Assalamulaikum dan salam sejahtera. Cuti sekolah kembali lagi!! Ibu bapa sekian pasti sibuk memikirkan kemana nak bawa anak-anak mereka menghabiskan cuti mereka. Apakata kali ini kita Pusing Selangor Dulu. Jom kita bawa anak-anak ke Kidzania, Kuala Lumpur yang terletak di Mutiara Damansara. Kidzania adalah taman tema didik dimana kanak- kanak boleh merasai pengalaman mempunyai kerjaya atau pekerjaan seperti orang dewasa. Kanak-kanak dan remaja berumur 4 hingga 14 tahun selalunya mempunyai cita-cita untuk menjadi doktor, ahli bomba, polis, pemberita, juruterbang dan sebagainya, tetapi adakah mereka benar-benar memahami tugas-tugas tersebut? Di sini kanak-kanak boleh melakukan aktiviti dan memahami alam pekerjaan kerana ada lebih 60 tarikan dan lebih 100 aktiviti disediakan. Setiap pekerjaan yang dilakukan akan menerima gaji. Gaji yang diterima dalam bentuk matawang Kidzania ( Kidzos), ianya boleh disimpan di bank atau di belanjakan di mana-mana kedai di sini. Menarikkan !!!! Baru