Assalamulaikum dan salam sejahtera Berpeluang mengikuti kursus latihan Pemandu Arkeopelancongan selama 3 hari 2 malam anjuran USM dan Think City Sdn Bhd di Lembah Lenggong memberi banyak pengetahuan dan pengalaman menarik buat kak mied. Kursus yang melibatkan para pemandu pelancong serta agent pelancong, adalah untuk diberi pendedahan dan pengetahuan mengenai tapak-tapak arkeologi, cara-cara ekskavasi di jalankan , eksperimen pembuatan alat batu serta lawatan ke Galeri Arkeologi. Dengan penglibatan para pemandu pelancong dan agensi pelancongan dalam kursus ini akan memberi mereka pengalaman dan maklumat bagi mempromosikan serta menarik lebih ramai pelancong ke Lembah Lenggong. Lembah Lenggong yang terletak di Daerah Lenggong, Hulu Perak menjadi penting kerana pelbagai aktifak sejarah ditemui di sini. Penemuan rangka manusia Perak Man dan bengkel pembuatan alat batu zaman Paleolitik telah membuktikan wuj...