Skip to main content

UJANG EXISTS MUNCUL DENGAN STICK DRUM SIRI SIGNATURE PROMARK

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua.

Pada tarikh 21 Jun 2019,  satu majlis pelancaran rasmi  " Promark Ujang Signature Drumstick" telah di adakan di JS Music , Jalan Imbi Kuala Lumpur.


Industri musik tempatan telah melakar sejarah apabila seorang pemain drum terbaik Malaysia iaitu Ujang Exists  telah mempunyai Signature Drum Stick sendiri.  Tambahan pula,  stick drum tersebut adalah dari jenama terkenal dunia Promark. Ujang Exists merupakan satu-satunya pemain drum di Malaysia yang mempunyai Signature Stick Promark.


Di majlis itu Ujang merakamkan ucapan terimakasih kepada pihak JS Music yang bertungkus lumus melancarkan perjalanan Stick Drum ini,  beliau juga melahirkan rasa terharu kerana akhirnya mempunyai Signature Series sendiri dan berharap agar ramai lagi pemuzik tempatan mendapat perhatian dan pengiktirafan dari jenama -jenama terbaik dunia.

Ujang merupakan pemain drum kumpulan Exists

Menurut Pengurus Besar JS Music Distribution  En Tung Kean Jin,  proses komunikasi dan pengurusan telah dilakukan selama setahun untuk stick ini siap sepenuhnya dan bersedia untuk diedarkan di Malaysia ,  ini kerana proses pencarian rekabentuk,  model, saiz serta pengesahan perlu di ambil kira.

En Tung Kean Jin ketika berucap

Bagi peminat Instrument Drum dan khasnya peminat Ujang Exists,  jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan Stick Drum ciri khas dari jenis Hickory ini pada harga RM79.00.  Kayu stick ini juga di panggang untuk menghasilkan ketumpatan yang padat. Hanya 144 pasang sahaja di jual untuk fasa pertama ini.

Stick jenama Promark ini juga di guna oleh pemain drum terkenal seperti Mike Portnoy(Dream Theatre), Simon Philips(Toto), Ian Paice (Deep Purple)

Anda bole dapatkan stick ini di  :

JS Music
133, Jalan Imbi, Kuala Lumpur

Tel  : 03 - 21444555

FB/IG    :  JS MUSIC

Untuk info terkini juga bole ke IG (@ujangexist)


Salam sayang,






Comments

  1. wahh so limited! sapa yang minat tu bolehla cepat2 dapatkan..

    ReplyDelete
  2. Lama x dengar cerita ujang ni. Dari zaman remaja mmg suka dengan group ni. Moga ujang terus suksess dlm dunia muzik yang diceburi. Dan mewarnai industri seni tanahair

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb dia main drum kita semua x berapa nampak kan..sebenarnya dia aktif jer

      Delete
  3. minat betul dengan kumpulan exist masa dulu-dulu. wah ujang dah keluar dengan produknya sendiri. special juga pembuatannya tu, hanya yang terbaik dari yang terbaik gitu

    ReplyDelete
  4. Limired ya. Bolehlah dapatkan cepat kalau yang minat Ujang Exist. Semakin maju kehadapan ujang exist ni ye. Bagus

    ReplyDelete
  5. yang suka dan berminat tentu akan dapatkan rare item ni. syabas pada ujang exists

    ReplyDelete
  6. woww..stick drum sendiri..dia memng hebat main drum..selalu dijemput dekat mana2 event kan..terbaiklaa

    ReplyDelete
  7. Buat peminat drum dan juga pemain drum minat lah ni ekk. Benda ni boleh buat koleksi peribadi..kenangan hingga anak cucu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yatue hanny..drum stick tue bole jadi barang klasik

      Delete
  8. wahh.. harraz kalau ketuk2 drum ni suka betul dia.. kalau bawak pi tengok depan-depan drum-drum ni mau dia pun nak try sekali tu.. hahaha.. anyway stcik drum tu rm79 yea.. untuk sepasang ke 1 stick je?

    ReplyDelete
  9. This is nice for the fans of drum, limited edition drum stick will be really valuable to them.

    ReplyDelete
  10. wow ! koleksi limited macam nie sangat digemari buat penyimpan2 barang2. mesti harganya akan emnajdi sangat tinggi for the next 20 years. siapa yg ebrminat better dpatkan cepat sebelum habiss

    ReplyDelete
  11. kalau minat muzik khususnya drum, stick yang limited dan digunakan ramai legend ni mesti menjadi rebutan

    ReplyDelete
  12. Rasanya Ujang ni pemes zaman saya budak-budak dulu lagi..btw, kepada peminat drum, awak patut survey drum stick ni.

    ReplyDelete
  13. Tahniah buat ujang Exist.
    Sesungguhnya ianya satu hadiah yang besar buatnya kan.
    Siap ada stick drum signature sendiri.
    Terbaik la..

    ReplyDelete
  14. Wah thanks for sharing this, its hard to get this nowadays. I will check out the place.

    ReplyDelete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

TEMPAT MAKAN BEST DI MANJUNG

Assalamulaikum dan salam sejahtera, Tengah buat apa tue?  mesti tengah lepak-lepak kat rumah tengok TV...Almaklum lah kena PKP nie kepala jadi tepu  tak tahu nak buat apa..makan tidur, tengok TV..pastu makan lagi..pastu tidur lagi,..hahaha. Tak pa sabar sikit ya...lagi 2 minggu kita sama-sama doakan PKP nie tidak di lanjutkan lagi dan sekarang kita duduk di rumah diam-diam kat rumah.  Jangan bagi PM kita dok merayu-rayu #STAYATHOME. Boring-boring nie k mid teringatlah tempat-tempat makan yang k mid pergi sewaktu kunjungan ke Manjung baru-baru ini. Manalah tahu kalau lepas-lepas nie dah bebas dari Covid 19 nie ,  sesiapa pergi ke Manjung atau pergi Pulau Pangkor ke bolehlah singgah di sini . # BIG WHALE CAFE Big Whale Cafe sebuah cafe yang Cozy dan mempunyai susunatur yang kemas .  Cafe ini menyajikan pelbagai menu menarik yang boleh di cuba.  Ada menu Western, Japanese dan Korean.   Pendekata,  boleh  cuba menu brunch, lunch dan dinner . Cafe ini terletak di  : 

BERCUTI DI HATYAI : TEMPAT-TEMPAT MENARIK YANG BOLEH DIKUNJUNGI

 Assalamulaikum dan salam sejahtera. Hari ini k.mied nak share mengenai tempat -tempat yang k.mied kunjungi sewaktu ke Hatyai baru-baru ini. ' Hatyai ' sebuah bandar terletak di Wilayah Songkhla, Thailand . Merupakan bandar yang paling berdekatan dengan sempadan Thailand-Malaysia . Kenapa orang Malaysia suka ke Hatyai?? Perjalanan hendak kesini tidaklah jauh mana ,  makanan yang sedap, pelbagai serta menepati citarasa rakyat Malaysia serta penginapan yang murah menjadi sebab kenapa orang Malaysia suka ke Hatyai. Kiranya Hatyai nie ' Syurga Makanan'. Bagi mereka yang tinggal di negeri berhampiran sempadan seperti Perlis, Kedah dan Kelantan ulang-alik Hatyai mungkin perkara biasa. Pelancong dari Malaysia boleh memasuki daerah Songkhla melalui beberapa pintu masuk seperti Padang besar, Bukit Kayu Hitam, Wang Kelian dan Durian Burung . Setelah lebih dua tahun terperap akibat Covid-19,  bila dah ada kelonggaran boleh melancong kembali sudah tentu Hatyai menjadi pilihan