Skip to main content

RASAI PENGALAMAN YANG MENARIK DI KUALA SELANGOR: PANDUAN PERJALANAN 2 HARI 1 MALAM

 Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Jom Terokai Keindahan Kuala Selangor Melalui Pelbagai Aktiviti Tempatan Yang Menyeronokkan!

Kuala Selangor merupakan destinasi menarik yang menawarkan pelbagai aktiviti untuk penggemar alam semula jadi dan budaya. Kuala Selangor terdapat pelbagai tarikan untuk dinikmati semua, dari berjalan melalui taman alam dan melihat kelip-kelip sehingga merasai masakan tempatan yang lazat. Jadi, mari menerokai pelbagai destinasi yang indah di Selangor!
TARIKAN PELANCONGAN
Tidak dinafikan bahawa Kuala Selangor terdapat pelbagai hidden gem yang tidak diketahui oleh penduduk Selangor. Dikelilingi dengan destinasi pelancongan yang instagrammable untuk dikunjungi dan pelbagai aktiviti untuk dilakukan, Kuala Selangor ialah tempat yang ideal untuk percutian anda!

#Husin Fauzi Farm
Terletak di pertengahan Kuala Selangor, Husin Fauzi Farm ialah sebuah ladang yang mempunyai sebanyak 40 jenis haiwan yang menawarkan pelbagai aktiviti untuk anda sekeluarga. Ladang ini mempunyai zoo haiwan peliharaan dimana pelawat boleh berinteraksi dengan pelbagai binatang seperti kuda, lembu, kambing dan Arnab. Kanak-kanak juga boleh menunggang kuda dan merasai keseronokan memberi makanan kepada haiwan. Selain itu, tempat ini juga menawarkan sukan memanah sebagai aktiviti yang menyeronokkan. Husin Fauzi Farm ialah destinasi menarik untuk keluarga yang mencari pengalaman yang menyeronokkan dan interaktif.

#Taman Alam Kuala Selangor
Taman alam ini merupakan rumah kepada pelbagai jenis flora dan fauna termasuk spesies burung dan rama-rama yang jarang ditemui. Terdapat sebanyak 156 spesies burung disini dimana 57 daripadanya merupakan burung migrasi yang berhijrah dari Siberia dan Russia. Waktu paling sesuai untuk berkunjung ke tempat ini ialah pada bulan September hingga April dimana taman ini menjadi pusat migrasi burung jadi pengunjung boleh merancang lawatan mereka pada bulan-bulan ini. Antara spesies burung yang terdapat di sini adalah bangau, burung bakau, raja udang dan helang bahu hitam, manakala burung migrasi terdiri daripada purple heron, great eagle, tiger shrike, arctic shrike dan banyak lagi! Pengunjung juga disyorkan untuk membawa teropong untuk memerhati burung! Dibuka dari jam 9 pagi hingga 6 petang setiap hari, pengunjung boleh berjalan santai di sepanjang laluan dan menikmati suasana yang tenang. 

#Kelip-Kelip Kampung Kuantan
Tarikan popular ini wajib dikunjungi bagi mereka yang berminat untuk melihat kelip-kelip yang berhabitat di paya bakau Kuala Selangor. Kelip-kelip disini merupakan spesies pteroptyx tener dan ianya mengeluarkan kerlipan cahaya dengan serentak pada kadar 3 kerlipan sesaat. Pekerja disini akan menyediakan perahu tradisional dan dayung bagi mengelakkan pencemaran bunyi yang boleh mengganggu habitat kelip-kelip. Bermula dari pukul 7.30 malam hingga 10.30 malam setiap hari, pengunjung boleh menaiki bot sepanjang paya dan saksikan kerlipan cahaya yang indah daripada kelip-kelip!

#Laluan Seni Pekan Lama
Laluan Seni Pekan Lama adalah laluan seni dan budaya yang terletak di Pekan Lama, yang merupakan sebuah bandar di Kuala Selangor.  Laluan ini dipenuhi dengan 15 jenis seni mural berasaskan warisan di dinding bangunan lama, dan lengkap dengan batu bata yang berwarna-warni sebagai tapak pejalan kaki. Terdapat beberapa karya seni yang menarik seperti Bunga Artistik oleh artis; Izwan Rahimi, Fendi Rosli, dan Andi Syafie; serta Lombong Bijih Timah oleh CO2 Mural. Beberapa artis dengan latar belakang berbeza seperti Fendigua, Husna Helmee dan Loque turut menyumbang kepada penghasilan mural yang unik dan indah di laluan ini. Laluan ini sangat sesuai untuk gambar Instagram dan OOTD anda!

#Masjid Raja Lumu
Masjid Raja Lumu merupakan sebuah lagi mercu tanda di Kuala Selangor yang dibina di atas tapak bekas Masjid Lama Kuala Selangor. Masjid ini telah dirasmikan sebagai Masjid Diraja ke-9 di Selangor. Ianya terletak di kaki Bukit Melawati dan terkenal dengan seni bina yang indah dan moden dengan kubah tembaga, gerbang yang cantik serta tingkap kaca berwarna. Nama masjid ini dipilih 
sempena nama Raja Selangor pertama yang lebih dikenali sebagai Sultan Salehuddin Shah. Masjid ini terletak berhampiran dengan Kelip-Kelip Kg Kuantan dan Bukit Melawati yang menjadikannya tambahan sesuai pada jadual pelancongan anda!

#Sasaran Art Beach
Sasaran Art Beach merupakan sebuah galeri yang terletak di perkampungan nelayan di Kuala Selangor bernama Kampung Sasaran. Galeri ini menyatukan komuniti seni tempatan melalui pelbagai pameran seni dan bengkel, sama ada dalam negara atau luar seperti Bengkel Seni Seramik Antarabangsa Sasaran dan Pameran Residensi Artis Sasaran 2019. Ianya dianjurkan oleh Sasaran Art Association dimana mereka memberi peluang kepada artis untuk menampilkan bakat kesenian mereka, dengan line-up untuk projek mural terkini melibatkan Bibichun, Sliz, Ng Kim Heoh dan Jason Teo Jia Hao.

GASTRONOMI
Setelah meluangkan seharian melawati tarikan pelancongan, tiada yang lebih baik daripada menikmati makanan yang sedap dan memuaskan untuk mengisi perut kosong. Kuala Selangor mempunyai pelbagai jenis makanan tempatan dan antarabangsa yang ditawarkan, jadi pastikan anda mencuba pelbagai menu yang berbeza daripada pilihan restoran ini.

#Kinnaree Thai Restaurant
Kinnaree Thai Restaurant ialah restoran pork-free­ di Kuala Selangor yang menyediakan hidangan Thai dan terletak berdekatan dengan Sungai Selangor. Restoran ini menawarkan pelbagai jenis hidangan termasuk pilihan kegemaran Thai tradisional dan vegetarian. Restoran ini juga mempunyai akuarium untuk menyimpan ikan segar yang ditangkap!


#Warung Ibu Nasi Ambeng
Tahukah anda bahawa Nasi Ambeng merupakan makanan warisan Selangor? Jika anda terigin untuk menikmati keaslian Nasi Ambeng, anda boleh dapatkan di Warung Ibu Nasi Ambeng. Warung ini terkenal dengan sajian nasi ambeng, iaitu masakan Jawa tradisional. Nasi ambeng ialah hidangan yang terdiri daripada nasi, ayam, mee goreng, tempe dan tauhu, dan kesemuanya dibuat dengan resipi berbeza bagi memvariasikan hidangan sampingannya. Hidangan ini sangatlah popular dan disukai ramai, terutamanya bagi masyarakat Indonesia dan Malaysia.

#TK Coconut Farm Ville
Terletak di Tanjung Karang, ladang yang berkonsepkan food court ini menawarkan pelbagai makanan berasaskan kelapa seperti coconut shake, jeli kelapa, dan ais krim kelapa. Ladang ini juga mempunyai gerai-gerai yang menawarkan pilihan makanan panas dan makanan ringan untuk dipilih. Ladang ini adalah tempat yang sesuai bagi anda untuk berehat dan makan selepas mengunjungi tarikan pelancongan Kuala Selangor.

#Warung Ketupat Kampung Permatang
Warung ini adalah tempat sarapan yang menarik serta menyajikan hidangan tradisional Melayu yang lazat iaitu ketupat, kebiasaannya dimakan pada Hari Raya Aidilfitri. Hidangan ini sesuai dimakan dengan rendang, kuah lodeh atau kuah kacang. Disamping itu, mereka juga menyajikan hidangan popular tempatan yang disukai ramai, iaitu Sate! Warung ini akan mengingatkan anda kepada pagi Aidilfitri!

#Auntie Foo Cafe
Dengan menu kopitiam pork-free yang klasik seperti roti bakar kaya, sandwich telur dan kopi, Auntie Foo Café ialah satu lagi port sarapan yang menarik di daerah ini. Selain itu, kafe ini juga menjual pelbagai cenderamata dari Kuala Selangor, termasuk poskad.  Pelanggan juga boleh mendapatkan trip pelancongan peribadi yang tersedia di sekitar Kuala Selangor.

PENGINAPAN
Lengkapkan perjalanan dua hari anda di Kuala Selangor dengan pilihan penginapan unik dan sesuai dengan pelbagai bajet. Pilihan ini terletak di lokasi yang berhampiran dengan tarikan menarik yang disenaraikan di atas, bagi memastikan anda menemui tempat ideal untuk berehat dan bersantai semasa lawatan anda.
 
#Hotel Le Shore 
Dengan hanya 15-minit perjalanan ke Sky Mirror, Hotel Le Shore terletak di jeti memancing yang berusia seratus tahun di Sungai Selangor. Nikmati pemandangan matahari terbenam yang indah saat anda tidur di bilik-bilik hotel yang dihias moden. Tetamu juga dapat menjamu selera dengan makanan laut yang segar dan lazat di restoran hotel. Alami gaya hidup seperti di kampung di hotel Pasir Penambang ini.


PENUTUP
Jika anda merancang untuk pergi ke Kuala Selangor, pastikan anda masukkan tempat-tempat menarik ini dalam jadual pelancongan anda dan alami segala keindahan yang terdapat di daerah ini.
 Untuk lebih banyak inspirasi pelancongan dan lawatan ke negeri Selangor, layari laman web rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel, atau ikuti akaun media sosial rasmi Tourism Selangor; Instagram, Facebook, Twitter, TikTok, dan saluran YouTube Tourism Selangor. #PusingSelangorDulu!

Salam sayang,


Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag