Assalamulaikum dan salam sejahtera.
Kerjasama strategik antara Lembaga
Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
diperkukuh menerusi Memorandum Kerjasama (MoU) yang bakal menjadi pemangkin
kepada penyelarasan serta pelaksanaan operasi yang lebih cekap, bersepadu, dan
berimpak tinggi dalam menyantuni keperluan Komuniti FELDA.
Kesepakatan ini mencerminkan komitmen kedua-dua agensi untuk menggembleng
kepakaran, rangkaian, dan jaringan penyampaian masing-masing dalam memperluas
perlindungan keselamatan sosial, program pencegahan, perkhidmatan rehabilitasi, serta
peluang pekerjaan kepada seluruh ekosistem Kumpulan FELDA merangkumi peneroka,
suri rumah, generasi baharu, petugas, pekerja asing, majikan, dan perusahaan. Usaha
strategik ini sekali gus menyokong aspirasi Malaysia MADANI untuk membina masyarakat
yang lebih sejahtera, berdaya tahan, dan terangkum tanpa membiarkan mana-mana
golongan tercicir daripada arus pembangunan negara.
Majlis pemeteraian yang berlangsung di Menara FELDA itu menyaksikan dokumen
ditandatangani oleh Pengarah Besar FELDA, Dato’ Dr. Suzana Idayu Wati Osman, dan
Timbalan Pengarah Besar Pembangunan Komuniti FELDA, Encik Ahmad Syaarani
Azulan, manakala PERKESO diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Dato’ Sri
Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed, serta Pengarah Eksekutif Pusat Rehabilitasi
PERKESO, Datuk Dr. Hafez Hussain. Sesi tersebut turut disaksikan oleh Pengerusi
FELDA, Tan Sri Dato’ Sri Ahmad Badri Mohd Zahir, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawal
Selia FELDA, Encik Ahmad Tarmizi Zakaria dan Ahli Lembaga FELDA, Encik Abd Halim
Abd Majid.

FELDA dalam kenyataannya memaklumkan bahawa inisiatif ini merangkumi perlindungan
keselamatan sosial, keselamatan dan kesihatan, rehabilitasi, sokongan kembali bekerja,
serta pembangunan kerjaya bagi meningkatkan kebolehpasaran generasi baharu.
Kerjasama ini diharap dapat meningkatkan kesejahteraan dan daya tahan sosioekonomi
Komuniti FELDA melalui jaringan perlindungan serta peluang pembangunan yang lebih menyeluruh.
Sementara itu, PERKESO menjelaskan bahawa kerjasama ini turut melibatkan aktiviti
advokasi, pendaftaran pencarum, pemudahcaraan pembayaran caruman, khidmat
nasihat, dan tuntutan faedah bagi komuniti yang layak. Dari aspek keselamatan dan
kesihatan, program kesedaran, latihan, penaksiran risiko, serta saringan kesihatan Pekerja
termasuk saringan khusus bagi pemandu kenderaan berat turut dilaksanakan secara
bersama.
Skop kerjasama ini diperluas menerusi penawaran skim LINDUNG Kasih bagi suri rumah
serta LINDUNG Kendiri untuk peneroka, petugas, dan organisasi di bawah Kumpulan
FELDA, di samping penekanan terhadap pengurusan kes, advokasi pematuhan, dan
penyelarasan inisiatif A-CARE SIM Card bagi pekerja asing. Bagi memperkasakan
generasi baharu FELDA, pelbagai program turut dirancang merangkumi pemprofilan dan
padanan pekerjaan melalui MYFutureJobs, kaunseling kerjaya, latihan kebolehpasaran,
program intervensi, serta penganjuran karnival kerjaya.
Selain itu, FELDA dan PERKESO bakal memperluas advokasi kepada perusahaan kecil
dan sederhana (PKS), koperasi, kontraktor, vendor, serta pembekal bagi meningkatkan
pematuhan dan akses kepada perkhidmatan PERKESO. Kedua-dua agensi juga
meneroka integrasi data menerusi Sosial Sinergi bagi memperkukuh penyasaran,
penyampaian, pemantauan, dan penilaian program, tertakluk kepada undang-undang
serta tatakelola keselamatan maklumat.
Menurut PERKESO, kerjasama strategik ini membuka ruang untuk mendekati Komuniti
FELDA secara lebih tersusun serta memastikan akses yang menyeluruh kepada
perlindungan sosial dan peluang pekerjaan. Pelaksanaannya akan dijalankan secara
berperingkat menerusi program rintis, kempen, seminar, latihan, saringan, dan
penempatan pekerjaan yang dipersetujui bersama, dengan kelayakan tertakluk kepada
peruntukan undang-undang, kadar caruman, serta syarat skim yang berkuat kuasa.
-Miedajaz -

Comments
Post a Comment
TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN