Skip to main content

ISLAMIC DISTINGUISHED ENTERPRISED AWARD(IDEA) 2025 : ANUGERAH TERTINGGI USAHAWAN ISLAM


Assalamulaikum dan Salam sejahtera. 
Anugerah yang dinanti-nantikan kembali untuk mengangkat martabat usahawan Islam di persada antarabangsa. 
Edisi ke-2 Islamic Distinguished Enterprise Award (IDEA) 2025 yang berlangsung di Le Meridien Hotel, Putrajaya yang dianjurkan oleh KNKV Group dan diiktiraf secara rasmi oleh
Dewan Perniagaan Muslim Insiders, dengan sokongan padu daripada CTOS Data System Berhad selaku rakan semakan, 
Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sebagai rakan strategik akademik, firma guaman Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak (HWAM) sebagai rakan guaman rasmi, serta Yayasan Mihrab sebagai rakan kebajikan. 

Majlis ini menghimpunkan tokoh industri dari dalam dan luar negara termasuk penerima anugerah
antarabangsa antaranya seperti Muslim Pro (Singapura), Human Appeal (Australia), dan ZTE (China)
menjadikan anugerah ini medan pengiktirafan dunia kepada syarikat yang menggabungkan prinsip
perniagaan moden dengan etika Islam.
Presiden Dewan Perniagaan Muslim Insiders, Professor (Adj) Hj Adam Richman

Presiden Dewan Perniagaan Muslim Insiders, Professor (Adj) Hj Adam Richman berkata, penganjuran kali ini bukan semata-mata untuk meraikan kejayaan syarikat tetapi untuk
menginspirasikan lebih banyak perniagaan agar berani mengamalkan prinsip Syariah dalam operasi
harian mereka.
 
"Contohnya, penggunaan CTOS dalam proses penjurian adalah selari dengan konsep
tabayyun yang disebut dalam Surah Al-Hujurat, ayat 6, satu langkah kecil yang membawa
impak besar kepada pembentukan ekonomi ummah yang berintegriti," katanya.
Antara tertamu kehormat yang hadir serta memberi ucapan Datuk Seri Dr. Zurainah Binti Musa-Chairman of KNKY Group

Anugerah ini turut diserikan dengan kehadiran Yang Amat Mulia Tunku Laksamana Negeri
Sembilan Tunku Dato' Seri Utama Naquiyuddin ibni Almarhum Tuanku Ja'afar bersama tetamu
kehormat dari pelbagai latar belakang menjadikan acara ini bukan hanya berprestij, tetapi juga
menyatukan jaringan keusahawanan Islamik yang berpengaruh di peringkat serantau.

Dengan pendekatan menyeluruh yang menekankan ketelusan, tanggungjawab sosial dan nilai Islam
sebagai tunjang utama, IDEA Award 2025 bukan sekadar satu malam anugerah, tetapi satu gerakan
kebangkitan ekonomi ummah.


AL-Kauthar Eduqids- Menerima Anugerah Crown of Commerce Brand Award

GB Gold - Menerima Anugerah Crown of Commerce Brand Award

Keedsflix International - Menerima Anugerah Distinguished Consumer Confidence Award



Untuk maklumat lanjut, layari: LAMAN WEB | https://ideaaward.com.my/



Comments

Popular posts from this blog

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

SEMPENEH RIVERFRONT: SUASANA KAMPUNG YANG NYAMAN DITEPI SUNGAI

 Assalamulaikum dan salam sejahtera Hujung minggu yang lalu, k.mied ke Parit Buntar untuk menghadiri majlis pertunangan anak buah k.mied dan seperti biasa ketika pulang ke semula ke Kuala Lumpur memang akan jalan-jalan atau menjelajah tempat-tempat yang berhampiran, jalan-jalan cari makan gitew🥰 Kali ini k mied decide nak ke Daerah Batu Kurau , Taiping Perak .  Tempat yang dirancang nak pergi tue ialah Sempeneh Riverfront. Sempeneh Riverfront Chalet terletak lebih kurang 5km dari Pekan Batu Kurau . Merupakan chalet yang berkonsep kabin pertama di Batu Kurau. Berhampiran Gunung Sempeneh ,  sungai dan hutan sudah tentu menjanjikan penginapan yang nyaman dan dekat dengan alam semulajadi . Ketika k.mied tiba di Sempeneh Riverfront,  hujan turun dengan lebat sekali,  sungai berhampiran chalet yang tadinya tenang kini di melimpah dengan air dari bukit.  Bila air semakin deras kedengaran siren amaran di bunyikan untuk memberi amaran pada pengunjung supaya j...