Booking.com

Friday, December 6

MAKAN -MAKAN DI BBQ LAMB KL KEMENSAH

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua.
Kali ini k mid nak ceritakan pengalaman makan -makan bersama keluarga di Bbq Lamb KL Kemensah yg terletak di Ulu klang berhampiran Zoo Negara.
Makan-makan ini sebenarnya waktu cuti Hari Merdeka 31 Ogos aritue.
Time cuti public holiday nie tentu ada yang balik kampung ..ada yang pergi bercuti..pergi makan-makan dan sebagainya. K mid tak pergi mana pun..hanya pergi dekat-dekat jer,  pergi main bowling dengan anak-anak,  tengok wayang dan pergi makan-makan.  Kebetulan anak k mid yang sulong si kakak lahir pada 31 Ogos...anak merdeka lah katakan,  jadi walau apa pun birthday dia tetap diraikan  di seluruh Malaysia..hehehe..
Ingat lagi,  k mid suka sangat tempah kek bendera Malaysia untuk dia tapi dah dewasa dan dah berumah tangga nie kitaorang belanja dia makan aja😀
So,  k mid dan family pun bawa dia ke BBQ Lamb KL Kemensah yang viral nie. Semua nak merasa makan sambil  menikmati suasana kehijauan sambil merendam kaki dalam sungai.


Hari ini ramai sungguh pengunjung sebab kan cuti umum  kena tggu giliran agak lama untuk dapat meja  so tuelah k mid nak bgitau elok booking siap siap sebelum datang kalau tak tggu lagi lama  ...nanti mood nak makan terus hilang hahaha...

So...kitaorg dapat duduk tepi kolam sebab hubby dan anak-anak malas nak tggu seetengah jam lagi untuk dapatkan meja yg dalam sungai. Memang ok jugak lepak kt atas nie sambil dengar deruan air yg turun ke dalam kolam.  Ramai jugak budak-budak mandi manda dalam kolam nie.
Jom lihat menu yang kitaorang cuba iaitu Set Bbq daging yang mengandungi pelbagai daging sepeti daging kambing, lembu, ayam dan itik.
Set ini untuk 4 orang makan tapi kitaorg berlima still cukup cuma tambah nasi.  Daging semuanya lembut jadi kitaorg puas hati.
Hidangan tambahan koktail buah-buahan dan buah tembikai. Air minuman free refill unlimited
Ada lain lain menu bole di cuba seperti set Bbq makanan laut, set mix skewer, set vegetarian dan lain-lain


Jadi pada yg berminat ..nak rasai pengalaman makan sambil celup celup kaki(ada yg selipar hanyut pun..hehehe)..bolelah booking siap-siap sebelum datang....

Waktu Operasi Bbq Lamb KL Kemensah

Isnin - Khamis
12pm - 10 pm (last order 9pm)

Jumaat
4pm - 10 pm (last order 9pm)

Sabtu, Ahad & Public Holiday
Sessi    12pm  -  2pm
                2pm  - 4pm
                4pm  - 6pm
                6pm  - 8pm
                8pm  - 10pm

Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh terus ke
wassap.my/60122114100/reservations

Facebook page
https://www.facebook.com/Bbqlambklkemensah


Salam sayang




2 comments:

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

APA YANG MENARIK DI IPOH?

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua. Beberapa minggu yang lepas,  k mid di ajak oleh anak-anak untuk pergi jalan-jalan ke Ipoh ,  Perak...