Assalamulaikum dan salam sejahtera semua. Memiliki "Rumah" sendiri adalah idaman setiap orang di mukabumi ini.. betul tak?? Tak kiralah rumah yang macamana jenisnya yang penting rumah tempat kita berlindung dari hujan dan panas. Rumah atau kediaman termasuk dalam keperluan asas manusia selain makanan , air dan udara. Dah kenapa....k mid skema pulak citer pasal rumah???? 😂😂 Pasal Kak mid nak storylah sikit pada siapa-siapa yang berhasrat nak beli rumah tentang rumah mampu milik di Sitiawan, Perak . Baru- baru ini k mid telah mengikuti Media Trip ke Manjung dan berpeluang melihat sendiri perkembangan pembangunan projek Perumahan Bandar Baru Setia Awan Perdana (BBSAP) di sana. Projek perumahan Bandar Baru Setia Awan Perdana(BBSAP) ini adalah projek di bawah syarikat pemaju iaitu Taraf Nusantara Sdn Bhd iaitu syarikat pemaju perumahan di Perak yang mengkhususkan dalam pembinaan rumah mampu milik . Mengenai Taraf Nusantara Sdn Bhd Merupakan satu-sa...