Skip to main content

Cara-cara menghilangkan tumit kaki yang merekah

Assalamualaikum

Hari nie nak ceritakan pasal tumit kaki.  Ramai wanita yang menghadapi masalah nie dan aku tak terkecuali.  Bagi aku,  faktor penyebabnya adalah kerana faktor usia yang dah meningkat so kulit hilang kelembapannya...sebab aku cakap macam nie sebab waktu aku belum sampai usia 4 siries...ok je tumit kaki aku......mungkin juga ada faktor lain bagi sesetengah orang ye...

Malu sungguh kalau orang tengok tumit kaki yang macam nie. Macam-macam kerim telah di sapu namun masalah nie tak berkesudahan. Jadi aku terpaksa membuat experiment terhadap tumit kaki aku yang dah semakin kritikal dan hodoh nie.....



Tengoklah kakiku nie....hodohnya.......

Jadi kat sini aku cuba mengamalkan cara-cara yang boleh mengurang serta menghilangkan masalah nie.  Mungkin sesiapa yang ada masalah nie bolehlah ikut mencubanya.
  • Bagi sesiapa yang ada simen yang kasar bolehlah tenyeh tumit kat permukaan simen tersebut setiap kali mandi ( nie biasalah duduk kat kampung bolelah).
  • Guna air suam dan garam.  Rendam kaki ke dalam air suam yang telah di bubuh garam...kemudian ambil alat-alat untuk mengodok tumit seperti di bawah ini..lalu di gosok-gosok hingga tertanggal semua kulit mati tersebut.

Ada macam2 rupa alat yang boleh digosok kat tumit kita tue

  • Selepas di gosok keringkan kaki dan diletakan lotion Vaseline yang origional.  Lakukan 2 kali seminggu insyaallah ia beransur pulih secara perlahan-lahan.
  • Lagi satu cara ialah dari getah betik muda. Ambil getah dia dan sapukan di tumit.  Insyaalah kalau rajin.

Nie bukan kaki ku lah.....kaki aku baru beransur2 hilang merekah belum pulih sepenuhnya

Anyway,  harap petua nie dapat memberi sedikit  inspirasi kerana aku telah memcubanya... Kalau rajin dan selalu buat memang berkesanlah..


Bye!

With Love,

Miedajaz














Comments

  1. makan cellmax memang boleh hilang. Minat boleh whatsapp saya 0192629939

    ReplyDelete
  2. Salam..adaa nye tumit merekah lama sgt2 x elok2..bertahun gaklah..sudahnye adaa minum vivix ..sebotol dua terus elok..memang best..tips2 ni pon berguna juga..mcm best..leh try nnt..thumbs up!!

    Www.adaa-inspiration.com

    ReplyDelete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

SEMPENEH RIVERFRONT: SUASANA KAMPUNG YANG NYAMAN DITEPI SUNGAI

 Assalamulaikum dan salam sejahtera Hujung minggu yang lalu, k.mied ke Parit Buntar untuk menghadiri majlis pertunangan anak buah k.mied dan seperti biasa ketika pulang ke semula ke Kuala Lumpur memang akan jalan-jalan atau menjelajah tempat-tempat yang berhampiran, jalan-jalan cari makan gitew🥰 Kali ini k mied decide nak ke Daerah Batu Kurau , Taiping Perak .  Tempat yang dirancang nak pergi tue ialah Sempeneh Riverfront. Sempeneh Riverfront Chalet terletak lebih kurang 5km dari Pekan Batu Kurau . Merupakan chalet yang berkonsep kabin pertama di Batu Kurau. Berhampiran Gunung Sempeneh ,  sungai dan hutan sudah tentu menjanjikan penginapan yang nyaman dan dekat dengan alam semulajadi . Ketika k.mied tiba di Sempeneh Riverfront,  hujan turun dengan lebat sekali,  sungai berhampiran chalet yang tadinya tenang kini di melimpah dengan air dari bukit.  Bila air semakin deras kedengaran siren amaran di bunyikan untuk memberi amaran pada pengunjung supaya j...