Skip to main content

FAVE HOTEL NAGOYA BATAM : HOTEL YANG SELESA UNTUK MENGINAP KETIKA BERADA DI BATAM

 Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Pada tarikh 13 Julai 2022, Fave Hotel telah mengadakan Soft Launching Ceremony untuk hotel mereka yang pertama di Batam iaitu Fave Hotel Nagoya Batam.
Hotel ini terletak di Komplek Nagoya Thamrin City, Tower A, Lubuk Baja, Batam.

Majlis perasmian dilakukan oleh General Manager Fave/Aston Hotel ,Director Batam Tourism Board dan Vice Presiden Archipelago



Perasmian di serikan dengan persembahan tarian Sekapur Sirih





Persembahan Silat jugak turun dipersembahkan

Dengan perasmian tersebut,  Para Media serta blogger dari Malaysia dan Singapura yang mengikuti Mega Famtrip Batam telah berpeluang menginap 2 malam di Hotel ini.


Lokasinya yang strategik iaitu di kawasan perniagaan dan hiburan utama di Nagoya serta memiliki 117 bilik yang luas dan moden dilihat mampu menjadi hotel pilihan bagi pengunjung-pengunjung yang datang ke Batam.


K.mied yang turut serta mengikuti Program Mega Famtrip Batam turut berpeluang menginap selama 2 malam di Fave Hotel ini.

Terdapat 2 jenis bilik penginapan yang di tawarkan iaitu jenis FaveRoom dan jenis Fabroom.





FaveRoom mempunyai katil Queen atau Katil Double yang selesa dengan mempunyai balkoni yang berpandangan mengadap kota.
Dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti  wi-fi, Tv android dgn 40 saluran, peti keselsmatan, set kopi dan teh serta bilik mandi yang dilengkapi water heater.
Manakala,  Fabroom pula memiliki bilik yang lebih luas dengan mempunyai ruang makan, kemudahan untuk memasak serta memiliki peti sejuk.





Selesai upacara perasmian,  pihak fave hotel telah menyediakan jamuan di lobi Hotel.


Makanan yang disediakan enak-enak belaka



Enak banget nie...seharian di jalanan kemudian di sajikan makanan yang sedap-sedap
Petangnya pula,  sempat mengunjungi Fiesta Batam Streetfood yang di adakan di kawasan berhampiran hotel.










Kami semua dapat merasa pelbagai menu makanan Batam yang menarik dan enak seperti Bakso, telur gulung, pentol dan lain-lain lagi.

Program seperti ini jika selalu di adakan pastinya dapat menarik semula kedatangan pelawat ke Batam setelah sekian lama industri pelancongan lumpuh akibat pandemik.

Untuk maklumat lanjut  mengenai Fave Hotel Nagoya Batam boleh layari :




Email : batamnagoyainfo@favehotels.com


Salam sayang,




Comments

Popular posts from this blog

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

SEMPENEH RIVERFRONT: SUASANA KAMPUNG YANG NYAMAN DITEPI SUNGAI

 Assalamulaikum dan salam sejahtera Hujung minggu yang lalu, k.mied ke Parit Buntar untuk menghadiri majlis pertunangan anak buah k.mied dan seperti biasa ketika pulang ke semula ke Kuala Lumpur memang akan jalan-jalan atau menjelajah tempat-tempat yang berhampiran, jalan-jalan cari makan gitew🥰 Kali ini k mied decide nak ke Daerah Batu Kurau , Taiping Perak .  Tempat yang dirancang nak pergi tue ialah Sempeneh Riverfront. Sempeneh Riverfront Chalet terletak lebih kurang 5km dari Pekan Batu Kurau . Merupakan chalet yang berkonsep kabin pertama di Batu Kurau. Berhampiran Gunung Sempeneh ,  sungai dan hutan sudah tentu menjanjikan penginapan yang nyaman dan dekat dengan alam semulajadi . Ketika k.mied tiba di Sempeneh Riverfront,  hujan turun dengan lebat sekali,  sungai berhampiran chalet yang tadinya tenang kini di melimpah dengan air dari bukit.  Bila air semakin deras kedengaran siren amaran di bunyikan untuk memberi amaran pada pengunjung supaya j...