Assalamulaikum
Seperti yang di janjikan, dan ada beberapa kawan yang pm tanya budget dan itinerari ke India
(Kashmir/new Delhi/Jaipur/Agra), maka k mid pun nak sambunglah cerita k mid nie..hahaha
 |
Welcome New Delhi |
Sebelum tue..mari k mid sambung cerita perjalanan kitaorang lepas sampai New Delhi dari Kashmir, pada mulanya kitaorang nak jalan sendiri iaitu guna pengangkutan awam diorang ..mungkin guna keretapi dan guna Tuk-tuk tapi lepas dapat nasihat dari Owner Kashmir Inn, Mr Riaz..katanya ..melihat keadaan beg-beg yang banyak nie eloklah appoint agen atau pun booking transport siap-siap sebelum sampai.... kerana perjalanan Delhi ke Jaipur pun jauh kira-kira 200 km takut klu naik keretapi, kami semua akan kehilangan beg kerana keadaan di New Dehi, Jaipur dan Agra amat berbeza dengan Kashmir. Orang-orang di sini akan cuba memperdaya kita dengan apa cara sekali pun asalkan diorang dapat wang. Ini mungkin kerana keadaan hidup diorang yang memang susah sangat. Jadi Mr Riaz pun kenal agent kt Delhi yang bole aturkan semua. Jadi kami perlukan transport aje, dari segi hotel pulak..semuanya dah di booking melalui
BOOKING.COM...so x da masalah.
 |
Inilah transport kami di India...van yang bole muat 14 orang so kami hanya berlapan jadi mmg selesa |
Sampai aje di lapangan terbang New Delhi, driver van telah pun menunggu...tapi disini van tidak bole ambil terus penumpang di airport..van perlu tunggu di kawasan parkir yang telah di sedia iaitu kira-kira 2 km dari situ...perlu menaiki bus rapid free yang di sediakan.. mungkin ini untuk mengurangkan kesesakan di airport.
Perjalanan kami untuk hari ke 6 ini diteruskan ke
Jaipur menggunakan Highway. Dengan hadlaju yang di benarkkan di Highway diorg iaitu 60km/jam...kira-kira 4 jam baru sampai ke Jaipur 😆😆
Penginapan kami di Jaipur untuk 2 malam ialah
Dodas Palace.
 |
Hotel Dodas Palace (pic: google) |
 |
Bilik pun ok.. tak ada masalah |
Info mengenai Jaipur
Jaipur adalah ibu kota negari
Rajasthan dan merupakan negeri terbesar di India dari segi keluasannya Jaipur merupakan bandaraya terancang di India, terletak di padang pasir Rajasthan. Dikenali sebagai
Kota Pink disebabkan kemeriahan warna merah jambu pada bangunannya dan diinspirasikan daripada senibina bandar Mufhal yg mengunakan batuan merah, menjadi kan kota ini unik. Bandar ini di diami kira-kira
3.5 juta penduduk.
Jaipur pupular keranan destinasi pelancongan di Rajasthan dan India,kaya dengan warisan budaya, gaya hidup, kesenian, barangan kemas,tekstil dan seni bina.
Antara tempat2 menarik dan bersejarah di Jaipur :-
* Amber Port
* Nahagarh Port
* Jaigart Port
* Hawa Mahal
* Jantar Mantar
1. Amber Fort
Amber Fort merupakan kota istana dan di mula di bina oleh
Raja Man
Singh I. Ianya terletak di di puncak
Bukit Kota Amber. Berkeluasan 4 km
persegi dan 11 km dari Jaipur. Senibina gaya artistik, gabungan hindu
dan eleman Mughal.
Kita perlu menaiki Jeep di sini kerana, Amber Fort ini terletak di atas Bukit.
 |
kawasan parkir van di bawah...di belakang tue bole nampak Amber Fort |
 |
Sewa 2 jeep untuk 8 orang untuk naik ke Amber Fort |
 |
Di kawasan luar Kota Amber |
 |
Di bahagian lain |
 |
gambar-gambar kami di beberapa bahagian di Amber fort |
2. Hawa Mahal
Hawa Mahal merupakan salah satu bangunan terkenal yang di kenali dengan nama bangunan merah jambu. Kedudukannya berdekatan dengan
"city Palace" dan dahulunya merupakan kawasan khas untuk para wanita keturunan di raja.
 |
Hawa Mahal |
Bangunan ini di bina dengan batu pasir merah dan merah jambu serta melambangkan bentuk mahkota
dewa Krishna.
Tingkap2 kecil di bangunan ini adalah untuk para wanita keturunan di raja melihat keluar jika ada sesuatu upacara kerana mereka tidak di benarkan berinterksi dengan orang tidak dikenali dan tidak dibenarkan pergi ke kawasan awam.
Tingkap2 atau
"Jokokhas" juga direka untuk memberi pengudaraan udara yang baik di dalam istana dan dapat memberi udara sejuk walaupun di musim panas.
Di sini sebenarnya adalah tempat yang memang murah untuk membeli pelbagai souvenior dan barangan kulit tapi Driver kami si Manni bole-bole tak nak memberhentikan van di sini..katanya terlalu ramai oranglah , takut kitaorang tersesatlah...dia nak kitaorang lalu saja tapi kalau dah di Jaipur tidak bergambar di Hawa Mahal nie..umpama tidak lengkap kerana Bangunan Hawa mahal nie adalah salah satu
landmark Jaipur.
Sebenarnya dia takut kami semua berbelanja di sini sebab biasalah sebelum nie dia dah bawa ke beberapa tempat shopping yang mahal..mmg di sini harga sangat munasabah dan bole di bargin hingga murah sangat. Kami tetap berkeras dan ingin turun bergambar dan shopping di sini. Akhirnya dia akur dan hanya benarkan 1 jam aje di sini. Kami pun tak berani membantah kerana banyak barangan kami dalam van dia , so ikut jer..dapatlah shopping serba sedikit.
3. Central Museum of Jaipur
 |
Disini k mid hanya bergambar aje kerana apabila kami tiba ia sudah di tutup |
Untuk hari ke 9 dan 10, kami meneruskan perjalanan ke Agra pulak.
Agra - adalah sebuah kota kuno di Sungai Yamuna India, berada di bahagian
Uttar Pradesh. Memiliki peranan penting sebagai ibu kota kerajaan Mughal dari tahun 1526 sampai 1658.
Sebenarnya Agra adalah destinasi wajib jika kita ke India kerana di sini terletaknya salah satu dari 7 keajaiban dunia iaitu
Taj Mahal.
Ini baru pintu gerbang...belum sampai lagi..kena melalui pintu gerbang nie dulu baru bole nampak Taj Mahal |
Taj mahal merupakan makam yang di bina oleh
Maharaja Shah Jahan sebagai monumen peringatan kepada isterinya yang ke 3 iaitu
Mumtaz Mahal yang meninggal dunia ketika melahirkan anak mereka yang ke 14. Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu merangkumi bahagian
makam,
dewan, taman rekreasi, masjid, menara tinjau dan lain-lain. Ianya mula
di bina pada tahun 1631 dan siap pada tahun 1953, mengambil masa
22
tahun untuk di siapkan. Pada tahun 1983,
UNESCO telah mengistiharkan Taj Mahal sebagai T
apak Warisan Dunia yang perlu di lindungi. Bangunan ini dikatakan sebagai
"Permata Seni Bina Islam".
 |
tak pernah terfikir bole melihat Taj Mahal secara berdepan tapi dgn izinnya dapat sampai juga ke sini |
 |
K mid & Mr J ..my chentahati : ) |
 |
Jasnida Family 💓💓 |
 |
Taj Mahal - Monumen Cinta Agung |
 |
Bangunan belakang tue adalah Masjid yang terdapat di sebelah Bangunan Taj Mahal. Diperbuat dari Red Stone |
Disetiap gerbang Taj Mahal ada tulisan ayat-ayat Al Quran iaitu surah
Yasin. Kita bole masuk ke dalam Taj mahal ini tetapi tidak di benarkan mengambil gambar. Di dalam Taj Mahal nie sebenarnya terdapat kubur Mumtaz Mahal dan Shah Jahan. Apa yang kita lihat di dalam hanya
replika kubur Shah Jahan dan isterinya kerana kubur yang sebenarnya jauh ke bawah dan tidak di benarkan sesiapa pun turun ke bawah untuk melihatnya.
Taj Mahal ditutup pada hari
Jumaat, untuk membolehkan umat islam bersolat di masjidnya. Pada hari lain eloklah sampai awal, kalau tiba jam 6.30 pagi bole tengok matahari terbit...kami sampai awal tapi hari tue berkabus aje tak dapat tengok matahari terbit pun 😓
 |
Mengabdikan kenangan kami dipelbagai sudut |
Selepas puas menjelajah Taj Mahal ....esoknya pula kami akan melawat satu lagi destinasi iaitu
Fatehpur Sikri
Fatehpur Sikri adalah sebuah bandar dan dewan bandaraya di Bandar Agra, negeri Uttar Uttar Pradesh. Merupakan bandar bersejarah
Fatehabad, di bina oleh Maharaja Mughal iaitu
Akhbar pada tahun 1570. Tujuan pembinaan untuk menghormati ahli sufi
Shaikh Salim Chisti yang tinggal di sebuah gua di atas bukit di Sikri.
Akhbar menjadi maharaja Empayar Mughal selepas maharaja Jahangir. Fatehabad pula ditukar nama kepada
Fatehpur dan kemudiannyan
Fatehpur Sikri.
 |
Fatehpur Sikri menjadi ibukota Empayar Mughal dari tahun 1571 hingga 1585 |
Diistiraf sebagai Tapak warisan Dunia
UNESCO pada tahun
1986
 |
lain-lain bahagian di Fatehpur Sikri |
 |
mendengar penerangan dari Guide tentang makam2 yg terdapat di sini |
 |
Bersama seorang penjaga makam di sini |
 |
Para pelawat perlu memakai selipar yang di sediakan di pintu masuk dan kaum lelaki perlu memakai kopiah yang diperbuat dari plastik sebelum melawat makam para sufi......tapi yang tak masuk akak siapa yang tak bertudung juga di kehendaki pakai kopiah plastik nie....nie menyebabkan sampai sekarang k mid berfikir..yg perempuan patut kena bertudung lah...kenapa berkopiah plastik pulak?????? hahahahaahh....nasib kau lah nak.... |
Begitulah serba sikit coretan k mid tentang percutian kami ke India. Banyak pengalaman yang di dapati dan pastinya menjadi kenangan sepanjang hayat.
Di sini k mid bagi beberapa tips yang mungkin bole di jadikan panduan buat yang ingin melancong ke India.
1.
Tukar duet siap-siap di Malaysia
Bila tukar di Money Changer Malaysia, tolong simpan slip sebab duet Rupee banyak palsu...Jangan terkejut tiba-tiba nak belanja di sana diorng kata duet tue tak bole guna...kawan k mid pernah jadi mcmtue..nasib tukar di Malaysia dan simpan resit so bole buat report atau minta gantirugi kat money changer.
2.
Siapkan duet kecil banyak-banyak.
Mereka nie susah kat sana..jadi setiap yang mereka lakukan...seperti angkat beg kita ke...semua mengharapkan di berikan tipping...di Kashmir pun kena bagi tipping...pendekkata semua tempat di India memang diorang harapkan tipping walaupun pada guide atau driver yg memang dah di bayar gaji tetap diorg akan tanya tipping....
3.
Kebersihan
Sebelum pergi k mid dan anak-anak google siap-siap...banyak yg terbaca mengenai kebersihan yang kurang elok di India...so sepanjang kami berada di India kami makan di restoran aje...adalah sekali beli kueh gorengan di depan masjid....alhamdulillah sorang pun x sakit perut atau cirit birit. Beli dan minum mineral water aje..pastikan yang memang di seal dan lepas minum sila reyokkan botol sebab di India takut diorang gunakan balik botol mineral dan jual balik..kita yg tak perasan akan beli air terebut.
Di Kashmir kami memang tak pernah was-was pun tentang makanan dan kebersihan sebab memang 95% adalah muslim tapi di Delhi/agra/Jaipur , walaupun nanyak vegeterian tapi tahap kebersihan tempat masak dan toilet amat di ragui..di nasihatkan makan dulu baru pergi toilet ..dikhuatiri tak lalu nak makan lepas tengok toilet atau tempat masak diorang..
4.
Servis Charge
Di hotel-hotel biasa ada restoran yang menyediakan masakan...so kalau dah penat kita akan order jer makanan bawak ke bilik. Jangan pulak terkejut bila keluar hotel tengok bill...service charge
22% ...hahahaha..
5.
Merasai pengalaman naik roller coaster
Semua kena bersedia... di Kashmir cara pemanduan diorang memang sangat laju..masing-masing tak pedulikan orang lain..pernah di satu ketika..kami lihat memang kereta tak bole lalu tapi driver kami tetap nak lalu juga..macam fungsi brek tue jarang di gunakan..hahaha..walau pun melalui lereng-lereng bukit tetap meluncur dengan laju..memang kecut perut..
Di Delhi/agra/jaipur pulak....rasanya dekat sana diorang memandu hanya perlukan hon aje..tak payah ada garisan di jalanraya, tak payah ada signboard kt jalanraya...memang tak ada peraturan langsung. Jalanraya dan Highway adalah untuk di kongsi bersama ..tak kira manusia atau haiwan..di tengah-tengah Highway Lorong 3 bole lihat lembu2 tidur dengan lenanya...ada unta, kuda dan khinzir di mana2 kawasan jalan..Aduh..pening2..yang peliknya x da pun axcident yang dahsyat2 kat sana..
Oleh itu eloklah beli insuran klu pergi India nie..jgn ada yang mati katak pulak...😂😂
6.
Shopping
Para driver/tour guide sebole-bolenya akan bawa kita ke tempat shopping yang mahal untuk diorang dapatkan komisen...diorang ada seribu satu helah untuk cakap pada kita supaya kita akan membeli belah di tempat yang diorang bawak...so kita kena berkeras jugak...google siap2 tempat yang murah untuk shopping seperti di
Hawa Mahal, Chandi chowk market, Jan Path Market..memang tempat nie nampak tak standard tapi heaven shopping..sbb murah sangat.
7.
Pengangkutan
Di India ada
Uber..so jangan risau yg penting ada Wi fi. Kitorang prefer naik Uber dari naik
tuk-tuk di India sebab harga Uber dah fixed so diorang tak bole sewenang-wenang letak harga...tapi kalau tuk-tuk diorang akan perdayakan kita dengan bawak ke jalan-jalan yang jauh dan sesak kemudian minta harga yang tak munasabah so hati-hati dengan pemandu tuk-tuk ini. Diorang semua memang pandai berkomplot..hahaha
8.
Keselamatan
Mengenai keselamatan, bagi k mid semuanya terkawal..walaupun banyak askar berkawal di sepanjang jalan di Kashmir tapi tak ada pun lihat satu keganasan pun di sana.. Itu hanyalah propaganda dari India dan Pakistan yang rebutkan Kashmir. so pelancong akan di jaga dengan baik insyallah. Di Delhi/jaipur/Agra...seperti di tempat lain juga...kita berwaspadalah, jaga beg masing-masing dan jangan cuai. Kalau di Malaysia pun kita tak berhati-hati memang lesap beg kita..ini kan pulak di Indiakan!!
Pada yang tertunggu-tunggu berapakah jumlah perbelanjaan yang hangus....so kak mid letaklah kat sini buat panduan :-
1.
Tiket flight
Tiket flight
Kuala Lumpur- Delhi - Kuala Lumpur, kitorng beli waktu
AA promo iaitu
RM595.00 , setahun awal..start beli tix tue..kitaorang pun menabunglah sikit2.. so jgn heranlah klu bole dapat harga murah gitu ya.
Tix
Delhi- Sinagar- Delhi, kitaorang beli sebulan sebelum pergi ..so
RM400. nielah yang termurah dapat ..bole juga naik penerbangan lain tapi kitaorang naik AA jugak.
Kos flight semua termasuk luagage dan meal dlm flight dalam
RM1100
2.
Visa india
Yang nie geram betul...patutnya last year hanya rm200 jer tapi naik
100% tahun 2019 jadi
RM420...
dah meningkat kos kat sini. Sila buat Visa on line sebulan sebelum pergi..bole jugak guna agen klu malas nak buat...kita orang guna agen jer..so bayar extra rm20 seorang.
3.
Ground pakej 5 hari 4 malam Kashmir (termasuk transport/boathouse/hotel) -
RM550 per pax
4.
Ground Pakej India 5 hari 4malam ( transpot/hotel)
RM500 perpax
5.
Meals - lunch/tea time/dinner -
RM300 per pax
6.
Ski/cabel car/ponyride/entrance fees -
RM400 perpax
7.
Perbelanjaan sendiri/ shopping......nie suka hati korang lah..nak belanja banyak bawaklah banyak kan
Total Hangus tak termasuk own expenses =
RM3270.00 ( 11 HARI 9 MLM) - Kashmir/delhi/Jaipur/Agra
Alhamdulillah..syukur pada mu ya Allah..dapt bawak family semua ke sini dan dipermudahkan perjalanan kami.
Ada sesiapa nak minta no. agen di Kashmir bole jer roger2 k mid...k mid sedia jer membantu.
"JAUH PERJALANAN LUAS PANDANGAN...HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG, HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI...APA2 PUN MALAYSIA THE BEST"
Hingga jumpa lagi... Bye
KLIK UNTUK PERCUTIAN KE KASHMIR PART 01
KLIK UNTUK PERCUTIAN KE KASHMIR PART 02
KLIK UNTUK PERCUTIAN KE KASHMIR PART03
Salam sayang,