Booking.com

Thursday, March 28

JALAN DI TERENGGANU (PART 2)

22.3.2013 (Jumaat))
Pukul 5.00 petang habis aje waktu kerja cepat-cepat balik,  rehat-rehat sekejap,  packing apa yang patut.....lepas tue pukul 9.30 malam bertolak dari rumah ke Terengganu....Rasanya baru cuti tahun baru cina pergi Terengganu...nie repeat lagi.  Sebenarnya hantar si adek ke sana sebab tiba2 dia cakap cuti sekolah nak duduk rumah Mak Long dia kt Kuala Berang.  Boleh aje naik bas tapi kami tak haraplah si kecik nie naik bas..entah mana2 perginya...nanti kena tinggal ke... macam2 yang di fikirkan....almaklum x pernah berpisah lama-lama. (Kita aje rindu kat dia...dia ada kisah...hahaha)
Perjalanan kami mengambil masa kira-kira 5 jam dan sampai di Kuala Berang pukul 1.30 pagi...

Lalu kat Bandar Kuala Berang..nampak sign nie terus snap.......


23.3.2013(Sabtu)
Lepas makan tengahari kira-kira pukul 2.00 petang,  Kak Longku mengajak ke Air terjun Sekayu...Dekat aje dari rumah Kak Long .



Kena bayar RM2.00 seorang untuk masuk berkuatkuasa 01 Jan 2013




Antara chalet yang terdapat kat sini




Lepas lepak2 sekejap di air terjun sekayu kami pun beredar dan berhenti sekejap di taman pertanian sekayu yang berhampiran sahaja.




Ada kolam untuk kanak-kanak mandi manda di sini



Jalan-jalan lagi........ rasa-rasa nak tengok empangan janakuasa Sultan Mahmud, Kenyir. Ada yang kata boleh masuk ke kawasan empangan tue...kita cuba ajalah...sampai je kat situ ada polis yang jaga...Maaf!!! tidak di benarkan sesiapa pun masuk ke kawasan ini.  Jadilah inilah dapat di capture....




24.3.2013 (Ahad)
Sebelum pulang ke Kuala Lumpur,  kami pun jalan-jalanlah sekitar Kuala Terengganu.  Seperti biasa keropok lekor tidak di lupakan....Berhampiran dengan kawasan keropok lekor Losong terletaknya Muzium Negeri...apalagi kami pun tidak lepaskan peluang membuat lawatan sambil belajar (macam lawatan sekolah pula)....







Masa kami ke sini ada juga pasangan pengantin buat jamuan dan sessi photograpi. 



Ini tiket dia... sebenarnya poskad.. Kalau warganegara kena lah bayar RM5.00, Klu ada kad pelajar RM2.00 je.

 Macam-macam koleksi menarik kat muzium nie terutamanya mengenai batik tetapi di larang mengambil gambar kat dalam muzium nie tapi ada gak yang sempat kami snap...........







 Gambar di atas nie...di Galeri Petroleum

 



 Dah habis turun tangga naik tangga muzium yang besar tue kami pun terus ke Taman Tamadun Islam untuk melihat Masjid Kristal yang indah tue.. Nielah gambar yang sempat di ambil buat kenangan...





 
 




Lepas mengabadikan kenangan di Masjid Kristal kami pun ke Pantai Batu Buruk untuk menikmati makan tengahari.. Ada banyak gerai makan di situ tapi ada satu gerai yang menarik perhatian kami iaitu Gerai Nasi Ayam Yunnan... rasanya pemilik dia cina muslim....memang best nasi ayam kat sini...cubalah kalauberkunjung ke Pantai Batu Buruk.. Selain dari menikmati pantainya yang indah sambil bermain layang-layang  boleh juga menaiki kereta kuda yang di hias cantik ..

Yang bawa kereta kuda cantik nie perempuan.




Begitulah trip yang singkat ke Terengganu... besoknya terpaksa sambung kerja semula...banyak lagi tempat menarik di Terengganu  belum di terokai ....... pulau-pulaunya yang indah seperti Pulau Kapas, Pulau Redang ...........Insyaallah...di lain hari dan waktu jika diizinkan allah mesti boleh ke sana...


Tuesday, March 19

ISLAND BBQ STEAMBOAT - HAPPY BIRTHDAY ANAKKU

13.3.2013

Kami sekeluarga menyambut Hari lahir Nurdiyana di BBQ Island Steamboat,  Kg melayu, Subang.
Tempat nie perlu di booking awal-awal kerana takut kecewa sebab sentiasa penuh lebih-lebih lagi pada hujung minggu.  Kalau hujung minggu,   waktu tempahan terpaksa di bahagi kepada 3 sessi,  sessi pertama dari pukul 6ptg hingga 8 mlm.  sessi kedua pukul 8mlm hingga 10 mlm dan sessi ketiga pukul 10mlm hingga 12mlm.  Maknanya pengunjung hanya di benarkan makan dan lepak2 di situ untuk 2 jam sahaja tapi nasib baik kami pergi hari tu hari biasa jadi bolehlah lepak dan makan puas-puas.

Jangan lupa tempah dulu...nanti kecewa...........
Bila si pemalu (yg tengah tue) di ajak bergambar.....


Nie lah harganya....Rasanya berbaloilah klu bawa yang kuat makan......


Antara bahan yang ada kat situ..


Disamping bahan-bahan untuk steamboat dan grill,  ada nasi lemak, nasi goreng cina dan koew teow..untuk nasi lemak aku bagi  4 bintang ****...memang sedap sebab dh kenyang pun aku paksakan diri untuk makan....Teruknya perangai  !!!!  LANTAK KAULAH LABU...JANJI KENYANG.....


Kan aku dah cakap...KENYANG TAHAP GABAN...jgn marah ye Mr.Hubby

Korang nak gi sana ke ??? Senang aje...Jalan subang tue...sebelum Wisma Johawaki ada traffic light,  korang turn right.  Nak senang goggle je .....He...he...he....

Nielah dia gambar besday girl.. pejam celik2 dah 22 tahun..........






Thursday, March 14

HOMEMADE COKLAT

AHAD - 24 Feb 2013

Hai boringnya.....anak2 dah siapkan kek pelangi yang sedap......Teringin pulak nak makan coklat..... bukan susah sangat nak buat..........Hari tue dah tunjukkan macam mana buat homemade ais krim...sekarang nak tunjukkan cara-cara buat coklat pula..................


Beli coklat compound,  kemudian cairkan menggunakan ternik double boiling.....
 
Boleh beli macam-macam  bentuk acuan.....aku ada acuan bentuk ketupat...khas untuk buat masa Raya..

Lepas tue masuk kat peti ais sekejap.....





 Jeng...jeng...Dah jadikan....

Kalau nak macam2 color bolehlah beli coklat compound yang berwarna tapi kitaorang suka milk coklat je dan kadang-kadang letakkan juga white coklat.........  Boleh jugak letakan raisin ke almond ke....sesuai untuk buat hantaran bertunang.....









Friday, March 8

MINUM PETANG BERSAMA KEK PELANGI

Sabtu - 23 Feb 2013

Tiba-tiba sibuk 2 beradik ke kedai bahan membuat kek,  sibuk di dapur..... rupanya nak buat kek untuk minum petang katanya....Kek apa ???? Mama tengoklah nanti....pandai jugak anak-anak aku nie...Meh kita tengok kek diorang nie...................

KEK PELANGI rupanye.........


SEDAP OOO......

Sila abaikan kecomotannya...yang penting sodap.....



Oklah....kat sini aku letakan resipinya kepada yang berminat nak mencubanya.  Bayangkan yang tak pernah buat kek pun boleh membuatnya...dah tentu kita pun boleh......yang penting cubakan....




Resepi Kek Pelangi:
 
- 3 cawan tepung gandum*
- 4 sudu kecil baking powder*
- secubit garam halus*
- 1 buku butter
- 1 1/2 cawan gula kastor
- 1 1/2 cawan susu segar
- 5 biji telur
- 2 sudu esen vanila
pewarna merah, biru, hijau, kuning, oren, ungu
topping:
- 1 buku creamcheese
- 1 cawan gula ising
- 1/2 cawan butter



Cara-caranya :
  1. Panaskan oven 15minit dengan suhu 170c.
  2. Ayak semua bahan yang bertanda *
  3. pukul butter dan gula hingga kembang dan putih.
  4. masukkan putih telur dan pukul sehingga gebu
  5. masukkan esen dan pukul sebati
  6. masukkan bahan diayak tadi selang seli dengan susu segar.. dan pukul perlahan.
  7. bahagikan adunan kepada 6 bahagian. masukkan warna dan kacau sebati.
  8. masukkan satu bahagian dalam loyang 8' yang dialas dan digris.. bakar selama 10-15 minit dalam suhu 170c.
  9. ulang sehingga habis semua warna. 
Untuk setiap layer, boleh sapukan dengan creamcheese. [boleh gunakan fresh cream atau butter cream].boleh juga sapukan dengan jem.
-untuk topping pukul semua bahan sehingga kembang dan sapu ke seluruh kek.


Selamat Mencuba



TQ my love,


Miedajaz







KLEENSO KILLS GERMS DISINFECTANT - Cecair Pembasmi Kuman Untuk Kesejahteraan Seisi Keluarga

Asssalamulaikum dan salam sejahtera semua. Dunia telah  di kejutkan dengan penularan wabak Covid 19 dan  negara kita telah mengumumkan pe...