Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2023

RASAI PENGALAMAN YANG MENARIK DI KUALA SELANGOR: PANDUAN PERJALANAN 2 HARI 1 MALAM

  Assalamulaikum dan salam sejahtera. Jom Terokai Keindahan Kuala Selangor Melalui Pelbagai Aktiviti Tempatan Yang Menyeronokkan! Kuala Selangor merupakan destinasi menarik yang menawarkan pelbagai aktiviti untuk penggemar alam semula jadi dan budaya. Kuala Selangor terdapat pelbagai tarikan untuk dinikmati semua, dari berjalan melalui taman alam dan melihat kelip-kelip sehingga merasai masakan tempatan yang lazat. Jadi, mari menerokai pelbagai destinasi yang indah di Selangor! TARIKAN PELANCONGAN Tidak dinafikan bahawa Kuala Selangor terdapat pelbagai hidden gem yang tidak diketahui oleh penduduk Selangor. Dikelilingi dengan destinasi pelancongan yang instagrammable untuk dikunjungi dan pelbagai aktiviti untuk dilakukan, Kuala Selangor ialah tempat yang ideal untuk percutian anda! #Husin Fauzi Farm Terletak di pertengahan Kuala Selangor, Husin Fauzi Farm ialah sebuah ladang yang mempunyai sebanyak 40 jenis haiwan yang menawarkan pelbagai aktiviti untuk anda sekeluarga. Ladang ini

KURMA AJWA JENAMA RAUDAH DATES : BERKUALITI TINGGI DAN SEGAR

  Assalamulaikum dan salam sejahtera  Setiap kali tibanya bulan Ramadan , buah kurma akan menjadi menu utama untuk berbuka puasa dan juga untuk bersahur .   Bukan sahaja menjadi tumpuan ketika bulan Ramadan, kurma juga boleh dinikmati setiap hari kerana kurma bukan sahaja enak dimakan namun terdapat banyak khasiat untuk tubuh badan kerana ianya kaya dengan kalori, karbohidrat, vitamin, mineral , serat serta antioksidan yang menjadi pelindung terhadap pelbagai penyakit merbahaya. Bercerita tentang buah kurma ini, syarikat Seri Dagang Enterprise yang berpengkalan di Ampang, Selangor telah melancarkan produk Kurma Ajwa jenama Raudah Dates baru-baru ini . Apa itu Kurma Ajwa? Kurma Ajwa atau juga disebut Kurma Nabi merupakan jenis Kurma  yang amat popular di kalangan umat islam. Berasal dari Madinah Warnanya hitam pekat Ada beberapa garis kecil di permukaannya Rasanya sedang, tidak terlalu manis Bertekstur lembut Menurut Pengasas Raudah Dates iaitu Datin Siti Salina dan Puan Zaiton