Skip to main content

KEDAI BLAZER DAN JUBAH GRADUASI MURAH DI SHAH ALAM

 Assalamulaikum dan salam sejahtera.
Baru-baru kak mied ke Shah Alam untuk mencari Blazer untuk dipakai di beberapa acara.
Masa kerja di office dulu,  memang ada dua tiga helai dalam almari tapi seiring dengan masa dan badan yang telah mengembang nie memang tak boleh pakailah dah blazer-blazer tue..memang dah lama bagi pada anak-anak buah semua 😄..jadi terpaksalah cari blazer baru🥰
Kebetulan ada kawan yang syorkan sebuah kedai, namanya Branded Blazer.
Sampai saja kedai Branded Blazer yang terletak di Seksyen 7  Shah Alam ini, Kak mied terpaku seketika kerana banyak betul Blazer dan Jubah Graduasi yang terdapat di kedai ini. Bermacam warna dan size boleh di dapati di sini.



Sambil Kak mied membelek-belek blazer,  Puan Nur Fairuz iaitu pemilik Branded Blazer datang menyapa jadi berpeluanglah Kak mied  bersembang santai bersama beliau serta mendapat penerangan tentang Branded Blazer.
Puan Nur Fairuz

Info mengenai Branded Blazer

Branded Blazer  telah beroperasi sejak dari tahun 2004, iaitu hampir 19 tahun bertapak dalam industri pakaian.

Mempunyai Ibu pejabat dan kedai yang  terletak di Shah Alam serta cawangan di Putrajaya.

Mengenai produk pula,  Branded Blazer menyediakan Jubah Graduasi untuk Sekolah, Kolej dan Universiti, Blazer, baju Korporat, Vest, Safety Vest, Tali leher, Selempang, Langsir, kain dan juga Seluar.

Kebanyakan pelanggan kedai ini dari sekolah-sekolah,  Kolej dan Universiti, Syarikat-syarikat Swasta dan Kerajaan.

Para pelanggan boleh datang ke kedai untuk menempah baju atau jubah mengikut quantiti atau design yang di kehendaki, manakala bagi pelanggan yang ingin datang secara Walk-in juga di alu-alukan kerana di kedai serta cawangan Branded Blazer  terdapat banyak koleksi Blazer dan Jubah yang telah siap.

Branded Blazer boleh menghasilkan 10 ribu Blazer Readymade  setahun, untuk Jubah Graduasi pula kira-kira 15 ribu helai setahun.

Buat masa ini, pihak Branded Blazer sedang mempromosi :
Blazer readymade 
Colour: black, navy blue dan maroon 
Harga: Rm150.00


Manakala promosi untuk Jubah Graduasi 
Harga bermula dari : Rm100


Yang berminat untuk mencari Blazer, jubah dan sebagainya boleh lah ke Kedai dan Cawangan Branded Blazer :

HQ dan cawangan Shah Alam :
📍No 5, Jalan Kelulu AM7/AM,
Seksyen 7, Shah Alam.

Waze : Branded Blazer Shah Alam

Cawangan Putrajaya :
📍No. 6, Jalan Galeria PJH, 
Presint 3, Putrajaya

Waze : Branded Blazer Putrajaya

Hubungi  :
En.Shahrul Adlin : 012 6666994
Pn.Nur Fairuz : 012 3946767

Salam sayang,
Miedajaz💞

Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-kedai jenama-jenama terkenal

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag