Skip to main content

Agro Pelancongan di Temerloh : Sarang Naga 76

 Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Jika korang pernah ke Temerloh, pasti ada terdengar tentang Roti Sarang Naga yang viral tue. Roti Sarang Naga ada salah satu menu sarapan pagi yang terdapat di Restoran Sarang Makan di Sarang Naga76.
Ini dia Roti Sarang...simple tapi memang terbaiklah
Masing-masing sedang menikmati Sarapan pagi Roti Sarang

Selain dari Roti Sarang,  ada juadah-jualah lain boleh di nikmati di sini untuk sarapan  pagi seperti nasi lemak dan kueh-mueh.
Untuk makan tengahari pulak,  menu-menu masakan kampung terdapat disini juga menu-menu makanan eksotik seperti daging rusa, arnab juga ikan-ikan sungai.
Nie pula..Restoran Sarang Makan..tempat menjamu selera di Sarang Naga 
Suasana dalam Sarang Makan

Antara juadah makan tengahari yang k mid nikmati di sini Masakan Patin Sarang, Sayur Campur, Talapia Goreng dan ulam-ulaman berserta sambal belacan



INFO MENGENAI SARANG NAGA76

Sarang Naga76 ada sebuah kawasan Agro Pelancongan yang terletak di Kampung Ketam, Kerdau, Temerloh, Pahang.

Sarang Naga76 berasal dari sebuah Kelab Permotoran iaitu Dragon 76 MC, dimana pengasasnya Allan Mor telah membeli tanah seluas 12 ekar dengan tujuan untuk membina projek perumahan,  namun kawasan ini sering banjir ketika musim tengkujuh menyebabkan beliau menukarkan projek tersebut kepada projek tanaman pokok buah-buah seperti buah durian, buah naga, pisang dan lain-lain.

Antara pokok buah-buahan yang di tanam di sini, pokok durian, pisang dll.




Dah penat jalankan...bolah lepak di dangau -dangau yang terdapat di sini

Terdapat juga mini zoo yang sedang diusahakan.  Di mini zoo ini terdapat pelbagai jenis haiwan seperti landak, rusa arnab, itik, angsa, burung, ayam hutan ayam serama juga ayam spesis termahal dari Jepun iaitu Ayam Onagadori.
 
SARANGHAE - Mini Zoo







Selain itu ada chalet-chalet yang boleh diinap oleh pengunjung. Waktu kehadiran k mid dan rakan-rakan disini penginapan rumah pokok sedang dalam pembinaan dan di jangka siap sepenuhnya tidak lama lagi.  Bila siapnya semua penginapan nanti,  para pengunjung bolelah menginap di Sarang Naga76 untuk merasai  kehidupan dalam ladang bersama haiwan-haiwan.
Disamping itu para pengunjung boleh melakukan aktiviti indoor dan outdoor seperti 
berkayak, berbasikal (mountain bike) dan menaiki ATV.
Rumah pokok yang hampir siap

Menariknya suasana rumah pokok nie..boleh main nyorok-nyorok kat pokok-pokok besar bawah rumah..hehehe

Pihak Sarang Naga76 juga sedang dalam perancangan menyediakan tapak-tapak perkhemahan dan menyediakan kemudahan untuk melakukan  aktiviti permainan flying fox.

Sarang Lepak..bila ianya siap sepenuhnya,  bolehlah pengunjung menikmati hidangan Western di sini.

KEDEY pula adalah kedai untuk menjual cenderahati



📌Lokasi  : Kampung Ketam 
28020 Temerloh, Pahang

Waktu Operasi Sarang Makan
7.00 pagi hingga 3.00 petang 

Tel : 018 2995413

#temerlohunlimited  #exploretemerloh2022
#temerlohbandarikanpatin
#temerlohtitiktengahsemenanjung
#tourismpahang
#sarangnaga76

Salam sayang,
MiedaJaz

Comments

Popular posts from this blog

SEMPENEH RIVERFRONT: SUASANA KAMPUNG YANG NYAMAN DITEPI SUNGAI

 Assalamulaikum dan salam sejahtera Hujung minggu yang lalu, k.mied ke Parit Buntar untuk menghadiri majlis pertunangan anak buah k.mied dan seperti biasa ketika pulang ke semula ke Kuala Lumpur memang akan jalan-jalan atau menjelajah tempat-tempat yang berhampiran, jalan-jalan cari makan gitew🥰 Kali ini k mied decide nak ke Daerah Batu Kurau , Taiping Perak .  Tempat yang dirancang nak pergi tue ialah Sempeneh Riverfront. Sempeneh Riverfront Chalet terletak lebih kurang 5km dari Pekan Batu Kurau . Merupakan chalet yang berkonsep kabin pertama di Batu Kurau. Berhampiran Gunung Sempeneh ,  sungai dan hutan sudah tentu menjanjikan penginapan yang nyaman dan dekat dengan alam semulajadi . Ketika k.mied tiba di Sempeneh Riverfront,  hujan turun dengan lebat sekali,  sungai berhampiran chalet yang tadinya tenang kini di melimpah dengan air dari bukit.  Bila air semakin deras kedengaran siren amaran di bunyikan untuk memberi amaran pada pengunjung supaya j...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

AKTIVITI MENARIK YANG BOLEH DILAKUKAN DI KAMPUNG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Seperti yang di janjikan k mid nak sambung lagi cerita k mid ke kampung aritue dalam program "Kita Ke Kampung 2.0" Kali ini k mid nak cerita aktiviti-aktiviti yang sempat k mid dan teman-teman lakukan selama 4 hari 3 malam di kampung. Jom kita mulakan.... 1.BALING BUAH KELAPA Botol-botol mineral di susun,  kemudian kelapa akan di baling ke arah botol mineral itu dari jarak yang ditetapkan. Permainan ini nampak senang...Ala..nie kacang nie...Try tengok baru korang rasa kacang ke tidak😄Nampak senang,  hentam baling aje tapi belum tentu kena lagi tau sebab buah kepala bukan macam bola bowling yang bulat tue..jadi ramai yang tidak berjaya menjatuhkan botol mineral tue. Dah macam gaya baling bola bowling😄 2.  MEMBUAT TROMPET DAUN KELAPA Trompet Daun Kelapa Setelah selesai makan malam,  kami pun berkumpul di meja yang telah di sediakan.  Diatas meja kelihatan daun-daun kelapa yang telah disediakan bersama beberapa buah S...