Booking.com

Tuesday, October 23

HR STEAK HOUSE



Hari ini nak buat entry makan-makan pulak...Hari tu (tak ingatlah pulak berapa hari bulan) anak aku belanja makan di HR Steak house, kt jalan Raja Alang,  Kampung Baru. Aku dengar orang cakap makan steak kt situ murah dan sedap.  Sebenarnya masa bulan puasa nak berbuka kat situ.  Jangan haraplah ada kosong...walaupun pegi awal...semuanya dah di booking.... Jadi kami pergi lepas raya..























Air buah dia gelas besar...Harga RM2.00 - RM2.50....Berbaloi2...
 
ENAKNYA. ...harga kalau x silap RM7.50
Tengok gambar-gambar happy tengah makan...maklumlah ada yang belanja....
Mama juga maintain ayu gitu...HAHAHA..
 Anyway enjoy the food there dan harga dia memang murah....service pun cepat walaupun ramai pelanggan. Yang penting dapat menikmatinya bersama keluarga tersayang memang mengembirakan...LUV U ALL.......


Alamat :  HR STEAK HOUSE
               No. 56,  Jalan Raja Alang,
               Kampung Baru,
                Kuala Lumpur



Monday, October 22

PERCUTIAN KE UNIVERSAL STUDIO, SINGAPORE

Keinginan hendak berkunjung ke Universal Studio Singapore akhirnya terlaksana bila di ajak pergi kesana menaiki bas (kiranya lebih kurang macam rombongan Cik Kiah lah...) Dengan kadar bayaran RM100 untuk transpot,  aku pun terima ajakan anak untuk meneroka USS,  yang sememangnya diimpikan lagipun tidak pernah memijak kaki di bumi Singapura sebelum ini.......Kami pun bertolak pada pukul 10.00 malam )malam Jumaat) dan di jangka sampai ke Johor Bharu pada waktu subuh....Aku tidur je di sepanjang perjalanan,  lagipun bas tak penuh dapatlah duduk sorang2 sampai dua kerusi...ahaks!!

Nielah bas kami................





Pukul 7.30 pagi kami pun tiba di Emigresen Singapore,  aku di beritahu kami akan di bawa melawat sekitar Singapura dulu dan yang terakhir barulah di bawa melawat Universal Studio,,,,,Alamak.....berkecai rasa hati ,  sedangkan tiket ke USS telah di beli tapi perlu di ambil di depan pintu USS...Agent tunggu di depan pintu masuk Kul 10.30 pagi....apalagi mengelabahlah sekejap..... Rugi nya rasa kalau pukul 3.00 petang baru dapat masuk USS,  dahlah tiket mahal...berapa pernainan je dapat kami teroka....tak boleh jadi nie...mesti tukar plan...Lepas bincang-bincang dengan ketua rombongan Cik Kiah dan lepas dapat kebenaran akhinya kami decide tak nak ikut rombongan tersebut cuma kami minta driver bas hantar ke Stesen MRT yang berhampiran dan tolong ajar kami macamana nak pergi USS dari town.....Dan bermulalah episod gamble2 naik MRT ke USS......


Sempat bergambar sebelum naik MRT.




 Kami naik MRT sampai HarbourFront....siap tanya -tanya orang (masa nie perpatah melayu kalau malu bertanya sesat jalan sangat berguna....hahaha....) lepas tue naik ke tingkat 3 mall VIVO CITY...beli tiket ke Sentosa Island (Sentosa Express)

 


Dari dalam train nampak Sentosa Island, cable Car pun nampak tapi tak sempat nak snap..
Dengan penuh kesabaran,  akhinya kami berlima sampai gak ke USS walaupun waktu tue dah pukul 12.00 tengahari....Gambar2 nie menceritakan segalanya...

Gambar wajib bagi setiap pengunjung USS






Kalau berani cubalah roller coaster nie......


 Inilah sebahagian gambar-gambar kami ke USS,   memang best.....insyaalah akan berkunjung lagi next year...terimakasih buat seorang kawan ....ROSMANIZAH    yang jual e- ticket...sesiapa yang berminat nak beli tiket yang murah dari pasaran boleh lah pergi ke fb beliau......ROSMANIZAH ABDUL RAHMAN

Saturday, October 6

KEK MARBLE

Assalamualaikum....

 Dah tak pergi jejalan,  aku sibuk masaklah pulak...2 hari lepas teringin nak buat kek... buat ajelah kek yang simple dan senang. Kebetulan bahan-bahan masih ada ada kat dapur tue...




gula dan majerin selepas di putar

selepas bahan-bahan siap di putar - bahagi kepada 3 bahagian ,  warna ikut suka masing2
 Ni dia resepi dia :-


KEK MARBLE

Bahan-bahan ( 5/6 orang makan( loyang size 20cm) )
  • 3 bj telur gred AA
  • I cawan majerin
  • 1 cawan gula halus/ castor
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu makan baking powder
  • 2 sudu makan susu pekat
  • sedikit esen vanilla
  • pewarna ikut suka
Cara-cara
  1. pukul majerin bersama gula halus hingga kembang
  2. masukkan telur satu persatu pukul lg hinggga kembang
  3. masukkan esen vanilla dan susu, kacau rata
  4. masukkan tepung yg sudah diayak bersama baking powder,
  5. sediakan 3 bekas utk dibgh kpd 3 warna ( ikut suka warna apa)
  6. panaskan oven selama 10 min sementara itu sapukan loyang dgn majerin dan alaskan kertas minyak
  7. masukkan adunan mengikut warna satu persatu cth: merah diatasnya masukkan warna hijau, masukkan pula warna kuning hingga habis adunan
  8. bakar di dalam oven dgn suhu 150C' selama 40 minit.-saya guna api bwh-
 


Dah siap...bolehlah ngap!!!

Sedap untuk di makan bersama minuman petang

Selamat memcuba....Insyaallah sedap..

With Love,

Miedajaz

KLEENSO KILLS GERMS DISINFECTANT - Cecair Pembasmi Kuman Untuk Kesejahteraan Seisi Keluarga

Asssalamulaikum dan salam sejahtera semua. Dunia telah  di kejutkan dengan penularan wabak Covid 19 dan  negara kita telah mengumumkan pe...