Assalamualaikum semua.
Apa khabar semua? Alhamdulillah k mid baru saja balik dari bercuti di Pulau Jeju dan Seoul, Korea. Percutian musim sejuk, namun tak lah sejuk sangat di Pulau Jeju nie suhu hanya 5 - 13 darjah Celcius jer..tapi dah nama pun Pulau..bila angin meniup tue..faham-faham ajalah.
Kak mid pernahlah menerima pelancong yang datang ke Kuala Lumpur dari Pulau Jeju nie. Biasanya mereka akan bawa air mineral dari sana, mereka tak akan minum air mineral dari sini, katanya dari sumber alam semulajadi Jeju, sumber mineral dan garam galian yang baik dan tak tercemar so dari sini k mid dapat merasakan yang alam semulajadi Pulau Jeju ini memang tak tercemar. nie membuatkan kak mid teringin nak pergi ke Pulau Jeju, nak tengok apa yang menarik sangat di sana.
Pulau Jeju merupakan kepulauan terbesar di Korea Selatan dan mempunyai keluasan 1.848 km persegi. Tapografi Pulau Jeju terbentuk kira-kira 2 juta tahun lalu oleh akitiviti volkano. Ditengah-tengah pulau terletak Hallasan (Mt.Halla).iaitu gunung tertinggi di Korea (1.950m).
Pulau yang memang cantik alam semulajadinya dan sering menjadi pilihan untuk pasangan berbulan madu dan para pencinta alam semulajadi.
Dalam kunjungan k mid baru-baru ini, dapatlah k mid menjejaki beberapa tempat yang memang sangat cantik .
1. Yongduam Rock / Dragon head Rock
Tempat pertama yang k mid kunjungi ketika sampai ke Pulau ini adalah Yongduam Rock.
Yongduam Rock bermaksud Batu Berkepala Naga. Sebenarnya batu unik ini terhasil daripada pertembungan lava gunung berapi dan airlaut serta ombak yang deras tetapi ada kisah dongeng tentang batu ini.
Kisahnya mengenai seekor naga yang mencuri batu jade di Mount Halla. Dewa penjaga Mount Halla amat marah lalu memanah naga tersebut. Waktu terkena panah, bahagian ekor naga telah pun berada dalam air laut manakala bahagian kepala masih di atas dan terus membeku di situ.
Disini juga terdapat Patung Ikan Duyong. Patung Ikan Duyong ini adalah simbol "Haeneo" iaitu penyelam wanita yang menyelam mencari seafood. Mereka ini amat pandai menyelam dan menyelam tanpa menggunakan sebarang peralatan skuba atau tangki udara.
2. Mysterious Road (Jalan Misteri)
Dikenali sebagai Dokkaebi Road di kalangan masyarakat tempatan. Terletak di sebuah bukit di kaki gunung yang menghubungkan dua jalan raya di Pulau Jeju.
Amat pelikkan, bila gear di neutralkan di jalan yang mendaki bukit, sepatutnya kereta akan mengelunsur turun tapi sebaliknya di sini di mana kereta akan mendaki dengan sendirinya.
Sebenarnya ini adalah tarikan graviti di sepanjang 100 meter.
Dapatlah k mid merasa pengalaman ini bila bas persiaran kami berhenti dan meneutralkan gear di garisan permulaan dengan memasang double signal, bas terus mendaki, pemandu hanya memegang stering aje hingga ke garisan penamat 100 meter.
kemudian kami turun dari bas dan melihat kenderaan lain yang mencuba melalui laluan tersebut.
3. Ilnchulbong Sunrise Peak.
Di kenali sebagai Seongsan IIchulbong Sunrise peak. Lokasi ini di iktiraf sebagai antara 7 keajaiban dunia dan mendapat pengiktirafan UNESCO World Heritage.
Merupakan bekas tinggalan gunung berapi yang telah wujud di Pulau Jeju ini sejak beratus tahun dahulu.
Ramai yang datang ke sini untuk melihat matahari terbit dan keindahan alam semulajadinya. Trek di bina untuk memudahkan para pengunjung untuk naik dan melihat keindahan dari atas bukit.
Terdapat kawah yang besar di puncak gunung Seongsan IIchulbong peak ini. Kawah ini berkeluasan 600m lebar dan 90 m tinggi dengan dikelilingi oleh 99 batu tajam di sekitarnya.
4.Seopjikoji
Seopjikoji merupakan sebuah teluk yang terletak sebelah timur pulau Jeju dan berhampiran dengan Seongsan IIchulbong Sunrise Peak.
Menyajikan permandangan yang indah di sepanjang persisir pantai. Seopjikoji terbentuk daripada debu gunung berapi berwarna merah yang di panggil "Songyi"
Sering menjadi tempat pengambaran drama korea kerana keindahan tempat ini antaranya drama All in, Boys Over Flowers dan Orange Marmalade
5. Seongeup Folk Village
Kampung ini terletak di kaki Gunung Halla, memaparkan budaya unik masyarakat pulau ini. Kita bole melihat rumah tradisional masyarakat Korea Jeju di sini, cara hidup mereka dahulu dan kita bole lihat beberapa rumah tradisional yang pagar dindingnya di perbuat dari batu lava hitam gunung berapi.
6.Joanne Bear Museum
Terletak di Komplek Jungmun Resort.
Joanne Bear Museum adalah dewan pameran galeri yang mempamerkan beruang buatan tangan terkenal jenama Joanne.
Kita bole melihat pelbagai koleksi Teddy bear dan juga proses membuat teddy bear. Jika ingin membeli Teddy Bear, bole memberi di kedai cenderahati yang terdapat di tingkat bawah.
7. O Sulloc Tea Museum
O Sulloc Tea Museum ini di buka pada tahun 2001. Terletak di pintu masuk Taman Teh Seogwang.
Selain daripada melawat ladang teh dan museum teh di sini, kita bole menikmati minuman green tea di cafe yang terdapat di sini.
Terdapat juga kedai yang menjual produk berasaskan teh seperti jem, serbuk perisa dan produk barangan penjagaan kulit serta kosmetik.
8. Cheonjiyeon Waterfall
Cheonjiyeon Waterfall adalah air terjun tiga tingkat yang unik dan cantik terletak di daerah Seogwipo. Air terjun ini memiliki ketinggian 22 meter, lebar 12 meter serta kedalaman 20 meter.
Cheonjiyeon bermaksud "penghubung langit dan bumi" dan di namakan demikian kerana airnya seolah-olah mengalir dari syurga.
Kena berjalan melalui jambatan ini dan mendaki turun ke bawah dalam 200 meter, baru bole sampai ke waterfall.
9. Memetik limau Tangerine di Ladang
Pulau Jeju adalah wilayah yang menjadi pengeluar Limau Tangerine utama di Korea Selatan . Jadi melawat Jeju sudah semestilah berpeluang mengutip pengalaman menarik iaitu memetik
limau Tangerine di ladang. Buah Limau Tangerine sangat popular ketika musim sejuk kerana pada ketika ini buah limau sangat manis dan juicy.
Para pelawat di bekalkan dengan gunting dan bakul kecil serta diajar cara memilih limau yang manis untuk di petik. Yang best pula, bole makan sebanyak mukim di ladang tersebut.
Sejujurnya masih tidak puas berjalan-jalan di Pulau Jeju ini kerana keindahan semulajadinya yang memukau serta keadaan yang tenang di sini.
Terima kasih kepada Poto Travel and Tours kerana memberi peluang pada kak mid untuk turut serta meneroka Pulau Jeju ini.
Untuk keterangan lanjut mengenai pakej ke Jeju Korea serta lain-lain pakej yang di tawarkan boleh hubungi :
Untuk sepanjang 8 hari 6malam di Jeju dan Seoul, k mid menggunakan poket Wifi dari Travel Recommends untuk memudahkan berhubung dengan orang tersayang di Malaysia dan mengikuti perkembangan semasa serta mengupate gambar-gambar di media sosial.
untuk maklumat lanjut mengenai Travel Recommends bole layari :-
SALAM SAYANG,

![]() |
Resort penginapan kami di Jeju AMOREX RESORT |
![]() |
View berhampiran resort |
Pulau Jeju merupakan kepulauan terbesar di Korea Selatan dan mempunyai keluasan 1.848 km persegi. Tapografi Pulau Jeju terbentuk kira-kira 2 juta tahun lalu oleh akitiviti volkano. Ditengah-tengah pulau terletak Hallasan (Mt.Halla).iaitu gunung tertinggi di Korea (1.950m).
Pulau yang memang cantik alam semulajadinya dan sering menjadi pilihan untuk pasangan berbulan madu dan para pencinta alam semulajadi.
Dalam kunjungan k mid baru-baru ini, dapatlah k mid menjejaki beberapa tempat yang memang sangat cantik .
1. Yongduam Rock / Dragon head Rock
![]() |
tempat ini tidak jauh dari Jeju International Airport jadi bole lihat kapalterbang lalu lalang atas kepala😁 |
Tempat pertama yang k mid kunjungi ketika sampai ke Pulau ini adalah Yongduam Rock.
Yongduam Rock bermaksud Batu Berkepala Naga. Sebenarnya batu unik ini terhasil daripada pertembungan lava gunung berapi dan airlaut serta ombak yang deras tetapi ada kisah dongeng tentang batu ini.
Kisahnya mengenai seekor naga yang mencuri batu jade di Mount Halla. Dewa penjaga Mount Halla amat marah lalu memanah naga tersebut. Waktu terkena panah, bahagian ekor naga telah pun berada dalam air laut manakala bahagian kepala masih di atas dan terus membeku di situ.
![]() |
macam kepala Naga kan batu tue.. |
Disini juga terdapat Patung Ikan Duyong. Patung Ikan Duyong ini adalah simbol "Haeneo" iaitu penyelam wanita yang menyelam mencari seafood. Mereka ini amat pandai menyelam dan menyelam tanpa menggunakan sebarang peralatan skuba atau tangki udara.
2. Mysterious Road (Jalan Misteri)
Dikenali sebagai Dokkaebi Road di kalangan masyarakat tempatan. Terletak di sebuah bukit di kaki gunung yang menghubungkan dua jalan raya di Pulau Jeju.
Amat pelikkan, bila gear di neutralkan di jalan yang mendaki bukit, sepatutnya kereta akan mengelunsur turun tapi sebaliknya di sini di mana kereta akan mendaki dengan sendirinya.
Sebenarnya ini adalah tarikan graviti di sepanjang 100 meter.
Dapatlah k mid merasa pengalaman ini bila bas persiaran kami berhenti dan meneutralkan gear di garisan permulaan dengan memasang double signal, bas terus mendaki, pemandu hanya memegang stering aje hingga ke garisan penamat 100 meter.
kemudian kami turun dari bas dan melihat kenderaan lain yang mencuba melalui laluan tersebut.
3. Ilnchulbong Sunrise Peak.
Di kenali sebagai Seongsan IIchulbong Sunrise peak. Lokasi ini di iktiraf sebagai antara 7 keajaiban dunia dan mendapat pengiktirafan UNESCO World Heritage.
Merupakan bekas tinggalan gunung berapi yang telah wujud di Pulau Jeju ini sejak beratus tahun dahulu.
Ramai yang datang ke sini untuk melihat matahari terbit dan keindahan alam semulajadinya. Trek di bina untuk memudahkan para pengunjung untuk naik dan melihat keindahan dari atas bukit.
![]() |
Batu-batu hitam di laluan ini adalah dari batu gunung berapi |
![]() |
Pendakian anak tangga selama 15 minit pasti terubat bila melihat keindahan yang memukau |
Terdapat kawah yang besar di puncak gunung Seongsan IIchulbong peak ini. Kawah ini berkeluasan 600m lebar dan 90 m tinggi dengan dikelilingi oleh 99 batu tajam di sekitarnya.
![]() |
kawah ini terlihat seperti mahkota (sumber : google) |
4.Seopjikoji
Seopjikoji merupakan sebuah teluk yang terletak sebelah timur pulau Jeju dan berhampiran dengan Seongsan IIchulbong Sunrise Peak.
Menyajikan permandangan yang indah di sepanjang persisir pantai. Seopjikoji terbentuk daripada debu gunung berapi berwarna merah yang di panggil "Songyi"
Sering menjadi tempat pengambaran drama korea kerana keindahan tempat ini antaranya drama All in, Boys Over Flowers dan Orange Marmalade
5. Seongeup Folk Village
Kampung ini terletak di kaki Gunung Halla, memaparkan budaya unik masyarakat pulau ini. Kita bole melihat rumah tradisional masyarakat Korea Jeju di sini, cara hidup mereka dahulu dan kita bole lihat beberapa rumah tradisional yang pagar dindingnya di perbuat dari batu lava hitam gunung berapi.
![]() |
Kawasan dapur memasak |
![]() |
Bagi peminat Drama korea "Jewel in the Palace".Disinilah lokasi pengambaran cerita nie |
6.Joanne Bear Museum
Terletak di Komplek Jungmun Resort.
Joanne Bear Museum adalah dewan pameran galeri yang mempamerkan beruang buatan tangan terkenal jenama Joanne.
![]() |
Patung Teddy nie di dedikasi kepada Presiden Barack Obama |
Kita bole melihat pelbagai koleksi Teddy bear dan juga proses membuat teddy bear. Jika ingin membeli Teddy Bear, bole memberi di kedai cenderahati yang terdapat di tingkat bawah.
7. O Sulloc Tea Museum
O Sulloc Tea Museum ini di buka pada tahun 2001. Terletak di pintu masuk Taman Teh Seogwang.
Selain daripada melawat ladang teh dan museum teh di sini, kita bole menikmati minuman green tea di cafe yang terdapat di sini.
Terdapat juga kedai yang menjual produk berasaskan teh seperti jem, serbuk perisa dan produk barangan penjagaan kulit serta kosmetik.
![]() |
Green tea untuk kami mencuba |
![]() |
selalu bergambar di Cameron Highland, sekali sekala di luar negeri pulak😍 |
![]() |
Ladang teh tidak di kawasan bukit, hanya di tanah datar aje |
8. Cheonjiyeon Waterfall
Cheonjiyeon Waterfall adalah air terjun tiga tingkat yang unik dan cantik terletak di daerah Seogwipo. Air terjun ini memiliki ketinggian 22 meter, lebar 12 meter serta kedalaman 20 meter.
![]() |
air tak deras..x lama lagi rasanya beku sbb dah winter |
Cheonjiyeon bermaksud "penghubung langit dan bumi" dan di namakan demikian kerana airnya seolah-olah mengalir dari syurga.
Kena berjalan melalui jambatan ini dan mendaki turun ke bawah dalam 200 meter, baru bole sampai ke waterfall.
9. Memetik limau Tangerine di Ladang
Pulau Jeju adalah wilayah yang menjadi pengeluar Limau Tangerine utama di Korea Selatan . Jadi melawat Jeju sudah semestilah berpeluang mengutip pengalaman menarik iaitu memetik
limau Tangerine di ladang. Buah Limau Tangerine sangat popular ketika musim sejuk kerana pada ketika ini buah limau sangat manis dan juicy.
Para pelawat di bekalkan dengan gunting dan bakul kecil serta diajar cara memilih limau yang manis untuk di petik. Yang best pula, bole makan sebanyak mukim di ladang tersebut.
Sejujurnya masih tidak puas berjalan-jalan di Pulau Jeju ini kerana keindahan semulajadinya yang memukau serta keadaan yang tenang di sini.
Terima kasih kepada Poto Travel and Tours kerana memberi peluang pada kak mid untuk turut serta meneroka Pulau Jeju ini.
Untuk keterangan lanjut mengenai pakej ke Jeju Korea serta lain-lain pakej yang di tawarkan boleh hubungi :
Tel : 03-92006640 (Office)
016 6264566 (Poto travel Whatsup)
atau layari : www.pototravel.com.my
#muslimtrip #muslimfriendly
#muslimtravelagencymalaysia
#melancongbersamapototravel
#muslimpackage
#bestmuslimtravelagency
Untuk sepanjang 8 hari 6malam di Jeju dan Seoul, k mid menggunakan poket Wifi dari Travel Recommends untuk memudahkan berhubung dengan orang tersayang di Malaysia dan mengikuti perkembangan semasa serta mengupate gambar-gambar di media sosial.
untuk maklumat lanjut mengenai Travel Recommends bole layari :-
WEBSITE
FACEBOOK
INSTAGRAM
SALAM SAYANG,