kecil
 Fasiliti-fasiliti yang terdapat di sini antara nya :-

#Kolam Renang Tertutup
Kolam renang yang best...air dia suam-suam...memang berendam lama-lama pun tak sejuk beb!!


# 24 jam Fitness Centre dan Sauna

Gym di buka 24 jam..sebelah aje dengan swimming pool

Sauna juga boleh di excess 24 jam

Untuk menjamu selera pulak...jangan risau ada beberapa restoran dan cafe yang terdapat disini,  antaranya Kembali Kitchen, Hugo's in the Sky, Tavern in the sky, Home Kitchen dan tak lupa juga Cafe yang yang menarik Fairy Tales Cafe dan restoran unik "Dinetopia".

 #KEMBALI KITCHEN
Kembali Kitchen ialah restoran yang menyajikan aneka masakan tempatan dan rasa antarabangsa dengan gaya moden. Hidangan di sediakan secara Buffet dan Ala  Carte, Pengunjung boleh menikmati hidangan Ala Carte  dari sarapan pagi hingga makan malam. Pelbagai  pilihan dan variasi makanan di sediakan bagi memenuhi citarasa pengunjung.



* Family-Friendly,  Casual Dining, Halal-Certified

Breakfast :
7.00 am - 11.00 am daily

Lunch and Dinner
11.00 am - 10.30 pm daily extended to 11.00 pm Friday & Saturday



# HUGO'S IN THE SKY

Hugo's in the Sky adalah sebuah restoran yang menyajikan pelbagai hidangan Kepulauan  Mediterranean di mana pengunjung akan berada dalam suasana yang selesa sambil menikmati pemandangan indah banjaran Titiwangsa.
Menu utama adalah pelbagai stek daging lembu dan kambing,  makanan laut yang di bakar,  pasta dan Pizza.


* Fine Dining,  International Fusion Cuisine

5.00pm - 12.00 am daily
Last order : 10.45 pm

Level 7
Grand Ion Delemen Hotel
Genting Highlands



# TAVERN IN THE SKY

Restoran yang menyediakan hidangan masakan Thai,  BBQ  dan bar


* Rooftop Thai Dining

Monday - Sunday
11.00 am - 1 am  daily


# HOME KITCHEN
Restoran ini menyediakan Buffet tempatan yang enak untuk breakfast juga Dim sum serta lain-lain makanan tempatan secara Ala Carte.



* Buffet, Ala Carte, Dessert,  Beverages.

Monday - Sunday
7.00 am - 23.00 pm



# FAIRY TALES CAFE

Cafe yang menyediakan hidangan  ringan atau "high tea" dengan sausana yang begitu romantik  sesuai dengan namanya Fairy Tales.


amat berbaloi duduk di sini sambil menikmati teh dan pastri

Ada 3 pilihan menu untuk high tea di sini iaitu Savory, Sweet dan Mixed (Sweet+ Savory)


Bolelah bergambar macam couple nie..kan romantik..

atau bergambar ala pari-pari..hahaha
* Desserts & Pastries Cafe

1.00 pm - 11.00pm daily
last order : 10.00 pm

Level 7,  Sky garden



# DINETOPIA

Restoran yang paling epik dan unik,  dimana anda semua boleh menjamu selera sambil ditemani  pelbagai persembahan cahaya dengan " 360 darjah cinematic Projection Technology" . Sangat menarik uolls.




Para penggunjung akan merasa seolah-olah berada di alam fantasi di mana penataan cahaya akan berubah-berubah mengikut menu yang di hidangkan. 

 Waktu yang di tawarkan untuk pengunjung menikmati menu di sini :


*360 degree Cinematic Dining Exprience/fine dining


Lunch 

12.30pm  - 01.45pm daily

Dinner

5.45pm - 7.00 pm daily
7.15pm - 8.30 pm daily
8.45pm - 10.00 pm daily

Level 9 Tower 7
Grand Ion Delemen Hotel
Genting Highlands

Boleh tengok video nie untuk menghayati gambaran sebenar 💓💓 Dinetopia : Fine Dining


Jangan lupa jugak tonton video nie,  Viper Challenge : King of  The Mountain



Pada yang berminat untuk bercuti selepas ini bolehlah  melayari  :-

Website  :
https://www.gloriahotels.com/


Facebook :
https://www.facebook.com/gluxebygloria/ 


Instagram
https://www.instagram.com/gluxebygloria/?hl=en

#grandiondelemen
#gloriaresidences
#NCT
#Gluxe
#gentinghighlands
#malaysiahotel
#dinetopia
#finedining
#fairytalescafe
#kembalikitchen 

salam sayang,




Comments

  1. Memang best stay kat sini.. Nanti kena repeat lagi.. Tq for sharing

    ReplyDelete
  2. Insyallah nanti lepas nie boleh repeat balii dgn kawan2

    ReplyDelete
  3. selesa nyer bilik dia.
    pool tu, surely sejuk ekk :)
    terkenang once dulu, gi CH, anak2 excited nak mandi pool. masuk pool tak sampai 10 minit, melompat keluar ha ha ha ah....
    sejuk sampai biru bibir diorang. ha ha ha ha...
    tq for sharing hotel ni. aida plan nanti nak naik ke GH jugak.
    memang lom pernah naik GH lagi ni bwk anak-anak.

    ReplyDelete
  4. ramai kawan bae join viper tu. hehe bilik hotel mi spacious, kemudahan pun banyak, bestnyaaa

    ReplyDelete
  5. fuh. itu dia. round habis erk. ni kalau kita, tak cukup 2 hari menginap ni. mana lagi nak selfie ;)

    ReplyDelete
  6. Wah bestnya , teringin jugak sebenarnya nak join viper challenge tu. Munkin lepas PKP nanti.

    ReplyDelete
  7. Sejak-sejak ni jujurnya Lin banyak tau banyak hotel di Genting ni Kak, ramai kawan-kawan share, kalau tak ingat semua duk stay kat hotel World tu je...sekarang dah tau, banyak pilihan...

    ReplyDelete
  8. Wow canggih, lama tak naik Genting Highland. Kalau ada rezeki nak pergilah, thanks for sharing!

    ReplyDelete
  9. This is so beautiful! I am so going to go there! After MCO, I am so going to go with my daughter!

    ReplyDelete
  10. Menariknya hotel dan cafe dia. Bolehla masuk dalam list nanti

    ReplyDelete
  11. bestnya, saya tak pernah sampai lagi hotel nih! nampak best dan seronok pula nak pergilah nanti dengan family moga PKP segera berakhir InsyaAllah

    ReplyDelete
  12. swimming nya kalau air dah suam2 tentulah berendam lama2 dekat situ. sejuk woo genting ni.

    ReplyDelete
  13. Menariknya tempat dining macam alam fantasi tu..nampak bilik dorang mmg sgt cantik dan selesa. Bestnya kalau dapat bercuti lat sana.

    ReplyDelete
  14. Bestnya dpt menginap kat hotel genting tentu seronok dgn biliknya yg cantik dan luas and mkn2 di situ

    ReplyDelete
  15. Tak pernah lagi duduk kat sini bila naik genting. Cantik bilik dia dan view dia. Rindu lak nak naik genting..huhhu

    ReplyDelete
  16. menarik betul hotel ni. saya tak pernah menginap kat sini lagi sebelum ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag