Skip to main content

Tempat-tempat menarik boleh di lawati di Temerloh : Kubang Gajah Water Park

 Assalamulaikum

Apa khabar semua,  jika sudah ada perancangan nak jalan- jalan ke Temerloh,  k mid syorkan jangan lupa masukkan aturcara mengunjungi Taman Tema Air Kubang Gajah.

Taman Tema Air ini pasti akan menjadi kegemaran seisi keluarga.  Kanak-kanak pasti teruja bermain sambil mandi-manda dengan pelbagai permainan yang disediakan.  Teman Tema Air ini juga kelihatan sangat ceria kerana di hiasi dengan kepelbagaian warna.

Ibu-bapa akan mandi manda bersama anak-anak atau duduk santai di wakaf yang boleh di sewa sambil menikmati makanan yang boleh di bawa masuk ke Taman Tema ini...jadi k mid boleh katakan Taman Tema Air ini adalah Taman Tema Air budget yang sangat berbaloi bagi orangramai yang ingin mengunjunginya.


Bukan hanya kanak-kanak suka mandi manda kat sini...yang dewasa pun suka😁

Mak-mak pun boleh lepak sini sambil memantau anak-anak😀

Dengan harga tiket masuk RM12   untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak serta RM6 untuk wargaemas/OKU sudah tentu menjadi pilihan ibu bapa untuk membawa anak-anak mandi manda di sini kerana harga ini sangat tidak membebankan bagi mereka yang mempunyai anggota keluarga yang ramai.

kaunter tiket

📌 Lokasi  :  Taman Awam Kubang Gajah, Temerloh
Waktu Operasi  :  Setiap Hari kecuali Rabu ( Hari Biasa)
 10.30 pagi hingga 7.30 malam
 Setiap Hari (Cuti Sekolah)
 9.00 pagi hingga 7.30 malam
Harga Tiket   :  RM12 (Dewasa)    RM10 (Kanak-kanak)
RM6 (OKU/Wargaemas)
#temerlohunlimited
#exploretemerloh2022 #tourismpahang
#kubanggajahwaterpark
 
Salam sayang,

Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

BERCUTI DI HATYAI : TEMPAT-TEMPAT MENARIK YANG BOLEH DIKUNJUNGI

 Assalamulaikum dan salam sejahtera. Hari ini k.mied nak share mengenai tempat -tempat yang k.mied kunjungi sewaktu ke Hatyai baru-baru ini. ' Hatyai ' sebuah bandar terletak di Wilayah Songkhla, Thailand . Merupakan bandar yang paling berdekatan dengan sempadan Thailand-Malaysia . Kenapa orang Malaysia suka ke Hatyai?? Perjalanan hendak kesini tidaklah jauh mana ,  makanan yang sedap, pelbagai serta menepati citarasa rakyat Malaysia serta penginapan yang murah menjadi sebab kenapa orang Malaysia suka ke Hatyai. Kiranya Hatyai nie ' Syurga Makanan'. Bagi mereka yang tinggal di negeri berhampiran sempadan seperti Perlis, Kedah dan Kelantan ulang-alik Hatyai mungkin perkara biasa. Pelancong dari Malaysia boleh memasuki daerah Songkhla melalui beberapa pintu masuk seperti Padang besar, Bukit Kayu Hitam, Wang Kelian dan Durian Burung . Setelah lebih dua tahun terperap akibat Covid-19,  bila dah ada kelonggaran boleh melancong kembali sudah tentu Hatyai menjadi pilihan

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad