Skip to main content

PERCUTIAN DI TASIK KENYIR PART 2

Keesokkan harinya,  selepas bersarapan kami pun ke pengkalan untuk menaiki bot ke Air Terjun Saok.  Kami di kenakan bayaran bot  RM5.00 seorang.
Entah apa posing nie.... Menahan Signboard kut..



Dengan kawasan yang belum di cemari...sejuk sungguh airnya..


Nyaman dan menyegarkan...............




Ini dia pengkalan bot Air Terjun Saok

Selepas mandi manda selama 2 jam di air terjun Saok,  kami pun di jemput oleh bot untuk pulang semula di rumah Peranginan Persekutuan(RPP).  Sebelum sampai ke RPP,  singgah dulu di Taman Herba Tasik Kenyir. Macam-macam pokok ada kat sini.





Lanskap yang menarik




Catatan di buku pelawat sebelum minum air herba yang di sediakan

3 jenis air herba di sediakan untuk pelawat...Air Tongkat Ali,  Kacip Fatimah dan Mahkota Dewa.

Air herba ini di masak dengan belanga tanah... Rasanya ok ..tak lah pahit sangat...betul2 ori.
Rasa jangan tak rasa.

Sempat juga kami membeli pokok Mahkota Dewa untuk di bawa balik dan di tanam di rumah.  Harap-harap suburlah pokok ini kalau di tanam sendiri.Khasiat buahnya untuk menyembuhkan perbagai penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi.

 Petangnya pula balik kepada agenda asal...kononnya nak memancing wahai si hubby.... tapi mungkin orang yang minat memancing iaitu anak saudara ku(Acap alpacino) tak dapat datang kerana last minute tak dapat cuti,  jadi tak adalah kawan untuk memancing wahai si hubby,  maka si hubby pun meninggalkan pancingnya untuk bersama kami berkayak dan mengayuh bot kaki...







Dengan RM7.00 Satu bot...berkayak lah sampai lebam...janji simpan balik lepas guna....
Malamnya pula,  mulalah sibuk nak buat BBQ.  Tempat BBQ di sediakan tapi kami tak bawa arang pun...tapi tak jadi masalah..kutip kayu2 dan ranting2 yang memang banyak di sekeliling rumah dan mulalah membakar ayam.



BBQ kt tepi umah je...





Ada rezeki..insyaallah akan ke sana lagi...Terima kasih buat kakakku dan family yang sudi menemani percutian kali ini.



Comments

Popular posts from this blog

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

SEMPENEH RIVERFRONT: SUASANA KAMPUNG YANG NYAMAN DITEPI SUNGAI

 Assalamulaikum dan salam sejahtera Hujung minggu yang lalu, k.mied ke Parit Buntar untuk menghadiri majlis pertunangan anak buah k.mied dan seperti biasa ketika pulang ke semula ke Kuala Lumpur memang akan jalan-jalan atau menjelajah tempat-tempat yang berhampiran, jalan-jalan cari makan gitew🥰 Kali ini k mied decide nak ke Daerah Batu Kurau , Taiping Perak .  Tempat yang dirancang nak pergi tue ialah Sempeneh Riverfront. Sempeneh Riverfront Chalet terletak lebih kurang 5km dari Pekan Batu Kurau . Merupakan chalet yang berkonsep kabin pertama di Batu Kurau. Berhampiran Gunung Sempeneh ,  sungai dan hutan sudah tentu menjanjikan penginapan yang nyaman dan dekat dengan alam semulajadi . Ketika k.mied tiba di Sempeneh Riverfront,  hujan turun dengan lebat sekali,  sungai berhampiran chalet yang tadinya tenang kini di melimpah dengan air dari bukit.  Bila air semakin deras kedengaran siren amaran di bunyikan untuk memberi amaran pada pengunjung supaya j...

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...