Skip to main content

Percutian Keluarga di Ho Chi Minh (Saigon)

Assalamulaikum.............
Alhamdulillah,  syukur ke hadrat allah S.W.T......Selamat pergi dan kembali ke Malaysia..Tanah Tumpahnya Darah ku... Dah beberapa hari tak jengok blog kerana bawa family gi bercuti ke Ho Chi Min @ Saigon.
Dalam penulisan kali ini dan seterusnya  akan biasakan diri mengantikan kata nama 'AKU' kepada "KAK MID" bukan apa rata-rata lihat follower dan pembaca macam adik-adik je.. jadi rasa lebih manis  dan sopan,  jadi eloklah biasakan diri ini akak...
 OK.OK..Let 's cerita about Ho Chi Minh................

Ho Chi Min sudah menjadi sangat terkenal buat orang Malaysia...kemana je jejalan kat Ho Chi Min terutamanya Ben Than Market korang leh jumpa orang Malaysia kat mana-mana sahaja,...banyak sungguh duit orang Malaysia nie terutamanya orang melayu....hahaha...shopping je...termasuk lah kak mid yang konon-kononnya memang bukan kaki shopping tapi sudah tergoda jugak....

Ok..kat sini kak mid nak cerita pengalaman dan mungkin juga tip-tip yang boleh di kongsi kan kepada sesiapa yang belum menjejak kaki ke Ho Chi Minh nie.  Kak mid akan ceritakan sekali kos-kos yang terlibat almaklumlah kak mid sekeluarga tak pergi package...kami pergi sendiri je...REDAH JE......

Hari Pertama (12/12/2013)

Bertolak dari rumah pukul 8.30 pagi ke LCCT.... selalunya kami naik train ke KL Central tapi kali nie kami cuba parking di LCCT ...sebab dah tahu dah kat mana parking murah sikit..jadi tak payah kelam-kabut angkat beg berat-berat naik bas ke LCCT. (nanti kak mid bagitau kat mana parking murah tu di next entri)

Lebih kurang kul 10.00 pagi dah boleh lepak, minum2, makan2 di Cafetaria LCCT.......sambil menunggu penerbangan kami pada pukul 12.00 tengahari dan di jangka tiba di Ho Chi Minh pukul 12.55 tengahari waktu Vietnam iaitu lewat sejam waktu Malaysia (penerbangan mengambil masa lebih kurang 2 jam).

Total makan kt airport RM20.00


Sempat gak snap pemandangan dari udara
Pemandangan dari udara HO CHI MINH CITY


Sampai di Lapangan Terbang  Tan Son Nhat, HCM  ,  sangat senang kebanyakan kaunter buka..jadi sangat smooth tak menyusahkan langsung....... turun je kat escalator pergi ke sebelah kanan.......akan nampak ada bas-bas yang tunggu .  Bas tu bernombor 152.........naik bas tu bagi yang nak naik bas..klu nak naik teksi gi sebelah kiri cari taxi Vinasun ..iaitu teksi bermeter...biasanya tambang dalam 150,000 - 180,000 Dong (RM25.00 - RM30.00).

Total bayar bas pergi Ben Than Market 50,000 Dong (patutnya 25,000 Dong tapi sebab tak ada tukar bagi je 50,00 dong... sedekah je lah)
RM8.50


Nampakkan tue dia bas 152....turun je escalator terus ke kanan ....


Lagi satu tukar duet kecik siap-siap sebab bas diorang tak da duet tukar....nie terjadi kat kak mid tapi tak apalah kira sedekah...........halalkan aje...
Sebenarnya kak mid pun tak berapa pasti sebenarnya berapa harga tambang bas dari Airport ke Ben Than Market sebelum nie..sebab kak mid baca blog ada yang cakap seringgit lebihlah...ada yang cakap 0.60 sen lah.... sebenarnyanya 5,000 dong seorang kira-kira (0.85 sen duet Malaysia) tapi bila balik kena bayar lebih...bukan 5,000 dong lagi....tapi akan di tetapkan oleh driver bas ikut berapa banyak bag yang korang bawak........macam kak mid kena 12,000 dong seorang (RM2.00). Masa balik kak mid  sebenarnya dah kehabisan duet Dong jadi kak mid bayar je pakai RM. Kak mid letak je RM10.00 untuk 5 orang....ada driver bus yang tak nak terima RM tapi driver kita orang memang ok...dia nak je bertolak ansur....

lagi satu tip kak mid nak kasi sebelum lupa....turun je escalator kat airport tue cari je money changer changer...untuk tukar duet kecik sebab kat Malaysia nie memang money changer tak ada duet kecik Dong...merata-rata money changer kak mid tanya tak da tukar ...last2 depa suruh tukar kt Air port Tan Son Nhat.

Jarak dari Airport ke Ben Than Market  hanya dalam 10km. Korang nampak je patung kuda seperti gambar kat bawah nie korang turunlah.



Nampak patung nie kiranya korang dah sampai Ben Than Market

Nie gambar waktu malam

Ini pintu bahagian tepi


Nie pintu depan


Nie dia hotel kami...asalnyanye booking Saigon Pink 2 depan kedai Hajah Basiroh...tapi bila kami sampai kata hotel nie penuh jadi transfer kami hotel kat belakang sikit..tak lah jauh sangat tapi nama hotel nie macam mencarut je.... MIFUKI INN........ Hotel nie ok juga...bersih dan selesa ....k.mid memang tempah 2 bilik..........satu kak mid dengan hubby lah...satu lagi tuk anak2 kak mid....

Booking melalui Booking.com - USD 168 (RM537.60)


Nie dia hotel kami...nama tak boleh blah.....




OK lah hotel dia

Lepas check -in hotel, kami pun merayau-rayau kat Ben Than Market ....kami survey dulu harga dia bukan nak beli lagi..kan nak lepak lagi 3 hari kat sini...huhuhu......
 Sebelum tue kami tempah dulu Mekong Trip dan Chu Chi Tunnel kat bawah hotel kami.. tengok harga dia macam ok je..


Ada macam-macam package..korang pilihlah sendiri

 Mekong River Trip  1 day tour = USD 24 X 5 = 120 (RM360.00)
 Chu Chi Tunnel   half day tour    = USD 9 X 5   = 40 (RM 120.00)

 Package dia sekali dengan lunch tapi lunch dia korang faham2lah...memang tak halal pun...jadi bawalah roti ke kek ke sebagai bekalan..



Ini Kedai Hajah Basiroh....nie lah kedai yang paling murah antara semua kedai halal yang ada..tapi sangat sempit dgn jenis lauk yang terhad



Hari pertama pekena air je kat kedai Hjh Basiroh (110,000 dong - RM18.70)
Lebih kurang pukul 8.00 mlm  kami pun ke Night Market. Jalan kaki je....depan Ben Than market je... kami nak survey jugak harga barangan kat sana.


pasar malam sini dah macam pasar malam kat Malaysia je...penuh dengan orang malaysia


Kak mid rasa harga kat pasar malam lagi murah dari Ben Than Market..
Dah penat jalan2...lepak jap

Lepas tue jumpa pulak Penjual Kopi Halal nie.....apa lagi try lah... betul ramai orang cakap kopi dia memang sedap........wallah.



Harga dia RM3.00 ..Kalau Dong 20,000

Penjual kopi ada dua jenis...yang kami rasa penjual yang berbaju Oren...ada satu lagi berbaju merah..kami tak confident rasa yang berbaju merah jadi kami tak cubalah........

Dah pusing-pusing pasar malam...beli sikit-sikit...balik ke hotel..Itu aje aktiviti hari pertama.

Tip untuk melintas jalan kat Ho Chi Mihn  : Pejam je mata lepas tue terus je jalan.. : ini kata tourist guide kamilah)....sebenarnya melintas jalan kat Ho Chi Minh nie memang memcabar tapi kena beranilah gerenti tak ada apa-apa...kita jalan je...diorang yang akan mengelak kita...... klu ada security yang pakai seragam hijau tue boleh minta tolong lintaskan.....insyaallah selamat








With Love

Comments

  1. Salam..
    Boleh hubungi Abdolloh, seorang tourist guide muslim berbangsa Melayu Champa dan fasih berbahasa Melayu utk sebarang pertanyaan mengenai pakej atau sbrg lawatan di Ho Chi Minh (Mekong, Chu Chi Tunnels, tmpt2 shopping, tmpt2 menarik di hcm dll). Dijamin berpuas hati..

    No Hp / Whatsapp: +841269930648
    Fb: Loh Aeda
    Email: abdollohvet@gmail.com
    Tq..

    ReplyDelete
  2. weeee...bestnyerr tgok...xsabar nak g minggu depan..doakan semoga dipermudahkan..:-)

    Perlukan Perkhidmatan Kereta Sewa? Jom Singgah...
    http://keretasewarawangselayang.blogspot.my

    ReplyDelete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag