Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2022

PREVIEW FILEM : JUANG THE MOVIE

Assalamulaikum dan salam sejahtera  Pada 23hb Ogos 2022 , k.mied berpeluang  menghadiri tayangan perdana filem JUANG The Movie yang berlansung di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur   Filem JUANG the movie ini mengangkat kisah perih getir para pemain barisan hadapan atau frontliners termasuk polis, doktor, jururawat, tentera serta penghantar makanan dalam memastikan keselamatan rakyat Malaysia terjamin. JUANG dilahirkan dari isi hati dan perspektif lima sutradara prolifik negara iaitu Aziz M Osman, Datuk Yusry Abdul Halim,  Matt Lai, Kabur Bhatia serta Osman Ali. Memantapkan projek mega ini adalah barisan 500 karyawan seni yang tidak mahu melepaskan peluang memberikan dedikasi sekaligus peluang mencipta sejarah buat filem yang disifatkan untuk rakyat Malaysia ini. Juang Diiktiraf Malaysia Book Of Records , Cipta Rekod Karyawan Paling Ramai Terbabit dalam satu naskhah. Lebih membanggakan hasil seni ini mencipta rekod apabila diiktiraf Malaysia Book of Records(MBR) sebagai Most Movie C

GIANT MALAYSIA MELANCARKAN PROGRAM CSR"SUDAH MAKAN?" BAGI MEMBANTU RAKYAT MALAYSIA YANG MEMERLUKAN

 Assalamulaikum dan Salam sejahtera Giant Malaysia mengumumkan bahawa ia menyasarkan untuk menyediakan 500,000 sumbangan makanan dengan kerjasama The Lost Food Project(TLFP) menjelang akhir tahun depan.  Ini dijangka tercapai dengan pelancaran kempen " Have You Eaten ?" atau ' Sudah Makan ?', dimana peratusan daripada semua produk beras jenama Meadows yang dibeli akan disalurkan untuk membeli beras bagi golongan yang memerlukan Kempen yang dinamakan" Have You Eaten? "/ ' Sudah Makan ?'sebuah frasa yang sering digunakan di Asia bagi mengambarkan kebimbangan dan keprihatinan, adalah salah satu usaha tanjungjawab sosial korporat GCH Retail untuk mengurangkan bebanan rakyat yang memerlukan dan meningkatkan sumbangan kepada sekuriti makanan di Malaysia  Pada pelancaran kempen ini, Giant juga telah mengumumkan kerjasama baharunya dengan TLFP melalui pemberian lori penghantaran Giant, bersama dengan 4,000 kg makanan  keperluan atau anggaran bersamaan d

MUSEUM RAJA ALI HAJI : SEJARAH PERADABAN BATAM

 Assalamulaikum dan salam sejahtera Kunjungan ke Batam sempena Batam Mega Trip baru-baru ini, k.mied berpeluang melawat Museum Raja Ali Haji yang terletak di Dataran Engku Putri. Museum Raja Ali Haji  menjadi museum pertama yang terdapat di Batam dan di rasmikan pada 18hb Disember 2020 sempena dengan Hari Jadi Kota Batam yang ke 191 tahun. Museum ini menampilkan sejarah peradaban Batam mulai dari zaman kerajaan Riau,Lingga, Belanda, Temenggung Abdul Jamal, Zamsn Jepun,  Waktu Kemerdekaan Indonesia,  pemerintahan daerah Kepri,  Era kepimpinan BJ Habibie, Kota Pemerintahan ,  Khazanah Melayu sehingga Era Batam Sekarang. Museum ini di beri nama Raja Ali Haji yang merupakan Pahlawan Nasional Kepulauan Riau . Beliau merupakan ulamak,  sejarahwan dan Pujangga berketurunan Melayu Bugis. Raja Ali Haji Lahir di Selangor, Malaysia pada tahun 1808 dan meninggal dunia pada tahun 1873 di Pulau Penyengat, Kepulauan Riau. Ada beberapa koleksi menarik yang dipamerkan di Museum ini antaranya ialah

PROGRAM EXPLORACE MEMPROMOSIKAN PRODUK PELANCONGAN ‘EXPERIENTIAL’ DI DAERAH SABAK BERNAM

Assalamulaikum dan Salam sejahtera. SABAK BERNAM – Kerajaan Negeri Selangor menerusi Agensi Promosi Pelancongan Rasmi, Tourism Selangor dan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) telah menganjurkan program Explorace Sabak Bernam 2022 pada 13 Ogos yang lalu di Homestay Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam . Lebih 100 orang peserta telah menyertai program ini dan penganjuran acara ini merupakan program kesinambungan dari Program Karnival Pelancongan Sabak Bernam yang telah berjaya dianjurkan oleh pihak Majlis Daerah Sabak Bernam pada tahun 2016 hingga 2018. Hasil dari kejayaan penganjuran Karnival Pelancongan Sabak Bernam yang lalu, pihak MDSB dengan Kerjasama Tourism Selangor merancang untuk menganjurkan penganjuran acara Explorace Sabak Bernam bagi menggalakkan sektor pelancongan di daerah Sabak Bernam. Acara ini merupakan acara pertandingan penjelajahan berkereta secara berkumpulan di mana peserta perlu mencari lokasi – lokasi yang telah ditetapkan berpandukan maklumat – maklumat yang dip