Skip to main content

Mencari Parking Murah di LCCT

Assalamulaikum..

Bila nak bercuti dan terpaksa ke LCCT, pengangkutan atau tempat letak kenderaan akan menjadi masalah.  Sebenarnya bukan menjadi masalah untuk naik pengangkutan awam ke LCCT sebab memang banyak pun bas yang ada di KL Central tapi bila di kira-kira harga untuk kami sekeluarga bayar untuk naik train dan bas atau taxi ke LCCT lebih kurang sama je dengan meletak kenderaan di LCCT lebih baik kami letak je kenderaan kami kat situ....tak payah usung beg yang berat-berat naik bas... betul tak????

OK..kat sini k mid  nak bagi tahu mungkin ada yang tak tahu kat mana ada parking yang murah di LCCT iaitu RM16 sehari.  Jadi klu nak letak 3 atau 4 hari kira ok lah...baru RM64.00

Dekat dengan Tune Hotel dan Cafeteria LCCT
   
Di Zone D,  jalan nak keluar balik selepas Pos Malaysia

Ada security yang jaga kawasan ini so jangan bimbang
Dari pengalaman sebelum nie,  kak mid pernah letak kereta di depan parking LCCT selama 3 hari ,  parking tue serupa juga dengan parking zone D sebab bukan ada bumbung pun.. k mid kena bayar RM100 +++ -  lebih kurang RM30.00 sehari...Bila dapat RM16.00 sehari lagi OK kan...

Rasanya pada yang tak tahu mungkin info ini boleh menolong...

Bye !  Bye!



With Love

Comments

  1. Salam..nk tnya sket..awl pagi dlm pkul 5am parking ni dh buka x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Parking nie di buka 24 jam dek..guna mesin otomatik

      Delete
  2. K.Mid, nak tanya, parking sehari RM16 tu pon pakai mesin automatic gak?

    ReplyDelete
  3. Tgah crk park jgk ni.tq.

    ReplyDelete
  4. wah info yg menarik nie..br pening kpaler pk nk park mn. Nsb baik info nie membantu sesangat..perjlnn dr parking tu ke lcct brp minit...??

    ReplyDelete
  5. good info... memang tgh pikir nak cari parking kat lcct ni....

    ReplyDelete
  6. good info..tercarix2 kat mana nk parking keta kt LCCT coz 27/2 nie nk fly ...hopefully safety kt sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari pengalaman safe aje...insyaallah...sebab ada guard yang jaga dan ramai jugak yang parking kat sini

      Delete
  7. puas pk nak parking mana, akhirnya jumpa gak citer pasal parking kat lcct nie. sok seawal jam 5 pagi dah kena check in.

    ReplyDelete
  8. Salam akak nak tanya sikit la.. parking kt sini banyak kan..takut full je nnt.. payah plak nak cr parking murh

    ReplyDelete
  9. Salam akak nak tanya sikit la.. parking kt sini banyak kan..takut full je nnt.. payah plak nak cr parking murh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dek, parking sini banyak tapi kena jalan jauh cikit...tapi bagi akak ok je

      Delete
  10. Kalau dr parking nie...berapa lama berjalan ke lcct...

    ReplyDelete
    Replies
    1. En Roskomizan, dekat aje...just drive depan sikit dari cafetaria..jalan kaki mungkin 10 minit kot...

      Delete
  11. yup bbaloi parking kt sini..jalan sikit je..nnt nak naik flight pun pusing 1 LCCT gak..huhu..xjauh mana..sampai je drop family n beg departure area n then si drver je bjalan..guard pun slalu ronda

    ReplyDelete
  12. salam sis area mane parking neh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas pos malaysia tue...dekat corner...jauhlah sikit nak jalan..

      Delete
  13. askum kak nk tnye masih ade ke parking takot nnt da xde huhuhu xpenah lg parking sane

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada je dek..akak baru parking hari ahad lepas..just come back from Redang

      Delete
  14. Assalamualaikum kak..dr tmpt parking ni nk ke KLIA2 jauh x?brape mnit prjlnan? Then ade taxi tggu x dr cni utk ke KLIA2 tu?

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum kak..dr tmpt parking ni nk ke KLIA2 jauh x?brape mnit prjlnan? Then ade taxi tggu x dr cni utk ke KLIA2 tu?

    ReplyDelete
  16. Dek, nie parking LCCT, klia 2 dekat Klia je...so Lcct dah pindah ke Klia 2 jadi dah x relevan parking nie...jadi adek kena cari parking murah kt klia2...

    ReplyDelete
  17. Dek, nie parking LCCT, klia 2 dekat Klia je...so Lcct dah pindah ke Klia 2 jadi dah x relevan parking nie...jadi adek kena cari parking murah kt klia2...

    ReplyDelete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag