Skip to main content

TEMPAT-TEMPAT MENARIK HARUS DILAWATI DI PULAU JEJU, KOREA

Assalamualaikum semua.
Apa khabar semua? Alhamdulillah k mid baru saja balik dari bercuti  di Pulau Jeju dan Seoul, Korea. Percutian musim sejuk,  namun tak lah sejuk sangat di Pulau Jeju nie suhu hanya  5 - 13 darjah Celcius jer..tapi dah nama pun Pulau..bila angin meniup tue..faham-faham ajalah.
Kak mid pernahlah menerima pelancong yang datang ke Kuala Lumpur  dari Pulau Jeju nie.  Biasanya mereka akan bawa air mineral dari sana,  mereka tak akan minum air mineral dari sini,  katanya dari sumber alam semulajadi Jeju,  sumber mineral  dan garam galian yang baik dan tak tercemar  so dari sini k mid dapat merasakan yang alam semulajadi Pulau Jeju ini memang tak tercemar. nie membuatkan kak mid teringin nak pergi ke Pulau Jeju,  nak tengok apa yang menarik sangat di sana.
Resort penginapan kami di Jeju AMOREX RESORT

View berhampiran resort

Pulau Jeju merupakan kepulauan terbesar di Korea Selatan dan mempunyai keluasan 1.848 km persegi.  Tapografi Pulau Jeju terbentuk kira-kira 2 juta tahun lalu oleh akitiviti  volkano.  Ditengah-tengah pulau terletak Hallasan (Mt.Halla).iaitu gunung tertinggi di Korea (1.950m).

Pulau yang memang cantik alam semulajadinya dan sering menjadi pilihan untuk pasangan berbulan madu dan para pencinta alam semulajadi.

Dalam kunjungan k mid baru-baru ini,  dapatlah k mid menjejaki beberapa tempat yang memang sangat cantik .

1. Yongduam Rock / Dragon head Rock

tempat ini tidak jauh dari Jeju International Airport jadi bole lihat kapalterbang lalu lalang atas kepalašŸ˜

Tempat pertama yang k mid kunjungi ketika sampai ke Pulau ini adalah Yongduam Rock.
Yongduam Rock bermaksud Batu Berkepala Naga.  Sebenarnya batu unik ini terhasil daripada pertembungan lava gunung berapi dan airlaut serta ombak yang deras tetapi ada kisah dongeng tentang batu ini.
Kisahnya mengenai seekor naga yang mencuri batu jade di Mount Halla. Dewa penjaga Mount Halla amat marah lalu memanah naga tersebut.  Waktu terkena panah,  bahagian ekor naga telah pun berada dalam air laut manakala bahagian kepala masih di atas dan terus membeku di situ.  

macam kepala Naga kan batu tue..

Disini juga terdapat Patung Ikan Duyong.  Patung Ikan Duyong ini adalah simbol "Haeneo" iaitu penyelam wanita yang menyelam mencari seafood.  Mereka ini amat pandai menyelam dan menyelam tanpa menggunakan sebarang peralatan skuba atau tangki udara.



2. Mysterious Road (Jalan Misteri)
Dikenali sebagai Dokkaebi Road di kalangan masyarakat tempatan.  Terletak di sebuah bukit di kaki gunung yang menghubungkan dua jalan raya di Pulau Jeju.


Amat pelikkan,  bila gear di neutralkan di jalan yang mendaki bukit,  sepatutnya kereta akan mengelunsur turun tapi sebaliknya di sini di mana kereta akan mendaki dengan sendirinya.
Sebenarnya ini adalah tarikan graviti di sepanjang 100 meter.


Dapatlah k mid merasa pengalaman ini bila bas persiaran kami berhenti dan meneutralkan gear di garisan permulaan  dengan memasang double signal,  bas terus mendaki,  pemandu hanya memegang stering aje hingga ke garisan penamat 100 meter.
kemudian kami turun dari bas dan melihat kenderaan lain yang mencuba melalui laluan tersebut.

3. Ilnchulbong Sunrise Peak.

 
 
Di kenali sebagai Seongsan IIchulbong Sunrise peak.  Lokasi ini di iktiraf sebagai antara 7 keajaiban dunia dan mendapat pengiktirafan UNESCO World Heritage.

Merupakan bekas tinggalan gunung berapi yang telah wujud di Pulau Jeju ini sejak beratus tahun dahulu.

Ramai yang datang ke sini untuk melihat matahari terbit dan keindahan alam semulajadinya.  Trek di bina untuk memudahkan para pengunjung untuk naik dan melihat keindahan dari atas bukit.

Batu-batu hitam di laluan ini adalah dari batu gunung berapi
Pendakian anak tangga selama 15 minit pasti terubat bila melihat keindahan yang memukau

Terdapat kawah yang besar di puncak gunung Seongsan IIchulbong peak ini.  Kawah ini berkeluasan 600m lebar dan 90 m tinggi dengan dikelilingi oleh 99 batu tajam di sekitarnya.


kawah ini terlihat seperti mahkota (sumber : google)


4.Seopjikoji


Seopjikoji merupakan sebuah teluk yang terletak sebelah timur pulau Jeju dan berhampiran dengan Seongsan IIchulbong Sunrise Peak.
Menyajikan permandangan yang indah di sepanjang persisir pantai.  Seopjikoji terbentuk daripada debu gunung berapi berwarna merah yang di panggil "Songyi"
 

Sering menjadi  tempat pengambaran drama korea kerana keindahan tempat ini antaranya drama All in,  Boys Over Flowers dan Orange Marmalade





5. Seongeup Folk Village
Kampung  ini terletak di kaki Gunung Halla,  memaparkan budaya unik masyarakat pulau ini.  Kita bole melihat rumah tradisional masyarakat Korea Jeju di sini, cara hidup mereka dahulu dan kita bole lihat beberapa rumah tradisional yang pagar dindingnya di perbuat dari batu lava hitam gunung berapi.




Kawasan dapur memasak

Bagi peminat Drama korea "Jewel in the Palace".Disinilah lokasi pengambaran cerita nie

6.Joanne Bear Museum

Terletak di Komplek Jungmun Resort.
Joanne Bear Museum adalah dewan pameran galeri yang mempamerkan beruang buatan tangan terkenal jenama Joanne.


Patung Teddy nie di dedikasi kepada Presiden Barack Obama


Kita bole melihat pelbagai koleksi Teddy bear  dan juga proses membuat teddy bear. Jika ingin membeli Teddy Bear,  bole memberi di kedai cenderahati yang terdapat di tingkat bawah.

7. O Sulloc Tea Museum


 O Sulloc Tea Museum ini di buka pada tahun 2001.  Terletak di pintu masuk Taman Teh Seogwang.
Selain daripada melawat ladang teh dan museum teh di sini,  kita bole menikmati minuman green tea di cafe yang terdapat di sini.
Terdapat juga kedai yang menjual produk berasaskan teh seperti jem, serbuk perisa dan produk barangan penjagaan kulit serta kosmetik.

Green tea untuk kami mencuba


selalu bergambar di Cameron Highland,  sekali sekala di luar negeri pulakšŸ˜

Ladang teh tidak di kawasan bukit, hanya di tanah datar aje

8. Cheonjiyeon Waterfall

Cheonjiyeon Waterfall adalah air terjun tiga tingkat yang unik dan cantik terletak di daerah Seogwipo. Air terjun ini memiliki ketinggian 22 meter, lebar 12 meter serta kedalaman 20 meter.

air tak deras..x lama lagi rasanya beku sbb dah winter



Cheonjiyeon bermaksud "penghubung langit dan bumi" dan di namakan demikian kerana airnya seolah-olah mengalir dari syurga.


Kena berjalan melalui jambatan ini dan mendaki turun ke bawah  dalam 200 meter,  baru bole sampai ke waterfall.

9.  Memetik limau Tangerine di Ladang


Pulau Jeju adalah wilayah  yang menjadi pengeluar Limau Tangerine utama di Korea Selatan . Jadi melawat Jeju sudah semestilah berpeluang mengutip pengalaman menarik iaitu memetik

limau Tangerine di ladang.  Buah Limau Tangerine sangat popular ketika musim sejuk kerana pada ketika ini buah limau sangat manis dan juicy.


Para pelawat di bekalkan dengan gunting dan bakul kecil  serta diajar cara memilih limau yang manis untuk di petik.  Yang best pula,  bole makan sebanyak mukim di ladang tersebut.


Sejujurnya masih tidak puas berjalan-jalan di Pulau Jeju ini kerana keindahan semulajadinya yang memukau serta keadaan yang tenang di sini.

Terima kasih kepada Poto Travel and Tours kerana memberi peluang pada kak mid untuk turut serta  meneroka Pulau Jeju ini. 

Untuk keterangan lanjut mengenai pakej ke Jeju Korea serta lain-lain pakej yang di tawarkan boleh  hubungi :
Tel   :  03-92006640  (Office)
           016 6264566 (Poto travel Whatsup)

atau layari :  www.pototravel.com.my

#muslimtrip     #muslimfriendly
#muslimtravelagencymalaysia
#melancongbersamapototravel
#muslimpackage
#bestmuslimtravelagency

Untuk sepanjang 8 hari 6malam di Jeju dan Seoul,  k mid menggunakan poket Wifi dari Travel Recommends untuk memudahkan berhubung dengan orang tersayang di Malaysia dan mengikuti perkembangan semasa  serta mengupate gambar-gambar di media sosial.



untuk maklumat lanjut mengenai Travel Recommends  bole layari :-

WEBSITE

FACEBOOK

INSTAGRAM





SALAM SAYANG,



Comments

  1. Wah.. Teringin sgt nk ke Jeju tp xtau bila plk blh ke sana, thn dpn msk my list travelšŸ˜Š

    ReplyDelete
  2. Ny wishlist jugak nak pergi ke Korea ♥️

    ReplyDelete
  3. Pernah sampai ke Jeju time belajar dulu tapi disebabkan rombongan uni, maka takde le melawat ke lokasi2 di atas tu. InsyaAllah ada rezki nak mengulang tahun nie

    ReplyDelete
  4. Waa bestnyaa jalan-jalan ke Korea! Pulau Jeju ni antara lokasi yg mmg ada dlm wishlist Qeela jugk nii hehe. Best dpt tau cerita2 di sebalik setiap tempat yg dikunjungi tu. Mudah-mudahan nnt ada rezeki qeela pulak dpt jejak dan lihat sendiri tmpt2 tu hehee

    ReplyDelete
  5. Dah pernah ke Korea tapi oe Seoul sahaja dan belum sempat ke Pulau Jeju yang memang nampak menarik utk di kunjungi.

    ReplyDelete
  6. Menariknya dapat pergi korea. Dah baca banyak blog pasal travel ke korea. Hope one day boleh jejak kaki jugak ke sana

    ReplyDelete
  7. Memang tak jemu kalau pegi Jeju ni. I dah pegi 2 kali dan akan pegi lagi nanti kalau ada rezeki lagi.

    ReplyDelete
  8. Bestnya jeju.. Antara wishlist jugak ni.. Menarik yg mysterious road tu... Teringin nya nak piiiii.. Baru tau pasal yg neutral gear tapi dia mendaki tu

    ReplyDelete
  9. pulau jeju ni memang dalam wishlist saya. InsyaAllah akan ke sana bila keaddan dah reda sedikti.

    ReplyDelete
  10. Makin berkobar kobar rasa hati nak ke korea aihhh. Cantik cantik temoatnya

    ReplyDelete
  11. Banyaknya tempat menarik kat sana. Paling teruja yg Jalan misteri tu. Mesti rasa seram je kan sebab tak tekan minyak tapi kenderaan tetap bergerak. Ni yang buat rasa nak pi sana ni.. adoiii, hopefully ada rezeki ke sana

    ReplyDelete
  12. Dah dua kali pergi Korea dan Busan, tapi Jeju yang Sis belum jejak..nanti nak ke Jeju laaa, kadang temgok flight ada gak harga murah...bestkan Korea! Sis suka musim sejuk kalau ke sana hehehe

    ReplyDelete
  13. 8 hari baru best bercuti.. Betul betul jalan.. Boleh pergi semua tempat. Cantik jeju.. Nak pergi juga

    ReplyDelete
  14. wah bestnya dapat ke jeju! saya insyaAllah akan ke korea bulan 11 ni aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti try makan seafood...kat sana sotong, kepah semua besar2..fresh tue

      Delete
  15. Bestnye dapat ke pulau jeju. Seronok dapat berjalan di negara orang kan.

    ReplyDelete
  16. suka baca perkongsian kawan-kawan bercuti di Jeju. saya sendiri belum pernah berkesempatan untuk bercuti disini lagi. hope one day sampailah.

    ReplyDelete
  17. Bestnya Kakmid pergi Jeju Island. Teringin sangat nak pergi. View dekat Ilnchulbong Sunrise Peak tu masyaAllah cantik sgt

    ReplyDelete
  18. terima kasih atas perkongsian. tak sempat lagi nak ke korea selatan ni. nampak cantik2 belaka pemandangan. in shaa Allah suatu hari nanti :)

    ReplyDelete
  19. Nice sharing....perkongsian yg bagus....dpt membantu sedikit sebanyak pada yg ingin ke becuti kesana...

    ReplyDelete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhušŸ„°šŸ„° Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah šŸ¤² Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag