Booking.com

Wednesday, April 16

Kluang Train Trip (Part 2)

Assalamualaikum..........
Sebenarnya malas nak buat part-part nie....tapi sebab malas nak taip sekali maka adalah part 2 nie...hehehe..
Nak sambung sikit pasal Gunung Lambak......dengar nama je dah fikir berlambak-lambak kan... sebenarnya k mid tak nampak pun lambak dia...mungkin sebab tak hiking kot..



Jumpa signboard nie...kiranya dah dekat sangat nak sampai


Entrance to Waterpark nie

Orang Kluang bolehlah mandi manda kat Sini

Lihat ramai yang hiking kat sini. Kami mana ada masa nak hiking....just untuk tengok2 apa yang ada kat Gunung Lambak nie...

So seterusnya tak nak buang masa terus ke Ayer Hitam...ramai orang kata dah sampai Kluang baik terus ke Ayer Hitam......apa lagi ke Ayer Hitam lah kita...............


Nie dia tempat boleh beli macam2,  dari tembikar, bantal2, kerepek, buah2an, sayur-sayuran dan macam2 lagi

Tak beli pun bear nie....sengaja snap gambar sambil peluk bear nie.  Motif  : nak sembunyikan badan yang semakin mengembang....alahai!!!

 Lepas belilah apa yang patut.... my Bff beli kerepek macam nak sambut raya...k.mid beli jugak..gila tue kalau dah sampai Ayer Hitam tak beli apa2....orang pompuan nie sensitif pasal membeli belah nie.. boleh nangis klu tengok je......hehehe....

Seterusnya.......lepas lunch..speed ke JPO.... Johor Premium Outlet



Johor Premium Outlets (atau JPO) merupakan pusat beli-belah yang utama di Iskandar Malaysia, Johor, Malaysia. Pusat beli-belah ini terletak di daerah Kulaijaya. Johor Premium Outlets merupakan premium outlets yang pertama dibina di Asia Tenggara. Johor Premium Outlets dibuka secara rasmi pada 11 Disember 2011. Pusat beli-belah ini menjadi tarikan kepada penduduk khususnya penduduk di kawasan daerah Kulaijaya, Johor Bahru dan negara berjiranan iaitu Singapura. Ia menempatkan barangan yang berjenama dan bertaraf antarabangsa seperti Coach, Adidas, Nike, Armani, Salvator dan sebagainya dan boleh mendapat potongan harga sebanyak 25% hingga 70%. Pusat beli-belah ini juga dapat dilihat melalui Lebuhraya Utara-Selatan selepas Persimpangan Senai Utara.


Sampai jugak...JOHOR PREMIUM OUTLET


We are here..untuk habiskan balance2 duet



Tak shopping pun tak pa...janji dapat jalan-jalan pun cukup

Beberapa jam di sini...pusing2...kalau tak cukup duet Maybank ada je kat situ......hampir petang kami pun dah tak larat ....bolehlah kot balik semula ke Hotel..janji pada mulanya k.mid nak drive balik..janji akhirnya tinggal janji....memang k mid nie malas drive...banyak alasan..mata tak nampaklah...mengantuklah...macam-macam lagi.......BFF akhirnya mengalah...(Thanks ell...sbb drive..pergi dan balik....me and dil  tidur je tahu!!!)

Snaplah gambar di Stesyen Kluang sebelum pulang ke esok hari nya....Kenang-kenangan di Stesyen Kluang...
Begitulah...ceritanya, mungkin lepas nie nak berkeretapi ke utara...k.mid dah pernah berkeretapi sampai ke Padang Besar beberapa tahun lalu....akan di fikirkan jika masa mengizinkan...Wasalam.

"SEGALANYA INDAH DI MALAYSIA"

With luv,


Thursday, April 10

KLUANG TRAIN TRIP

Assalamulaikum..........

4 April 2014

Apa ada kat Kluang tue kawan-kawan........sampai nak buat trip gi Kluang nie....nama pun nak explore apa lagi jom jelah berangkat ke sana...
Tiket keretapi pun dah di beli...hotel pun dah booking...........Let's Explore!!!
Pada yang nak rasa bersarapan di Kluang Rail Station yang old scool nie....bolehlah jadikan trip kami nie sebagai panduan.
10 malam  :  berkumpul lah  3 wanita nie di KL Sentral
(k.mid sampai kul 8.45 mlm).......terawallah pulak.......keretapi delay pulak..kul 11.15 baru bertolak....


Dah lama tak naik train..tue yang teruja sikit...
Tempat menunggu Keretapi antara bandar di KL Sentral

Setelah 2 jam keretapi terkandas di Gemas........akhirnya sampai juga di Kluang

Patutnye pukul 4.30 pagi dah sampai pekan Kluang..tapi enjin keretapi di panah petir jadi tiba di pekan Kluang pukul 6.00 pagi.


Kluang merupakan nama sebuah bandar dan daerah yang terletak lebih kurang di tengah negeri Johor. Ia terletak 105 km di utara Johor Bahru, tenggara Batu Pahat, barat Mersing dan selatan Segamat. Bilangan penduduk daerah Kluang kini melebihi 350,000 orang dan kawasan bandar itu sendiri mempunyai 200,000 penduduk. Kluang merupakan bandaraya ketiga terbesar dalam negeri Johor selepas metropolitan kedua terbesar Malaysia iaitu Johor Bahru dan bandaraya kedua terbesar Johor, Batu Pahat.
Nama Kluang berasal daripada perkataan Melayu 'keluang', yang bermaksud sejenis kelawar besar ataupun kelawar buah. Haiwan-haiwan sebegini pernah wujud dalam bilangan yang banyak di daerah Kluang beberapa dekad yang lalu; tetapi kini hampir tiada lagi disebabkan aktiviti pemburuan dan pemusnahan habitat semulajadinya.


I'm here Pekan Kluang

Nie dia Stesyen Keretapi Kluang........kecik je...


Stesen Keretapi Kluang merupakan sebuah stesen kereta api di Kluang, Johor yang turut memberi perkhidmatan kepada orang ramai di Batu Pahat dan Mersing. Kedua-dua bandar ini tidak mempunyai stesen KTMB. Stesen Kluang merupakan stesen terdekat. Jarak dari Bandar Batu Pahat ke Kluang 50 kilometer manakala Mersing 85 kilometer. Semua kereta api antara bandar berhenti di stesen ini.


Pukul 7.00 pagi ...lepas basuh muka..rasa2 tak gosok gigi pun terus gi Kluang Rail Coffee...depan tue je...


Nasib baik kami yang paling awal...lepas tue beratur orang nak makan kat situ...kopi dia memanglah sedap...tapi rasanya sedap lagi kopi vietnam...entahlah nie selera k.midlah...selera orang lain tak tahu pulak.

Nie dia kami melantak kat Kluang Rail Cafe.......Roti bakar, meehoon, nasi lemak.......nasi lemak bungkus tu baru 70sen...sedap2..


Kluang RailCoffee.  Kedai ini sememangnya sangat popular, cawangannya merata satu Malaysia.  Terletak di tengah tengah bandar Kluang iaitu di Stesen Keretapi Kluang, ia adalah salah satu tempat yang menjadi tumpuan bagi mereka yang berkunjung ke Kluang. Untuk maklumat lebih lanjut, lawat laman web rasmi Kluang RailCoffe


Pukul 8.00 pagi,  kak Mas yang baik hati datang jemput kami untuk di bawa ke hotel..

Kami booking Anika Inn hotel jer........RM65.00 semalam.

Ok tak hotel kami...ok jugak tapi biasalah tidur 3 orang......nak budget dan jimat....Best jugak tidur sempit2 nie sambil peluk2........


Rehat-rehat sekejap.....nak pusing Pekan Kluang....mula-mula sekali nak pergi Gunung Lambak..
Apa ada kat Gunung Lambak tue...........nanti!!!!








KLEENSO KILLS GERMS DISINFECTANT - Cecair Pembasmi Kuman Untuk Kesejahteraan Seisi Keluarga

Asssalamulaikum dan salam sejahtera semua. Dunia telah  di kejutkan dengan penularan wabak Covid 19 dan  negara kita telah mengumumkan pe...