Skip to main content

RASAI PENGALAMAN MENARIK DI KG. JKIN RESORT, NEGERI SEMBILAN

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua.

Sebenarnya dah lama k mid berhasrat nak pergi ke Kg Jkin Resort nie.

Bila ada kawan-kawan yang mengudate status diorang pergi ke sana dengan upload gambar sedang melakukan aktiviti-aktiviti di sana,  k mid pula yang jadi tak sabar nak pergi.

Kg Jkin nie terletak di Kawasan Bukit Putus, Negeri Sembilan,  yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik antaranya Flying Fox, Hiking, Rock Climbing, ATV Ride dan aktiviti air. Penginapan juga di sediakan bagi yang berhasrat untuk merasai kedamaian kawasan ini.

Dan akhirnya keinginan k mid termakbul.....

Pada tanggal 12 dan 13 Ogos baru-baru ini kmid bersama ahli-ahli Team Propa Rangers berpeluang bercuti 2 hari 1 malam di sini. Apa lagi k mid tak lepaskan peluang langsung...memang ini yg di tunggu pun..hehehe.

Pintu masuk Kg Jkin Resort
Tempat daftar


Jom..k mid ceritakan pengalaman k mid di sana ya..

Seawal 7.00 pagi k mid dah keluar rumah untuk menjemput 3 orang sahabat yang lain.  Kali ini k mid yang drive untuk ke sana.

Perjalanan ke Kg Jkin Resort mengambil masa kira-kira 1 jam aje dari Kuala Lumpur.

Jam 10 pagi,  semua ahli-ahli team sudah sampai dan kami pun berkumpul untuk bersarapan.

Sarapan laksa pagi nie (terimakasih pada Cik Nadia yg menaja sarapan kami)


Setelah selesai bersarapan,  kami pun berkenalan dengan CEO Kg Jkin Resort iaitu En Jefri Ramli. 

Beliau memberi penerangan mengenai aktiviti2 dan penginapan yang di sediakan.

Penerangan serta taklimat dari CEO Kg Jkin Resort, En.Jefri Ramli


Aktiviti-aktiviti yang akan kami lakukan :

(Hari pertama)

*HIKING

Sudah lama k mid tidak hiking,  risau gak kalau semput di tengah jalan ke...almaklumlah dah 5 series nie..hehehe.

Tinggi jugak tau..tapi k mid ok lagi


Serious best hiking di Hutan Simpan Bukit Putus nie,  lebih-lebih lagi dapat penerangan tentang pokok-pokok serta hidupan yang terdapat dalam hutan serta tunjuk ajar  apa yang perlu di lakukan jika tersesat. Semua penerangan ini di beri oleh En Jefri sendiri.

Happynya kitaorang....nie baru separuh trek tau..hahaha
Akhirnya smpai jugak kat atas...

Berjaya jugak k mid smpai ke spot terakhir nie


Anggaran masa Hiking : 1 jam

Setelah selesai hiking ,  kami pun makan tengahari di Kafe Dapur Perempuan Chantek...makan masakan kampung masakan nogori.

Menu simple tapi sedap!

Selesai makan tengahari, kami semua akan mencuba ATV pula.
Sebelum tue....  jom kita semua mengambil gambar di spot-spot menarik yang di sediakan.

Spot #1 - Vespa Hijau (sport wajib)

Gambar wajib kat sini❤


Spot #2 - Pelantar Rotan

Spot #3 - Pelantar Cinta



Spot #4 - Buaian Lepak

Apasal k mid seronok sangat nie...hahaha☺


Spot #5 - Sarang Burung

Spot #6 - Pintu Angkasa

Spot #7 - Perahu

Spot #8 -Buaian Aku Nak Kawen Dengan Anak Raja

Nota kaki : Nama-nama Spot Bergambar tue k mid yg beri berdasarkan citarasa sendiri đŸ˜†đŸ˜†

Seterusnya kami melakukan aktiviti bawa ATV.

*ATV Ride


Masing-masing happy nak mulakan pemanduan..jgn ada yg terkandas nanti☺

K mid biasalah steady jer...hahaha

Kita boleh memilih untuk ATV Funride atau ATV Extreme Ride disini..ikut kehendak masing-masing, yang pasti harga yang di tawarkan lebih murah berbanding di tempat lain. 

Jauh juga jarak pemanduan kitaorg,  ada juga yang tersasar dari trek tapi alhamdulillah semuanya terkawal.

Setelah selesai dan kepenatan,  kami pun di bawa ke  penginapan masing -masing menaiki kenderaan 4 roda yang di sediakan kerana penginapan semua terletak di kawasan atas yang lebih tinggi.

Aktiviti waktu malam pula...ada tazkirah dari ustaz jemputan dan selepas itu pada yang berminat nak berkaraoke bolehlah menyumbangkan suara masing -masing.

Sebelum sambung cerita aktiviti esok, mari k mid tunjukkan dulu penginapan kami di sini.

Rumah Gaharu

Rumah Pokok

Rumah Cendana

Dorm

Rumah Pulai

Rumah Hobbit


Aktiviti Hari ke 2.

* Naik Buaian Gantung( sesuai pada yang 70kg ke bawah)

* Flying Fox

*Aktiviti Air - Monkey Zipline dan aktiviti air yang lain seperti gelungsor di kolam buatan semulajadi manusia.

Kawasan aktiviti air 

Begitulah pengalaman k mid dan rajan-rakan yang lain mencuba aktiviti yang disediakan sambil menikmati kedamaian suasana hutan seketika.

Bagi yang belum ke sini, bolehlah datang.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut mengenai Kg Jkin Resort nie boleh layari.:

Facebook :

https://www.facebook.com/kgjkin883

Instagram: kgjkin_resort

Hubungi/whatsapp :

011 20893883 / 017 8833674

Ucapan terimakasih pada Kg Jkin Resort, Propa Rangers Team dan lain lain penaja  yang terlibat.

Sayang sayang,

Comments

  1. Wah bestnya tengok pelbagai aktiviti yang disediakan tuu, lagi2 bila tempat2 yg ada pon banyak betul yg instaworthy tu kan! Even Qeela orang nogori, tapi belum sampai lagi ke Kg Jkin ni huhu, insyaAllah one day nanti nk pergi đŸ˜„

    ReplyDelete
  2. Kg JKin resort looks like a MUST visit if travel to Terengganu. Very interesting and exciting. Thank you for sharing your review.

    ReplyDelete
  3. Banyak seronok kakkkkk. Kampung ni aktiviti best dan makan pun sodapp. Hehe. Rasa nak datang sekarang!

    ReplyDelete
  4. Best sangat tempat dia ni.. Baru tau ade tempat best macam ni.. Ade penginapan, ada aktiviti best ada port bergambar. Fuh

    ReplyDelete
  5. Kalau Saya hiking jauh tu, tapi bila sampaia tas dapat menyaksikan pemandangan indah gitu, memang berbaloi laaa kan Kak..lagipun bila dah sampai, dapat makan sedap plak tu hehehehe
    One day nak juga ke sini nanti..

    ReplyDelete
  6. Best juga explore tempat ni. Banyak aktiviti yang boleh dibuat bersama family and friends. Nak check it out nanti...

    ReplyDelete
  7. Bestnya dapat banyak buat aktiviti kat sini. Nanti boleh syorkan kat bos buat aktiviti kat kg jkin resort ni

    ReplyDelete
  8. bestnya jalan-jalan tempat mcm ni...suka tengok pemandangan yang cantik dan banyak aktiviti yang boleh kita lakukan

    ReplyDelete
  9. wah seronoknya. saya pun suka gi tempat2 nature mcm ni. lagi best bila dpt buat aktiviti lasak

    ReplyDelete
  10. Wow best nyer ke Kampung Jkin, banyak aktiviti and juga port bergambar kan.

    ReplyDelete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhuđŸ¥°đŸ¥° Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah đŸ¤² Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...