Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mesti ramai sudah sampai di Hatyai kan?? Ada yang sudah berulangkali pun pergi ke Hatyai tanpa sedikit pun rasa jemu🤭. Apa menariknya Hatyai ini?? Menariknya Hatyai ini, ikut perspektif masing-masing. Bagi kak mied yang menarik tentang Hatyai adalah keenakkan makanannya. Bagi sesetengah orang pula, Hatyai adalah syurga membeli belah jadi semua ini terpulang kepada keinginan dan citarasa masing-masing. Balik kepada cerita kak mied, cuti hari raya Aidil Fitri baru-baru ini sempatlah kak mied sekeluarga berkunjung ke Hatyai, orang kata alang-alang dah sampai rumah saudara-mara di Padang Besar, Perlis...kita terus aje ke seberang sempadan🥰. Kebetulan kak mied masuk melalui Padang Besar selepas seminggu kita menyambut Raya jadi tidak ada langsung masalah kesesakan...setengah jam semua dah selesai. Bila tujuan utama adalah memenuhi selera anak tekak dan perut buyut kami, maka pemilihan tempat makan dan restoran halal menjadi keutamaan. Ada bebe