Skip to main content

Posts

Showing posts with the label TOURISM PAHANG

Tempat-tempat Menarik Yang Boleh di Lawati di Temerloh : Pekan Sehari Temerloh

Assalamulaikum Cuti sekolah dah hampir tiba....kemana kah korang nak pergi bersama keluarga.  Pergi ke Temerloh   pun best jugak kawan-kawan!  Apa ada kat sana tue?  Jawapannya  :  macam-macam ada.....😁😁 Temerloh terkenal dengan masakan Tempoyak ikan Patin nya jadi tidak heranlah jika tarikan utama untuk mengunjungi Temerloh ialah untuk menikmati keenakan masakan Tempoyak Ikan Patin. Selain dari ikan Patin,  ada banyak lagi tempat-tempat yang boleh kita kunjungi di Temerloh ini antaranya ialah Pekan Sehari Temerloh . Ibu-ibu pasti seronok dapat berkunjung kesini,  apa tidaknya .....inilah tempat puas untuk membeli pelbagai jenis barangan sampai tak cukup tanganlah nak pegang.  Disyorkan bawak duit yang mencukupi bila datang ke sin😆 Pekan Sehari Temerloh ini beroperasi pada setiap hari Ahad dari pukul 7 pagi hingga 12 tengahari.  Merupakan Pekan Sehari terpanjang  dan terbesar di negeri Pahang. Panjangnya  melebihi 1 km dan...

Tempat-tempat menarik boleh di lawati di Temerloh : Kubang Gajah Water Park

 Assalamulaikum Apa khabar semua,  jika sudah ada perancangan nak jalan- jalan ke Temerloh,  k mid syorkan jangan lupa masukkan aturcara mengunjungi Taman Tema Air Kubang Gajah. Taman Tema Air ini pasti akan menjadi kegemaran seisi keluarga.  Kanak-kanak pasti teruja bermain sambil mandi-manda dengan pelbagai permainan yang disediakan.  Teman Tema Air ini juga kelihatan sangat ceria kerana di hiasi dengan kepelbagaian warna . Ibu-bapa akan mandi manda bersama anak-anak atau duduk santai di wakaf yang boleh di sewa sambil menikmati makanan yang boleh di bawa masuk ke Taman Tema ini...jadi k mid boleh katakan Taman Tema Air ini adalah Taman Tema Air budget yang sangat berbaloi bagi orangramai yang ingin mengunjunginya. Bukan hanya kanak-kanak suka mandi manda kat sini...yang dewasa pun suka😁 Mak-mak pun boleh lepak sini sambil memantau anak-anak😀 Dengan harga tiket masuk RM12   untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak serta RM6 untuk wargaemas/OKU s...

Tempat-tempat menarik yang boleh di lawati di Temerloh : Inakraf Wood Craving

 Assalamulaikum Kunjungan ke bandar Temerloh tidak lengkap jika tidak meluangkan sedikit masa untuk mengunjungi pusat ukiran kayu  Inakraf Wood Carving yang terletak di Kampung  Bangau Tanjung . Dikalangan masyarakat Melayu Seni Ukiran kayu bukan sahaja terdapat di rumah-rumah,  tetapi terdapat pada istana-istana raja,  binaan masjid dan mimbar,  surau, wakaf, pintu gerbang,  alat-alat muzik tradisi,  perabut-perabut,  alat-alat senjata dan banyak lagi.  Seni ukiran ini telah wujud sebelum abad ke-16 di Semenanjung Malaysia. Adiguru A.Muhaimin Hasbollah yang juga pemilik Inakraf memberi penerangan tentang operasi Inakraf Seorang tenaga kerja  di Inakraf menunjukkan demostrasi mengukir  Antara peralatan yang digunakan dalam Ukiran iaitu PAHAT Seni ukiran kayu di kategorikan sebagai produk tradisional yang di usahakan di kampung-kampung secara persendirian namun seni ini mampu menjana pendapatan lumayan jika ia dilakukan secara...

Tempat-tempat Menarik Yang Boleh di Lawati di Temerloh : Temerloh Titik Tengah Semenanjung (TTTS)

 Assalamulaikum Kita biasa mendengar titik paling Selatan Semenanjung , Titik Paling Hujung ,   Titik 0 dan sebagainya...tapi pernahkah kita dengar Titik Tengah Semenanjung?     Tak tahulah korang tahu ke tidak...k mid memang baru tahu pun😁 kerana baru je buat lawatan ke sini..hahaha Titik Tengah Semenanjung terletak di Kampung Paya Siput, Temerloh, Pahang. Info pun ada kat sini  Pihak jabatan ukur dan pemetaan Malaysia (JUPEM) telah menjalankan kaedah serta pengiraan dan telah menemukan kedudukan Kampung Paya Siput sebagai lokasi paling tepat sebagai titik Tengah Semenanjung kerana sebelum ini ada perbalahan tentang beberapa lokasi yang di katakan Titik Tengah Semenanjung. Dengan kedudukan tersebut,  kini destinasi Titik Tengah ini telah menjadi produk pelancongan terbaru di Temerloh. Bersama rakan-rakan di sini Mercu Monumen Titik Tengah telah didirikan bagi mengiktirafkan Temerloh sebagai Titik Tengah  dalam peta Semenanjung Malaysia dengan l...