Booking.com

Friday, February 15

KONVOKESYEN (ANAK-ANAK RATU HATIKU)

30 Oktober 2012
Assalamulaikum.
Konvokesyen nie dah beberapa bulan berlalu tapi baru sekarang nak di postkan kat sini..bukan apa?  sebenarnya gembira sangat hari ini sebab si kakak akan grad pada bulan Mei nie....Alhamdulillah...selepas 5 tahun...si adek bagaimana??  harap-harap dapat juga menyambung ke peringkat Ijazah....

Konvokesyen KPM nie berlangsung di PICC, Putrajaya


Saat Manis- menerima Diploma

3 Tahun menimba ilmu....bangga dgn kejayaan anak-anak.

Harap si adek akan menjejaki kejayaan kakak...........

Harapan agar anak-anak berpijak di bumi yang nyata..
Sebagai ibu-bapa,  mereka sanggup lakukan apa saja demi melihat kejayaan anak-anak. Tidak mengharapkan apa-apa balasan dari mereka..cukuplah mereka menjadi insan yang berguna...
Terima Kasih padamu...Ya Allah....






JALAN-JALAN DI TERENGGANU

Selepas bermalam selama 2 malam di Tasik kenyir...kami pun kembali ke Kuala Berang. Abang ipar membawa kami ke Pasar Payang untuk membeli belah dan ke Losong untuk membeli Keropok Leko.
Memang keropok leko losong sedap....


Hari cuti mmg ramai sungguh orang kat pasar payang...smpai nak jalan pun susah...
Di depan pasar payang pula telah di bina Waterfront yang cantik....ramai orang lepak-lepak dan jalan di sini..





Gambar-gambar di waterfront....

Setelah penat membeli belah di Pasar Payang,  teringin pulak nak makan Ikan celup tepung,  sotong celup tepung dan udang celup tepung.  Mari kita jalan-jalan dan makan-makan di Pantai Teluk Ketapang pula...memang ikan celup tepung dan semua yang celup tepung awesome kat sini.....







 Boleh main layang-layang dan main ATV kat sini..  Anak-anak tidak melepaskan peluang bermain ATV sepuas-puasnya. 

Ramai juga yang main Layang-layang kt pantai nie...

Terima kasih ya Allah kerana memberi kami peluang dan rezeki untuk mengecapi keindahan alam ini....................
Hingga berjumpa lagi...insyaallah....




PERCUTIAN DI TASIK KENYIR PART 2

Keesokkan harinya,  selepas bersarapan kami pun ke pengkalan untuk menaiki bot ke Air Terjun Saok.  Kami di kenakan bayaran bot  RM5.00 seorang.
Entah apa posing nie.... Menahan Signboard kut..



Dengan kawasan yang belum di cemari...sejuk sungguh airnya..


Nyaman dan menyegarkan...............




Ini dia pengkalan bot Air Terjun Saok

Selepas mandi manda selama 2 jam di air terjun Saok,  kami pun di jemput oleh bot untuk pulang semula di rumah Peranginan Persekutuan(RPP).  Sebelum sampai ke RPP,  singgah dulu di Taman Herba Tasik Kenyir. Macam-macam pokok ada kat sini.





Lanskap yang menarik




Catatan di buku pelawat sebelum minum air herba yang di sediakan

3 jenis air herba di sediakan untuk pelawat...Air Tongkat Ali,  Kacip Fatimah dan Mahkota Dewa.

Air herba ini di masak dengan belanga tanah... Rasanya ok ..tak lah pahit sangat...betul2 ori.
Rasa jangan tak rasa.

Sempat juga kami membeli pokok Mahkota Dewa untuk di bawa balik dan di tanam di rumah.  Harap-harap suburlah pokok ini kalau di tanam sendiri.Khasiat buahnya untuk menyembuhkan perbagai penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi.

 Petangnya pula balik kepada agenda asal...kononnya nak memancing wahai si hubby.... tapi mungkin orang yang minat memancing iaitu anak saudara ku(Acap alpacino) tak dapat datang kerana last minute tak dapat cuti,  jadi tak adalah kawan untuk memancing wahai si hubby,  maka si hubby pun meninggalkan pancingnya untuk bersama kami berkayak dan mengayuh bot kaki...







Dengan RM7.00 Satu bot...berkayak lah sampai lebam...janji simpan balik lepas guna....
Malamnya pula,  mulalah sibuk nak buat BBQ.  Tempat BBQ di sediakan tapi kami tak bawa arang pun...tapi tak jadi masalah..kutip kayu2 dan ranting2 yang memang banyak di sekeliling rumah dan mulalah membakar ayam.



BBQ kt tepi umah je...





Ada rezeki..insyaallah akan ke sana lagi...Terima kasih buat kakakku dan family yang sudi menemani percutian kali ini.



Thursday, February 14

PERCUTIAN DI TASIK KENYIR - KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI

Assalamulaikum
Kisah percutian kami sekeluarga pada cuti tahun baru cina kali ini adalah ke Terengganu. Disamping berjumpa kakak kesayangan yang menetap di Kuala Berang kami sekeluarga juga telah menempah Rumah Peranginan Persekutuan di Pulau Sah Besar Tasik Kenyir.

Perjalanan kami sekeluarga bermula pada pukul 11.30 mlm hari Khamis (7 Feb 2013) dari Kuala Lumpur  melalui Lebuhraya Pantai Timur - Lebuhraya Jerangau Jabour - Bandar Al-Muktafi Billah Shah - Kuala Berang(Leih kurang (415km).  Perjalanan yang sunyi di waktu malam dengan kenderaan yang masih belum bersesak-sesak (mungkin belum sesak sebab cuti bermula hari sabtu ),  perjalanan kami tidak memenatkan.

My hubby siap berhenti beberapa kali di sepanjang perjalanan... katanya buat apa kita kelam kabut..slow and steady..kita nak bercuti jadi tenangkan diri dan jangan kelam kabut.. betul jugak tu!!!

Subuhnya kamipun sampai ke Pekan Kuala Berang untuk menikmati sarapan pagi bersama kakak dan abang ipar yang sedia menunggu kami.



Inilah sungai di belakang rumah kakak di Kuala Berang. Boleh memancing kat sini



Selepas solat jumaat kami sekeluarga bersama kakak serta anak2nya (pada mulanya kakak tak nak ikut katanya suasana kenyir sama je dengan kampungnya - sunyi je) tapi akhirnya ikut jugak .....
Kami berkereta ke Pengkalan Gawi untuk menaiki bot ke Tasik Kenyir.


Pengkalan Gawi - tempat menaiki bot ke tasik Kenyir

Banyak bot-bot memancing yang sedia menunggu bagi yang ingin memancing sambil menginap di atas bot

Salah seorang pengusaha bot yang suruh promote bot dia...insyaallah akan syorkan...
Perjalanan menaiki bot ke Pulau Sah Besar, Tasik Kenyir hanya mengambil masa 30 minit. 








Anak2 dan anak2 buah yang ceria disepanjang perjalanan.....








Letih betul mendaki ke rumah penginapan kami
 



 
 
 Itulah kisah di Hari Pertama di Tasik kenyir.  Akan bercerita lagi tentang aktiviti-aktiviti yang kami lakukan di sana...




APA YANG MENARIK DI IPOH?

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua. Beberapa minggu yang lepas,  k mid di ajak oleh anak-anak untuk pergi jalan-jalan ke Ipoh ,  Perak...