Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2022

APA YANG MENARIK DI DEERLAND PARK, LANCHANG

 Assalamulaikum dan salam sejahtera semua. Melihat pada namanya pasti kita ingat ianya Taman untuk Rusa sahaja tapi sebenarnya banyak haiwan-haiwan lain seperti burung merak,   burung unta, itik kayu , ular sawa, arnab, rakoon dan lain-lain lagi. Deerland Park adalah taman persendirian, di mana pemiliknya iaitu En.Abdullah Ahmad Bin Mahmud telah membina taman ini pada tahun 1996. Rasa-rasa teringin nak bermesra dengan Sang ular...boleh jer kat sini😁 Bagi pencinta alam semulajadi dan haiwan,  berkunjung ke sini adalah pilihan yang tepat di mana pengunjung boleh menikmati kehijauan alam semulajadi di kawasan ini disamping boleh bermesra dengan haiwan-haiwan di sini. Deerland ini amat sesuai bagi membawa anak-anak untuk merasai pengalaman memberi makan kepada haiwan seperti rusa dan arnab. Harga tiket di sini pun amat berpatutan,  hanya RM7   untuk orang dewasa dan RM4 untuk kanak-kanak. Waktu Operasi : 10.30 pagi - 4 petang  ( Isnin - Khamis) 10.30 pagi - 5 petang ( Sabtu/Ahad/Public H