Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2013

KENANGAN PERCUTIAN 2013

 Assalamulaikum semua...... Tahun 2013 bakal meninggalkan kita dan tahun baru 2014 akan membuka tirainya esok. Masing-masing sudah melalui suka duka sepanjang tahun 2013.  Mengenai percutian pula, tentu sudah ada yang sudah mempunyai rancangan percutian untuk tahun 2014 kan???? Sebagai seorang yang suka melihat tempat orang dan suka makan......ada beberapa tempat yang dapat di kunjungi pada tahun 2013 (alhamdulillah)... Tapi mungkin 2014 terpaksa memperlahankan agenda bercuti kerana perlu mengikuti Kursus Jangka pendek yang mungkin mengambil masa sehingga 6 bulan. Antara tempat2 di luar Malaysia yang dapat di terjah  pada 2013 ialah  :- 1.  BALI 2.  LOMBOK 3.  HATYAI 4.  HO CHI MINH Tidak lupa jugak Cuti-cuti Malaysia 1. TASIK KENYIR 2. PANTAI MORIB Di kesempatan ini,  k mid ingin mengucapkan terimakasih pada keluarga dan kawan-kawan yang menemani setiap percutian.  Pada kawan-kawan harap2 tak serik untuk mengajak k.mid lagi....ya Untuk T

Makan-makan di Ayob Cafe. Kota Damansara

Assalamualaikum semua...... 28 Dis 2013 (Sabtu) Ingin kelainan hari nie...so decide nak dinner di sebuah Cafe di Seksyen 7 Kota Damansara iaitu Ayob Cafe.  Ayob cafe nie terletak di korner lot rumah 2 tingkat  iaitu di No. 52,  Jalan Nuri 7/22,  Seksyen 7,  Kota Damansara. Suka koleksi-koleksi old skool tuan rumah..........unik Sajian western tapi suasana ala2 kampung..... Roti n butter disajikan sebelum menu utama.......... Chicken Chop RM12.00 Kami duduk bersila aje  macam kat rumah Dengan decoration yang unik dan harga yang berpatutan....k.mid semestilah akan berkunjung lagi jika ingin makan makanan  Western. With Love

MAKAN-MAKAN DI RESTORAN ASIAN CIBO, KELANA JAYA

Assalamulaikum... Nie kiranya entry dah basi...entah kenapa tetiba nak buat review pasal restoran nie mungkin teringin nak makan masakan Chinese Muslim kot....pasal rasanya lama dah tak makan masakan Chinese Muslim. Asalnya beli voucher kat Groupon untuk 4 orang makan dengan harga RM39.90 kalau tak silap lah.. jadi dah simpan voucher nie agak lama takut expired pulak date dia..kan dah rugi ...jadi kebetulan nak jumpa kawan-kawan tuk gi trip ke bali/lombok aritue...so decide nak belanja dorang lah............ Makan-makan sambil  plan-plan pasal trip................ Pemandangan depan Restoran Asian Cibo Kelana Jaya Nie antara menu2 yang sudah termasuk dalam package Groupon...Kailan masak bersama seaweet,  Udang sambal petai, Tauhu (semuanya sedap) . Ikan siakap masak masam manis nie kena order asing ,  tak masuk dalam package Groupon...harga dalam RM35.00. Minuman pun tak termasuk . Harga tambahan yang kena bayar lebih kurang RM80.00. Bila di tambah dengan p

Dinner Di Tropicana Golf & Country Club, Petaling Jaya

Assalamulaikum Tarikh : 11 Disember 2013 Hari nie nak cerita sikit pasal Company dinner di Tropicana Golf & Country Club di Petaling Jaya. . Biasanya sebelum bos2 besar pulang menyambut Chistmas,  company akan buat dinner untuk staff,  kali ini Tropicana Golf And Country Club di pilih sebagai lokasi. Map dia ( boleh cari dgn pakcik google) Pintu gerbang ke Tropicana Golf & Country Club (Sumber pakcik google) Kita tengok menu dia.... Nie dessert...kueh2 melayu...sedapnye Menu barat... Puas hati...sebab menepati citarasaku.. Dengan RM60 per person.... so sesiapa nak buat dinner boleh tempah ....Kalau Buffet Ramadan ada lebih 100 jenis makanan... Keseluruhan menu dan makanan kat sini tidak menghampakan. Kalau ada budget lebih,  majlis birthday party pun boleh buat kat sini...hehehe.... Bye..Bye..... With Love

Percutian Keluarga ke Ho Chi Minh (Part 4)

Assalamualaikum semua... 15/12/2013 Hari ke 4 Hari ke 4,  masih lagi di Ho Chi Minh City....pagi nie decide nak pergi melawat tempat-tempat menarik yang berhampiran dan yang penting tak payah naik beca ke...naik taxi ke...kami nak jalan kaki je...janji tak jauh sangat...setakat 2 km kira masih larat lagi...lagi pun selepas sarapan masih ada masa lagi sebelum check-out hotel pada pukul 12.00 tengahari.... Dengan berpandukan map yang diambil di hotel penginapan serta bertanya orang di jalanan...sampai juga di Saigon Notre Dame Basilica dengan berjalan kaki sejauh 2km Abadi gambar kenangan bersama Mr Hubby di sini Seperti biasa..my picture Kebetulan hari ini adalah hari Ahad, maka banyaklah couple2 yang kawen membuat sessi photograpy mereka di sini.. Disebelah tepi Notre Dame Catheral nie adalah Bangunan Pejabat Pos lama...sungguh antik Depan bangunan Pejabat Pos Di dalam bangunan pejabat pos...ada jual souvenir Masih berfungsi untuk urusan

Mencari Parking Murah di LCCT

Assalamulaikum.. Bila nak bercuti dan terpaksa ke LCCT, pengangkutan atau tempat letak kenderaan akan menjadi masalah.  Sebenarnya bukan menjadi masalah untuk naik pengangkutan awam ke LCCT sebab memang banyak pun bas yang ada di KL Central tapi bila di kira-kira harga untuk kami sekeluarga bayar untuk naik train dan bas atau taxi ke LCCT lebih kurang sama je dengan meletak kenderaan di LCCT lebih baik kami letak je kenderaan kami kat situ....tak payah usung beg yang berat-berat naik bas... betul tak???? OK..kat sini k mid  nak bagi tahu mungkin ada yang tak tahu kat mana ada parking yang murah di LCCT iaitu RM16 sehari .  Jadi klu nak letak 3 atau 4 hari kira ok lah...baru RM64.00 Dekat dengan Tune Hotel dan Cafeteria LCCT     Di Zone D,  jalan nak keluar balik selepas Pos Malaysia Ada security yang jaga kawasan ini so jangan bimbang Dari pengalaman sebelum nie,  kak mid pernah letak kereta di depan parking LCCT selama 3 hari ,  parking tue serupa juga dengan park

Percutian Keluarga di Ho Chi Minh (Part 3)

Hari ke 3  - 14/12/1013 Assalamulaikum..... Sambung lagi percutian nie untuk hari ke 3.  Kali nie kami mengikuti tour ke Chu Chi Tunnel ( 1/2 day tour dari pukul 8.00 pagi hingga 2.00 petang). Cu Chi Tunnels  merupakan sebuah jaringan besar yang menghubungkan terowongan bawah tanah yang terletak sekitar 40 km arah barat laut dari Kota Ho Chi Minh (Saigon) . Terowongan yang digunakan oleh gerila Viet Cong  ini menjadi tempat bersembunyi selama Perang Vietnam, dan merupakan basis operasi untuk Serangan Tet pada tahun 1968. (sumber pakcik google) Perjalanan ke Chu chi Tunnel mengambil masa 1 jam 30 minit. Tak jauh sangat tapi biasalah jalan biasa terpaksa menempuhi traffic light dan bukan jalan highway menyebabkan masa perjalanan agak panjang. Boleh lihat sawah padi dalam perjalanan ke Chu Chi Tunnel Laluan masuk ke Kawasan Chu Chi Tunnel Signboard di depan tunnel Entrance masuk tak termasuk dalam package,  jadi kena bayar 90,000 dong seorang (RM15.