Skip to main content

PENGALAMAN MENCARI LOKAN DAN KEPAH DI SETIU WETLANDS

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua.
Kali ini k mid nak ceritakan pengalaman k mid mencari lokan dan kepah di Pengkalan Gelap, Setiu Wetlands  ketika k mid berkunjung kesana baru-baru ini.
Sebelum k mid teruskan dengan penceritaan tentang mencari lokan dan kepah, mari kita tengok info tentang Setiu Wetland atau Tanah Bencah Setiu nie :-
  • Berkeluasan 23 hektar
  • Ianya sebahagian daripada ekosistem Lembangan Sungai Setiu,(iaitu gabungan lembangan tanah lembap kompleks di Setiu-Chalok-Baru-Merang)
  • Merupakan satu-satunya tanah bencah di Malaysia yang mempunyai 9 ekosistem berbeza dalam satu kawasan iaitu laut, pesisir pantai, kawasan berlumpur, lagun, muara sungai,pulau, rimba pesisir air dan rimba paya bakau.
  • Di dalam ekosistem ini ada 161 spesis burung, 49 spesis rama-rama, 36 reptilia, 33 spesis pokok bakau dan 29 spesis mamalia.
  • Kawasan persekitarannya juga adalah habitat semulajadi pembiakan tuntung di samping menjadi antara lokasi pendaratan spesis penyu hijau.
  • Tanah Bencah Setiu bulan saja unik,  malah ia adalah satu kawasan yang cantik dan kaya dengan kelainan flora dan fauna yang digabungkan dengan laut, air yg bersih, haiwan di hutan dan juga bukit di sepanjang pantai.
  • Ianya menjadi destinasi eko-pelancongan dengan aktiviti-aktiviti seperti observasi alam semulajadi, mengumpul madu, mencari ketam nipah, kepah atau lokan, memancing dan sebagainya yang juga bole dimanafaatkan oleh peduduk setempat.
Sumber: Tourism Terengganu

Kami bermula dari Boardwalk Setiu Wetlands untuk menaiki bot yg sedang menunggu di Pengkalan Setiu Wetland.
Boardwalk yg panjang hampir 400 meter kaya dengan pelbagai spesis hidupan wetland seperti ikan belacak, pelbagai spesis ketam, paya bakau, orkid liar dan lain-lain lagi. Di sepanjang Boardwalk di letakkan papan tanda mengenai hidupan dan tumbuhan yg terdapat di situ,  sudah tentu sangat berguna untuk mendapat pelbagai info tentang khazanah tersebut..
Setelah menyusuri Boardwalk sambil melihat hidupan dan tumbuhan,  kami pun menaiki bot untuk ke Laguna bagi tujuan aktiviti mencari lokan dan kepah
Nature Guide sedang memberi penerangan tentang Laguna Setiu
Perjalanan mengambil masa kira-kira setengah jam tapi sebelum sampai ke ke kawasan Laguna,  kami di bawa untuk melihat sangkar Ikan Kerapu Hybrid, Siakap dan Tiram di kawasan Sungai Gong Batu.

Ikan-ikan yang di ternak di sini amat bermutu tinggi dan mendapat permintaan yang memuaskan dari pengusaha-pengusaha hotel dan restoran.
Inilah Ikan Kerapu Hybrid...takut k mid nak pegang😍
Kemudian...kami pun meneruskan perjalanan untuk aktiviti utama iaitu mencari lokan dan kepah.

Mula-mula kami di beri taklimat ringkas cara -cara mencari lokan iaitu menggunakan sejenis pisau khas. Masing-masing perlu memakai stokin bagi melindungi kaki dari terpijak benda keras dan tajam ketika mencari lokan.

Stress!!!  sakit pinggang juga..
Agak lama jugak k mid mencuba  mencari dengan cara yang di ajar tadi tapi tak dapat- dapat, ubah tempat sana sini dan.....akhirnya setelah hampir 20 minit menguis sana menguis sini...dapatlah  4 biji.
bila dah dapat...seronoknya bukan main😁😁..
Selama ini tahu makan aje...baru tahu begini rupanya mencari lokan...penat juga tau...baru tahu betapa susahnya nak mencari lokan nie.
Nie..cari kepah pulak
Untuk mencari kepah dan lala..lain pulak caranya...kena masuk ke dalam sungai yang ketika itu air di paras pinggang.  Gali dan mengali di dasar pasir.. nanti barulah dapat kepah nya..kami ambil yang sebesar duet syiling 20 sen aje,  yang kecil daripada itu kami akan lepaskan...biarlah dia merasa lama sikit hidup di dunia ini kan...hahaha...

Bukan k mid sorang cari sebanyak ini tau...hehehe
Begitulah pengalaman yang amat menarik sekali...seronok sangat beramai-ramai bersama rakan -rakan mencari lokan, kepah dan lala...kemudian di bakar dan di makan ....enak betul sebab sangat fresh dan hasil titik peluh sendiri.
Kalau sesiapa nak merasai pengalaman ini bolelah ke Setiu Wetlands. Bole hubungi PELADANG SETIU AGRO RESORT atau PING ANCHORAGE TRAVEL & TOURS untuk pertanyaan tentang pakej mencari lokan dan kepah ini.
 #vm2020  #visittrulyasiamalaysia
#visitmalaysia2020  #beautifulterengganu
#setiuwetlandsfestival  #tourismalaysia   #tourismterengganu
#tourismmalaysiawilayahtimur   
#motacterengganu


Salam sayang,



Comments

  1. Wow!!!!!!! So interesting. Thank you for sharing your adventures with us. Have a good day.

    ReplyDelete
  2. AM penah sampai ke Setiu wetlands.. Mmg banyak lokan dan kepah kat situ.. Sepanjang jalan di broadway Setiu banyak pohon hijau n hidupan hutan yg lain.. Mmg menghayati hingga ke hujungnya.

    ReplyDelete
  3. Lokan kepah dengan lala segar tu .. bestnya kalau masak sambal ... sedapnya lahai

    ReplyDelete
  4. bestnya akak buat aktiviti mencari lokan dan kepah ni. teringin sangat nak cuba masuk dalam sungai dan tangkap sendiri pastu masak. mesti sedapppp sebab fresh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti ada yg ajak gi Setiu kena pergi Zul...rasa pengalaman sendiri cari lokan dan kepah..best

      Delete
  5. Tak pandai nak beza kepah ke lokan. Kerang dgn oyster je kenai. Hehehe. Selalu beli je kat pasar, ni dapat mencuba cari sendiri mesti seronok kan.

    ReplyDelete
  6. wow... meriahnya!!! happy betul kalau dpt pengalaman yang jarang jarang sekali macam ni.. nak bookmark la tempat ni. menarik kot =D

    ReplyDelete
  7. Pngalamn yg mnyeronokkan nie cari lokan ngn kepah..xsmua org berani masuk sungai, gali pasir nnt nd nak cuba juga la..thank sis sudi sharing tmpt menrikk nie..

    ReplyDelete
  8. saya pun baru je balik dari setiu. teroka tempat2 menarik yang ada disana. setiu memang best. nak nak darisegi lokasi yang insta whorty.

    ReplyDelete
  9. Memang seronok ada pengalaman camni. Saya dah pernah ke sini bbrp tahun lps. Seronok ada pengalaman memcari lokan

    ReplyDelete
  10. bestnya kak mid dapat buat aktiviti ramai2 macamni. Nampak gemuk kepah dengan lokan yang kak mid dapat tu. Cantik warna ikan kerapu hybrid tu.

    ReplyDelete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

TEMPAT MAKAN BEST DI MANJUNG

Assalamulaikum dan salam sejahtera, Tengah buat apa tue?  mesti tengah lepak-lepak kat rumah tengok TV...Almaklum lah kena PKP nie kepala jadi tepu  tak tahu nak buat apa..makan tidur, tengok TV..pastu makan lagi..pastu tidur lagi,..hahaha. Tak pa sabar sikit ya...lagi 2 minggu kita sama-sama doakan PKP nie tidak di lanjutkan lagi dan sekarang kita duduk di rumah diam-diam kat rumah.  Jangan bagi PM kita dok merayu-rayu #STAYATHOME. Boring-boring nie k mid teringatlah tempat-tempat makan yang k mid pergi sewaktu kunjungan ke Manjung baru-baru ini. Manalah tahu kalau lepas-lepas nie dah bebas dari Covid 19 nie ,  sesiapa pergi ke Manjung atau pergi Pulau Pangkor ke bolehlah singgah di sini . # BIG WHALE CAFE Big Whale Cafe sebuah cafe yang Cozy dan mempunyai susunatur yang kemas .  Cafe ini menyajikan pelbagai menu menarik yang boleh di cuba.  Ada menu Western, Japanese dan Korean.   Pendekata,  boleh  cuba menu brunch, lunch dan dinner . Cafe ini terletak di  : 

BERCUTI DI HATYAI : TEMPAT-TEMPAT MENARIK YANG BOLEH DIKUNJUNGI

 Assalamulaikum dan salam sejahtera. Hari ini k.mied nak share mengenai tempat -tempat yang k.mied kunjungi sewaktu ke Hatyai baru-baru ini. ' Hatyai ' sebuah bandar terletak di Wilayah Songkhla, Thailand . Merupakan bandar yang paling berdekatan dengan sempadan Thailand-Malaysia . Kenapa orang Malaysia suka ke Hatyai?? Perjalanan hendak kesini tidaklah jauh mana ,  makanan yang sedap, pelbagai serta menepati citarasa rakyat Malaysia serta penginapan yang murah menjadi sebab kenapa orang Malaysia suka ke Hatyai. Kiranya Hatyai nie ' Syurga Makanan'. Bagi mereka yang tinggal di negeri berhampiran sempadan seperti Perlis, Kedah dan Kelantan ulang-alik Hatyai mungkin perkara biasa. Pelancong dari Malaysia boleh memasuki daerah Songkhla melalui beberapa pintu masuk seperti Padang besar, Bukit Kayu Hitam, Wang Kelian dan Durian Burung . Setelah lebih dua tahun terperap akibat Covid-19,  bila dah ada kelonggaran boleh melancong kembali sudah tentu Hatyai menjadi pilihan